Wednesday, September 13, 2017

Phuket Pt 1 - Trip Musim Hujan

Trip singkat ke Phuket ini memang tidak dirancang sangat. Nampak ada tiket murah terus saja beli. Penerbangannya di sebelah petang dan sampai di Phuket International Airport pun dah lewat petang. Nasib baik waktu di sana lewat satu jam dari tempat kita. Seminggu sebelum ke Phuket ada kawan yang ke sana beritahu masa ini adalah musim hujan. Cuma sebelah petang cuaca agak baik. Betul apa yang dikatakannya, memang hujan agak lebat pada setiap pagi sehingga pada hari terakhir kami nak balik banjir lebih sekaki dalamnya di hadapan hotel penginapan kami.

Phuket International Airport nampak baru dan agak besar bangunannya.

Cari data card sebelum keluar. Kami ambil dari True Move berharga 250 Baht untuk tempoh seminggu walaupun kami di sana cuma selama empat hari. Agak murah juga sebenarnya.

Surau Phuket airport.

Oleh kerana kami rasa akan sampai ke hotel menjelang maghrib jadi kami selesaikan dulu urusan di surau ini. Lokasinya di tingkat tiga iaitu di kawasan berlepas. Naik ikut lift dari luar bahagian ketibaan untuk ke sini. Ramai Muslim Thai jadi pekerja di airport ini. Ada yang boleh berbahasa Melayu. Dari airport untuk ke hotel kami ambil teksi saja kerana lebih cepat dan menjimatkan. Boleh juga guna mod pengangkutan lain seperti van tapi kena penuh dulu baru bergerak. Tambang ke hotel penginapan kami di kawasan Patong ialah 800 baht.

Menghampiri kawasan Patong menjelang maghrib.

Selesai check in di Summer Breeze Hotel kami keluar untuk cari pakej trip ke Phiphi Island dan city tour di A Armeena Travel yang terletak bertentangan dengan Jungceylon Shopping Mall.

Meronda-ronda sekejap di sepanjang Jalan Bangla. Kawasan yang paling happening pada waktu malam.

Suasana di Bangla Walking Street. Macam-macam ragam manusia ada di sini.

Banyak pub terbuka dengan muzik yang hingar.

Jalan Bangla juga merupakan jalan utama untuk ke Patong Beach.

Kuatkan iman bila ke sini. Yang penting tumpukan kepada apa tujuan kita ke Phuket ini.

Warga Eropah memang sangat sukakan tempat ini.

 Cukuplah sekadar melilau kat sini.

 Sebelum balik ke hotel beli kebab di kedai ini buat makan malam.

15 comments:

  1. Nampaknya banyak airport di Thailand ada surau. Baguslah macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mereka dah lebih faham tentang keperluan seperti ini...

      Delete
  2. Replies
    1. ohhh musim hujan ek time tu?? sy nak gi nx month..xtahu lah musim hujan ke x

      Delete
  3. Dulu pergi time September pun musim hujan. Dok doa je janganlah siang hujan lama sangat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh September pun musim hjan juga ke... zila sediakan payung dulu...

      Delete
  4. betul sungguh beza suasana siang and malam. tudiaaa malam yang krik krik hehe.. takut eh CT kalo jalan sorang. nama jalan pun da menakutkan hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK je CT cuma nak kena jaga mata sikit je... InsyaAllah selamat cuma tersangatlah bingitnya dengan muzik dari open night club di situ...

      Delete
  5. visanya mahal gak? atau gratis utk visit beberapa hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu visa... boleh tinggal di sana tidak melebihi 30 hari...

      Delete
  6. Boleh tnya x..ada amik pakej apa kat armeena tu n berapa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah tak ingat tapi takdelah mahal sangat pun...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...