Thursday, December 29, 2016

Kia Ora North Island Nw Zealand Pt 8 - Rotorua

Dari Huka Falls perjalanan diteruskan untuk menuju ke bandar Rotorua di mana kami akan menginap di sini untuk dua malam.

Best betul memandu dengan keadaan jalan seperti ini.

Tuesday, December 27, 2016

Kia Ora North Island New Zealand Pt 7 - Huka Falls

Lokasi Huka Falls ni tak jauh jaraknya dari bandar Taupo. Cuma kira-kira lima kilometer dan mengambil sepuluh minit saja untuk sampai. Merupakan satu tarikan alam semula jadi yang paling dilawati di New Zealand. Masuk adalah percuma tapi tempat letak kenderaan agak terhad. Ada beberapa lagi lokasi lain yang kita boleh berhenti tapi kawasan di sini adalah yang terbaik sekali.


Thursday, December 22, 2016

Kia Ora North Island New Zealand Pt 6 - Tasik Taupo

Perjalanan dari Tongariro National Park ke Taupo adalah sejauh lebih kurang 100 km saja. Sebahagian besar jalannya akan melalui tepi Tasik Taupo. Banyak pekan kecil terletak  di tepian tasik di sepanjang perjalanan ke bandar Taupo. Kami berhenti di salah satu kawasan rehatnya.

 Lake Taupo lookout.

Wednesday, December 21, 2016

Kia Ora North Island New Zealand Pt 5 - Tongariro National Park

Sebenarnya selepas check in hotel semalam kami ada ke sini juga tapi masa tu cuaca agak mendung dan hujan renyai. Sampai juga ke kawasan melepasi Whakapapa Village tapi memang tak nampak apa pun. Alhamdulillah cuaca pagi ini amat baik. Tepat seperti apa yang di beritahu oleh uncle yang menjaga kaunter tamu semasa check in.

Friday, December 16, 2016

Kia Ora North Island New Zealand Pt 4 - Kiwi House

Jika ke Australia tak sah kalau tak jumpa kangaroo jadi kalau ke New Zealand kenalah jumpa dengan burung Kiwi yang cuma ada di negara ini. Ada beberapa tempat di mana kita boleh tengok burung Kiwi ini. Salah satunya ialah di Otorohanga Kiwi House. Dah terlanjur satu jalan untuk ke National Park kami singgahlah sekejap kat sini.

Cuaca pagi ini agak cerah juga.

Thursday, December 8, 2016

Kia Ora New North Island New Zealand Pt 3 - Hamilton

Dari Mount Victoria kami teruskan perjalanan untuk ke Hamilton. Cuaca agak baik pada hari itu. Di Auckland walaupun merupakan bandar terbesar di NZ tapi tak adalah sesak jalannya macam di tempat kita. Jadi agak cepat dapat melepasi kawasan bandar. Oleh sebab dah banyak masa terbuang waktu tunggu nak dapatkan kereta jadi di Hamilton kami cuma bercadang nak ke Hamilton Garden saja. Sampai di Hamilton lebih kurang pada jam empat petang. Singgah dulu di Hamilton Garden sebelum check in di Manhattan Lodge Motel.  Untunglah waktu siangnya agak panjang.

Cuaca yang cerah.