Friday, April 21, 2017

Turkey

Trip ke Turkey (8 - 17/4/2017)

Kecewa tak dapat naik tram di Istanbul.

Monday, March 27, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 7 - Aktiviti sebelum balik

Sampai di Tanggulangin hari dah gelap. Dapatlah singgah sebuah kedai di sini yang menjual segala macam barangan kulit tapi tak dapat nak berlama-lama kerana kedainya ditutup pada jam lapan malam. Selesai menuai di sini supir terus bawa kami ke Surabaya yang cuma tinggal satu jam lagi perjalanan. Selesai check in malam tu memang dah tak ke mana-mana lagi sebab masing-masing dah kepenatan.

 Pop Hotel Diponegoro, Surabaya.

Wednesday, March 15, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 6 - Taman Safari Indonesia 2

Perjalanan dari Batu ke Taman Safari Indonesia II di Prigen, Pasuruan mengambil masa hampir dua jam. Sampai di sana hari dah mula hujan. Supir masuk ke kawasan parkir dulu sebab nak uruskan pembelian tiket. Kalau mengikut senarai harga yang ditunjukkan harga tiket untuk pelancong luar ialah Rp120K tak kira hari. Tapi kami dapat tiket Rp100K saja. Mungkin dapat diskaun sebab kami ramai. 

Gapura gading sebelum sampai di kawasan tempat jualan tiket.

Monday, March 6, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 5 - Petik Epal

Hari ini hari kedua kami di Kota Batu. Rancangan pagi ini lebih kepada nak ke kebun epal. Tapi pakej untuk ke kebun epal termasuk sekali untuk ke ladang stroberi. Ladang stroberi ni macam dah biasa sangat terutama bila kita ke Cameron Highlands.

Kawasan masuk ke kaunter tiket dan ladang stroberi.

Monday, February 27, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 4 - Muzium Angkut

Turun dari Bromo lebih kurang pada jam sepuluh pagi. Agak lewat sebenarnya. Macam itulah keadaannya kalau pergi ramai-ramai. Ikut keupayaan masing-masing sebab memang agak meletihkan. Sampai di hotel terus saja ke restorannya kerana kami semua memang dah kelaparan. Kami kumpulan terakhir yang bersarapan pada hari itu. Makanan pun memang sudah di tinggalkan khas untuk kumpulan kami. Kami balun sampai licin.

Dari Bromo kami bergerak untuk ke Kota Wisata Batu yang mengambil masa lebih kurang dua jam perjalanan. Selesai check in di The Batu Villas kami keluar semula untuk makan tengah hari yang dah terlewat. Ke mana lagi kalau tak ke Restoran Wong Solo.

 Kota Wisata Batu.

Thursday, February 23, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 3 - Sedikit Tip Bila Ke Bromo

Sedikit tip dan panduan bagi mereka yang bercadang ke Bromo.

1. Carilah hotel yang menghadap ke Gunung Batok dan Bromo untuk mendapatkan pemandangan yang sangat indah umpama lukisan... ye ke ni...

2. Bermalamlah sekurang-kurangnya sehari di sini. Kalau dapat biar sampai waktu masih terang untuk menikmati pemandangan yang indah sebab selepas balik dari Bromo biasanya kita tak tunggu lama untuk terus bergerak ke destinasi seterusnya.

Kawah Bromo dan Gunung Batok.

Monday, February 20, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 2 - Gunung Penanjakan, Bromo dan Padang Savana

Untuk ke Gunung Penanjakan kami sudah diberitahu supaya menunggu di luar hotel pada jam 4.00 pagi. Suhu memang sangat sejuk pagi tu. Hujan gerimis menambahkan lagi rasa sejuknya. Dengar deruan angin macam kita berada di sebelah lebuhraya. Kawan yang kali pertama ke sini tanya ada lebuhraya ke kat sini. 

Jeep hanya sampai pada jam 4.30 pagi. Memang agak hanginlah waktu itu kerana dah hampir masuk waktu subuh. Padahal perjalanan masih jauh. Takut terlewat pulak nanti. Tapi sebelum bertolak dah siap berpesan pada kawan-kawan supaya siap berwuduk supaya senang bila sampai di atas. 

Tak lama selepas solat subuh matahari mula memancar.

Tuesday, February 14, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 1 : Dari Juanda airport ke Cemoro Lawang

Ada sedikit perubahan dalam waktu penerbangan kami ke Surabaya di mana waktu berlepasnya di awalkan sejam kepada jam 8.50 pagi tapi waktu balik yang sepatutnya pada jam empat petang juga telah dicepatkan kepada 9.05 pagi. Jadi pada hari terakhir memang tak dapat nak buat apa-apa. Sarapan di hotel pun tak sempat sebab cuma bermula pada jam tujuh pagi. Memang ada pilihan diberikan oleh pihak AA untuk mengubah penerbangan ke tarikh lain tapi malas pula nak memikirkannya.

