Hari ini cuaca agak baik. Begitulah diharapkan kerana hari ini ada trip Bosphorus Cruise. Kalau hujan rasanya kurang untuk dapat menikmati pemandangan dan mengambil foto. Ada beberapa tourist bus lain yang singgah di hotel ini tapi bas kami juga yang paling lambat bergerak. Ramai senior citizen ada dalam trip ini. Jadi kita ikut cara kita sendiri.
Jarak antara Bolu ke Istanbul kira-kira 300 km dan mengambil masa lebih tiga jam untuk sampai. Seperti biasa bas akan berhenti di beberapa tempat. Salah satunya di kawasan R&R berhampiran Tasik Sapanca. Agak cantik tasik ini tapi tak boleh nak pergi dekat kerana halangan jalan kereta api di sepanjang tepian tasik.
Tasik Sapanca.
Akhirnya bas sampai di Istanbul bahagian Asia berhampiran Martyrs Bridge. Tempat ini bukan jeti rasmi untuk mengambil penumpang tapi ada kawasan lapang yang membolehkan penumpang dapat naik ke bot dengan senang.
Bot besar dua tingkat ini hanya untuk kumpulan kami.
Masjid Biru dapat dilihat ketika bot menghampiri jeti.
Perjalanan hampir lima kilometer dengan bot tak terasa lamanya sebab pemandangan yang sangat cantik. Banyak bangunan lama dan masjid di sepanjang selat ini. Perhentian terakhir bot ialah di jeti berhampiran Jambatan Galata di Istanbul bahagian Eropah.
Pemancing di atas Jambatan Galata.
Makan tengah hari kami di Sirena Restaurant di bawah Jambatan Galata.
Awan,bangunan dan air semuanya menawan.
ReplyDeleteKebetulan cuaca baik pada hari tu en Din...
Deletephoto yang cantik, orang berpengalaman.
ReplyDeleteSemua foto guna hp je...
DeleteRinduu istanbul...he..he..antara negara islam yg bersih kan
ReplyDeleteKena pergi lagi Nekcik... Cara hidup diaorang macma orang Eropah... tu yang bandarnya nampak bersih...
DeleteAlahai Mie..terkenang kenang lah pulak bhosphorus cruise tu...mmg cantik pemandangan sepanjang river tu kan
ReplyDeleteRasanya bukan sungai tapi Selat Nekcik... tu yang nampak lebih cantik...
Deletechantekk istanbul dan bosphorus tuu., ;p
ReplyDeleteWak dah sampai kannnn...
DeleteSeronoknya dapat naik bot sambil melihat pemandangan indah. R & R di sana ada macam kita?
ReplyDeletePemandangan memang cantik lebih-lebih lagi cuaca pun cerah. RnR di sana ada yang baru dan lama macam di tempat kita. Yang baru memang sangat lengkap semuanya dan agak luas seperti RnR dalam perjalanan dari Istanbul ke Bursa...
DeleteBosphorus..teringat Sultan Muhamed Al-Fateh...best cruising mcm ni, pemandangan cantik..5km..
ReplyDeleteKena cuba ni Nohas...
Deletealaaa bestnyaaa bestnyaaa !! ni wajib kan kalo pergi sana. kena masuk wishlist. banyak da ni wishlistnyaaa PLM hehe..
ReplyDeleteKalau gi dengan pakej trip Bosphorus cruise tu memang wajib... so next trip ke sanalah CT...
Delete