Balik dari Masjid Al-Fatah terus ke guest house untuk check in. Lepas selesai semua urusan, petang tu kami keluar semula untuk ke Gukje market. Ini bukanlah pasar basah tapi tempat shopping macam Namdaemun market di Seoul.
Memang terbaik lokasi penginapan (X) kami kerana dekat dengan Gukje Market, Busan Tower, Jagalchi market dan Jagalchi metro station. Gamcheon cultural village pun boleh nampak dari sini.