Pada mulanya cuma nak buat family trip saja tetapi beberapa orang rakan sekerja nak join sama jadi kesemua jumlah ahli rombongan menjadi sebelas orang. Seronok juga pergi ramai-ramai ni. Kami sewa sebuah bas sederhana yang boleh memuatkan empat belas penumpang.

Perjalanan keluar dari Juanda Airport, Surabaya.

Monday, February 6, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 14 - Pulang dan Bajet

Penerbangan pulang pada hari ini ialah pada jam 8.30 malam. Tapi kami keluar lebih awal sebab nak kena pulangkan kereta dulu. Masa ambil kereta sebelumnya adalah di CBD tapi boleh dipulangkan di pejabat cawangannya berhampiran airport. 

Sebelum itu kami singgah di Masjid Al Maqtoum yang juga berhampiran airport untuk selesaikan kewajipan terlebih dahulu. Apa yang bagusnya di hadapan masjid ini ada sebuah pasar raya barangan halal dan restoran. Sempatlah kami makan ayam goreng yang dah seminggu tak dapat kami jamah walaupun rasanya tak sesedap mana. 

Jadi kami cadangkan kepada sesiapa yang datang ke Auckland, ambil saja kereta sewa yang terletak berhampiran airport. Sebelum memulakan perjalanan, boleh menambah stok makanan di Getfresh Supermarket. Macam-macam ada...

Al Maqtoum Airport Masjid

Friday, February 3, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 13 - Parnell Village and Rose Garden

Balik dari Piha Beach terus saja ke Parnell Village di pinggir kota Auckland. Jalan utamanya ialah Parnell Street yang merupakan kawasan perniagaan. Di persekitaran Parnell Village ini terdapat banyak kedai dan rumah yang bersenibina Inggeris. 

Antara kedai yang ada di sini.

Tuesday, January 31, 2017

Surabaya Bromo Lagi

Trip bersama keluarga dan rakan-rakan pada 20 - 24/1/2017

Banjir lumpur Lapindo

Thursday, January 26, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 12 - Piha Beach

Hari ini adalah hari terakhir kami di Auckland. Penerbangan balik ialah pada jam 8.30 malam. Jadi ada banyak masa lagi untuk pergi ke beberapa destinasi. Cuaca pagi itu pun agak baik. Jadi kami pilih untuk ke Piha Beach atau Black Sand Beach yang terletak kira-kira 40 km dari Auckland.

Pantai ini terletak di bahagian Barat Auckland dan menghadap Laut Tasman. Dinamakan Pantai Pasir Hitam kerana pasirnya berwarna kehitaman sebab adanya kandungan bijih besi yang asalnya dari letusan gunung berapi. Jalan untuk ke sini agak berliku dan berbukit sebaik saja berakhirnya kawasan penempatan penduduk.

Piha Beach atau  Pantai Pasir Hitam.

Wednesday, January 18, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 11 - Mount Eden

Kedudukan Mount Eden ini terletak dalam perjalanan ke pusat bandar Auckland. Jadi sebelum ke CBD kami singgah di sini dulu. Kenderaan hanya boleh di bawa hingga pertengahan jalan saja. Tempat parking pun agak terhad.

Tak ada apa sangat pun kat atas ni. Cuma kita dapat tengok pemandangan kota Auckland dan kawasan sekitarnya. Sesuai untuk tempat rilek selepas jauh memandu.

Menapak untuk ke atas.

Wednesday, January 11, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 10 - Hobbiton Movie Set

Hari ini kami nak bergerak balik ke Auckland yang jaraknya lebih kurang 230 km dari Rotorua. Sebelum itu kami nak singgah dulu di Hobbiton Movie Set yang terletak di Matamata.

Pagi yang tenang dan nyaman.

Wednesday, January 4, 2017

KIa Ora North Island New Zealand Pt 9 - Wai-O-Tapu Thermal Wonderland

Di sekitar Rotorua ini terdapat beberapa kawasan geothermal yang aktif. Antara yang paling menarik dan popular ialah Wai-o-Tapu Thermal Wonderland yang terletak 27 km di selatan Rotorua. Kawasan geothermal ini merupakan yang paling berwarna-warni berbanding yang lain.

Tempat jualan tiket. Tiada kawasan parking. Berhenti sekejap untuk beli tiket dan bergerak ke kawasan parking 200 m dari sini.