Dari Fragrant Hill kami bergerak pula ke Beijing Zoo. Beijing Zoo terletak berhampiran Beijing Zoo Station di laluan 4. Keluar ikut pintu A dan jalan ke bahagian kiri. Sampai di sini dah hampir jam tiga petang. Tujuan kami ke sini cuma nak melihat beruang panda saja kerana kami perlu sampai di Masjid Dongsi sebelum masuk waktu maghrib. Bahagian lain dalam zoo ini memang kami tak pergi. Tiket masuknya agak murah cuma 14 yuan.
Pintu masuk Zoo Beijing.