Selepas selesai meronda di kawasan Namdaemun, kami balik semula ke hostel untuk berehat sekejap kerana pada petangnya kami nak ke Banpo Hangang Park yang terletak di tepi sungai Han. Kami ke sini untuk melihat air pancut antara yang terpanjang di dunia iaitu sejauh lebih satu kilometer yang di pasang di jambatan Banpo.
Untuk sampai ke sini, ambil subway line 3 ke stesyen Express Bus Terminal dan keluar melalui exit 8-1.
Dari exit 8-1 tadi terus jalan hingga berjumpa simpang dan signboard seperti di atas.
Lintas jalan dan ikut laluan pejalan kaki di bahagian bawah yang membawa terus ke Hangang Park.
Sampai di sini hampir jam 7.00 malam.
Info : Floating Island
Sunset di Banpo Hangang park.
Jambatan Banpo di sungai Han.
Jurugambar memenuhi bahagian tebing. Kebanyakan penonton hanya duduk di tangga.
Selain berada di sini, cara lain untuk melihat fountain ini ialah dengan menaiki cruise berhampiran stesyen subway Yeouinaru di line 5. Boleh Nampak cruise tu dalam foto di atas. Harga tambangnya 11K won seorang. Cruise ini bertolak mengikut waktu yang ditetapkan. Jadi sesiapa yang mahu menggunakan cruise ini kenalah pastikan waktunya supaya tidak terlepas.