Hari ini adalah hari terakhir kami di Auckland. Penerbangan balik ialah pada jam 8.30 malam. Jadi ada banyak masa lagi untuk pergi ke beberapa destinasi. Cuaca pagi itu pun agak baik. Jadi kami pilih untuk ke Piha Beach atau Black Sand Beach yang terletak kira-kira 40 km dari Auckland.
Pantai ini terletak di bahagian Barat Auckland dan menghadap Laut Tasman. Dinamakan Pantai Pasir Hitam kerana pasirnya berwarna kehitaman sebab adanya kandungan bijih besi yang asalnya dari letusan gunung berapi. Jalan untuk ke sini agak berliku dan berbukit sebaik saja berakhirnya kawasan penempatan penduduk.
Piha Beach atau Pantai Pasir Hitam.
Pemandangan dari tepi jalan di atas bukit.
Angin agak kuat kat atas ni.
Lion Rock.
Kehitaman pasirnya.
Pantainya memang landai tapi ombaknya agak besar.
Batunya pun hitam.
Ada beberapa orang bermain surfing walaupun agak sejuk.
Orang tak ramai walaupun hari Ahad.
Piha Beach, jangan lepaskan peluang ke sini jika ke Auckland.
Mengudap bekalan sebelum balik semula ke Auckland.
Pantai di NZ kebanyakannya hitam kerana letusan gunung berapi. Pantai hitam ini juga saya dapat lihat di South Island berdekatan dengan Christchurch. Dah lupa nama pantai itu, kalau tak silap saya Akaroa.
ReplyDeleteOmbaknya kuat mungkin kerana North Island menghadap/di kelilingi laut luas.
Walaupun pasirnya hitam tapi airnya lautnya tetap jernih...
Deletethank u. hari tu ingat nak gi jugak pantai ni.. tapi tak sempat. nasib ada blogger pegi snappy
ReplyDeleteKalau Meng dapat ke sana tentu foto-fotonya lebih cantik...
DeleteTerinagt juga kat pantai pasir hitam di Langkawi. heheh.
ReplyDeleteTapi tak sesuai untuk bercanda di pasiran pantai... ahak...
Deletewow bestnya
ReplyDeletemenarik
Mungkin ada pantai yang lebih cantik tapi ini yang terdekat dengan Auckland...
DeleteMaha Suci Allah yang menjadikan keindahan itu...
ReplyDeleteMemang tiada apa yang dapat menandingiNya...
Deletemacam pantai langkawi..pun hitam.tapi pasirnya halus sgt walaupun hitam
ReplyDeletePantai ini sesuai untuk mandi-manda tapi di Langkawi rasanya macam tak berapa sesuai...
Delete