Tuesday, November 29, 2016

Kia Ora North Island New Zealand Pt 2 - Mount Victoria

Pagi hari kedua baru kami nak ambil kereta. Lokasinya tak begitu jauh dari hotel penginapan jadi menapaklah kami ke sana berdua. Yang lain tinggal di bilik kerana kami bercadang nak bawa kereta ke hotel nanti dan angkut semua barang-barang. Jika ikut booking asal, kami sepatutnya dapat kereta pada jam 8.30 pagi. Sampai di Jucy Car Rental kereta yang dijanjikan tak ada. Katanya orang yang sepatutnya pulangkan kereta lambat hantar dan kami mungkin akan dapat kereta pada jam 11.00 pagi. Rasa macam nak naik angin 😡 jugalah sebab kami belum check out lagi dan kena keluar dari bilik pada jam sebelas juga. 

Oleh sebab itu kesilapan di pihak mereka jadi kitaorang minta disediakan shuttle ke hotel untuk mengambil barang-barang untuk dibawa ke Jucy Car Rental. Jam sebelas kereta pun sampai tapi kena tunggu lagi untuk dibasuh dan dibersihkan. Gitu gini jam dua belas baru dapat keretanya. Jadi itinerary agak lari sikit.  Tapi disebabkan itu kesalahan mereka jadi caj sewa kereta dikurangkan untuk satu hari 😊.  

Peta perjalanan di North Island. Cuma ini saja yang mampu kami buat.

Monday, November 21, 2016

Kia Ora North Island New Zealand Pt 1 - Sampai di Auckland

Kebanyakan orang akan pergi ke Pulau Selatan atau kedua-duanya sekali tapi kami cuma ke Pulau Utara. Bajet yang ciput dan cuti yang singkat mengehadkan perjalanan kami sekeluarga 😊😊😊😊. Tak apalah mungkin boleh jadi alasan untuk ke sana lagi di lain hari. Mana tau. 

Untuk trip kali ini hotel dah di booking seawal tiga bulan lagi. Masa itu kadar tukaran dalam lingkungan RM2.80 bagi setiap ringgit. Tapi bila kami di sana kadar tukaran dah naik mencanak hingga RM3.10.  Jika kita buat tempahan melalui booking.com, bayaran tidak dipotong melalui kad kredit tapi semasa kita check in di hotel dan ikut kadar pada waktu itu. Banyak juga perbezaannya untuk tempoh enam malam kami di sana. Kebanyakan penginapan yang kami ambil terletak di pinggir bandar kerana kami memandu di sana jadi tak ada masalah fasal lokasinya. Boleh dikatakan semua hotel yang kami ambil mempunyai kemudahan dapur untuk memasak. Siap bawa kuali dan periuk dari Malaya. Kami tak makan di luar walau sekali pun di sana!!!

Boarding pass yang senipis kertas A4.

Wednesday, November 9, 2016