Monday, February 25, 2019

Guilin Pt 3 - Ke Yangshuo | Bamboo Rafting | Impression of Light

Hari ini kami nak bergerak ke Yangshuo. Sebelumnya kami minta sedikit panduan dari petugas di kaunter hotel cara untuk ke sana. Pilihan terbaik ialah dengan menaiki bas ekspres yang berlepas dari stesyen bas utama kota Guilin. Jadi dengan yakinnya kami terus naik bas yang diberi tanpa menyedari ada huruf tambahan di awal nombor yang diberikan. Katanya dua tiga stesyen sampailah dan bas akan berakhir di sana.

Tapi tunggu punya tunggu bas tu tak berhenti pun di stesyen bas. Rupanya bas yang berhenti di stesyen ada tambahan huruf T di hadapannya tapi kami tak sedar. Jadi kami turunlah dari bas di satu kawasan asing di kota Guilin. Cadangnya nak ambil teksi je untuk ke stesyen tapi kawasan itu memang tak nampak teksi langsung. Dalam pada nak mencari teksi tetiba kenderaan semacam tuk-tuk berhenti sebelah kami, tanya nak ke mana. Jadi dengan pertolongan Google translation, kami beritahu nak ke Yangshuo. 

Di Guilin ni ada tiga buah stesyen bas utama iaitu di tengah bandar, di Utara dan di Selatan. Rupaya tempat tersesat kami tadi dah menghampiri stesyen di kawasan Selatan. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Stesyen ini nampak baru dan lebih teratur.

Stesyen bas bahagian Selatan,