Thursday, October 19, 2017

Phuket Pt 4 - Trip ke Phiphi Island

Hari ketiga di Phuket adalah hari untuk ke Phiphi Island. Boleh dikatakan mengambil masa seharian jugalah untuk join trip ini. Pagi itu hujan juga tapi tak berpanjangan. Pemandu ambil kami di hotel pada jam lapan pagi dan bergerak ke Rassada Pier yang mengambl masa hampir sejam termasuk mengambil penumpang yang lain. Untuk trip ke Phiphi Island ini ada beberapa pilihan sama ada nak menggunakan bot laju atau bot besar terpulang kepada destinasi yang kita nak pergi. Pakej bot laju boleh singgah di beberapa tempat seperti Maya Bay dan lain-lain pantai. Bot besar hanya akan ke Phiphi Island saja. Boleh juga kalau ingin ke tempat-tempat lain tapi terpaksa ambil bot lain di jeti. Kami ambil bot besar saja kerana malas nak singgah di mana-mana. Lagipun di Phiphi Island juga ada pantai yang cantik.

Asean Cruise yang boleh memuatkan lebih daripada 100 penumpang.

Rassada Pier.

Jeti khas untuk bot-bot besar.

Pakej berharga 900 Baht termasuk makan tengah hari.

Beselisih dengan bot nelayan yang baru pulang.

Penuh bot pada hari itu.

Antara pulau yang ada.

Pulau-pulau yang lain.

Keadaan laut agak kurang berombak.

Maya Bay.

Banyak bot laju singgah di sini.



Melepasi Maya Bay.

Menuju ke Phiphi Island.



Sampai di jeti.


Bergerak ke pantai yang terletak bertentangan dengan jeti.


 Pantainya agak cantik dan landai.

Tak ramai yang mandi kerana cuaca teramat panas.


Makan tengah hari yang disediakan. Duduk semeja dengan keluarga Jepun.

Banyak long boat di sini.




Ribuan anak ikan di air cetek berhampiran jeti.

Bot meninggalkan jeti pada jam tiga petang. Selamat tinggal Phiphi Island.

16 comments:

  1. Pengalaman tengok plankton.rupanya bercahaya bila waktu mlm. Mcm lampu Raya atau macam klipan bintang

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Makannya di hotel dan bukan buffet macam kebiasaannya...

      Delete
  3. ikan kecil itu Pak Mie... dijaring terus digoreng, enak banget kali ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecil banget Gun ikannya... tapi biasanya pulau seperti ini adalah kawasan larangan menangkap ikan..

      Delete
  4. perghh..lunchnya..complete set, dah dilambung ombak, dihembus angin laut, mmg sedap makan tomyam...

    saya dulu kena mabuk laut masa ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lunch memang best... masa kami ke sana laut agak tenang jadi kuranglah risiko nak mabuk tu...

      Delete
  5. Panasnya mmg lit2 kan..
    rentung muka.
    Phi Phi Island mmg cantik tp panas tu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pulau memang panas yakamat banding dengan di Phuket yang setiap hari ada hujan...

      Delete
  6. Nampak macam tak panas tapi knowing kawasan laut memang lain macam teriknya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besedialah dengan losyen, topi dan spekmata hitam...

      Delete
  7. PLM x berendam ke di Phi Phi Island ? lama x dia kasi masa.. berbaloi ke tak nak berendam situ ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berendam kejap je CT... panas yakamat kat pulau tu... pantai pun ala2 kat Redang je...

      Delete
  8. Dekat je kat negara jiran.Tapi sampai sekarang tak jejak lagi.Memang best pulau-pulau ni...bila lah dapat pergi...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk next trip en Deen bolehlah ke sana dengan family...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...