Thursday, June 15, 2017

Turkey Day 3 - Kusadasi ke Pamukkale

Jarak perjalanan untuk hari ini untuk ke tempat bermalam seterusnya di Pamukkale adalah yang paling dekat iaitu cuma 200 km dan mengambil masa dua jam lebih sahaja. Jadi ada beberapa tempat yang sempat disinggahi antaranya ialah pusat barangan kulit Tolar, Ancient City of Ephesus, kedai Turkish Delight lagi dan masjid lama Isabey sebelum ke destinasi terakhir iaitu Cotton Castle dan Hierapolis iaitu kota lama tinggalan Greek di dalam kawasan yang sama di Pamukkale.

Tolar Leatherland - pusat pakaian dari kulit.

Masih agak awal pagi - Kumpulan kami adalah yang pertama sampai di sini.

Di Tolar ini sebelum kita memasuki kawasan jualannya kita akan dipersembahkan dengan pertunjukan pakaian kulit oleh model-model diaorang. Selesai acara mereka, giliran pengunjung pula yang akan jadi model catwalk. Diaorang akan tarik beberapa orang yang duduk di bahagian depan. Nasib memang kurang baik kerana jadi salah seorang dari mangsanya. Bila tengok balik video yang diambil memang rasa agak kelakar. Kaku sesangat tak macam model diaorang.

Pakaian dari kulit yang dikeluarkan oleh syarikat ini agak mahal. Semua harga di dalam US dollar dan kebanyakan barangannya adalah untuk tujuan eksport. Tapi ada juga beberapa ahli dari rombongan kami yang menyambarnya.

Setiap pakaian diberikan nombor untuk memudahkan kepada sesiapa yang berminat.

Dah macam Mat Salleh rupa diaorang ni.

Big boss buat penerangan.

Antara pakaian yang terdapat di sini.

Selesai di Tolar Leatherland kami bergerak ke satu kawasan peninggalan kota lama Greek iaitu Ephesus. Kota ini mula dibina pada abad ke 10 dan telah di tinggalkan sepenuhnya menjelang abad ke 15. Keluasan keseluruhannya ialah 224 hektar.

Model tapak Ancient City of Ephesus.


Banyak yang runtuh disebabkan gempa bumi.


Harbour Street.

Temple of Hadrian.

Library of Celsus.


Kompleks Amphitheater untuk perlawanan gladiator.


Pokok buah tin yang lebat berbuah.


Pekena jus buah delima yang rasanya masam manis.

Agak lama juga lawatan di Ephesus ini sebab kawasannya yang luas. Tapi ada juga yang cuma melepak di kawasan depan saja sebab tak larat nak jalan.  Lagipun laluannya agak menurun bukit. Masa pergi memang laju je tapi masa nak naik semula agak semput jugalah.

Makan tengah hari di Restoran Ipekyolu.

Ada pulak orang jual buah strawberi yang manis kat sini. Buahnya nampak besar-besar. Tapi semua itu poyo sebab yang kat bahagian bawahnya bersaiz kecil dan agak masam.


Selesai makan tengah hari kami dibawa ke masjid lama Isabey Camii yang terletak Ephesus Ayasuluk Hill untuk bersolat sekali.

Seterusnya ke kedai Turkish Delight lagi. Boleh makan sample sampai kenyang kat sini.

Macam-macam ada tapi tak membeli pun sebab sudah beli di kedai sebelumnya di Bursa.

Semua tempat lawatan kedudukan tidak begitu jauh antara satu sama lain iaitu sekitar Kusadasi dan Selcuk. Perjalanan diteruskan untuk ke Pamukkale yang terletak berhampiran bandar Denizli. Jadi dapatlah juga melelapkan mata sejam dua. Cuma bas ada berhenti di R&R kerana ada permintaan untuk melepaskan hajat. Maklumlah jemaah trip ini ramai yang veteran dan cuaca pun masih sejuk lagi waktu itu. 


Sampai di Pamukkale yang bermakna Cotton Castle menjelang petang dan terus ke kawasan Greco-Roman City of Hierapolis di mana di dalamnya juga terdapat terrace of calcium carbonate mineral yang terhasil dari kesan air yang mengalir di kawasan batu kapur. Kawasan ini telah diistihar sebagai tapak warisan dunia pada tahun 1988.

Kota lama Hierapolis berada dalam kawasan yang sama.


Ruins of Hierapolis.




Tidak dibenarkan berkasut di sini.




Masa kami di sana teres ini agak kering dan tidak secantik seperti di dalam foto yang kita pernah lihat.




Sunset di Hierapolis.

Menjelang malam warnanya bertukar kemerahan.


Bas kitaorang bas yang terakhir meninggalkan kawasan ini. Bagus juga sebab kalau keluar cepat memang tak dapatlah tengok pemandangan cahaya petang yang agak berlainan ini. Sampai di hotel tak menyempat nak check in dulu. Kena terus ke dewan makan sebab orang terlalu ramai. Takut cuma dapat baki-baki saja nanti. Lagipun memang ramai juga pelancong dari China mainland. Faham-faham ajelah.

12 comments:

  1. Replies
    1. Kebetulah cuaca hari tu sangat baik... hari lain kekadang hujan..

      Delete
  2. Beneran jadi model catwalk Pak Mie ? wah.. keren

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bener Gun... videonya juga ada tapi kalau nak disiarkan di sini kena bayar dulu... kihkih...

      Delete
  3. Replies
    1. Cantik dan agak berlainan warnanya banding tempat lain...

      Delete
  4. wow PLM terpilih tu jadi model.. hehehe tanak share ke video tu ngeh3.. menggodaanya tengok stroberi2 tu semua. gebus gebus sizenya.. hehe.. sedap ke turkish delight tu PLM.. x pernah rasa huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada empat orang kot yang kena tarik naik pentas... jadilah dapt pakai baju mahal sekejap. Stroberi kat obersi memang agak besar dan kurang masam. Turkish Delight tu macam manisan tapi ada pelbagai jenis dan rasa... saya kurang suka...

      Delete
    2. pernah makan turkish delight yang cadbury punya hahaha.. yang real tak pernah..

      Delete
  5. Kah..kah...kah... Mie jadi model catwalk :D

    Saya pernah makan Turkish Delight di Cyprus dan UAE. Saya tak suka Turkish Delight, terlalu manis dan berjeli...hairan mengapa orang di sana suka rekemen makan makanan tu.

    Runtuhan bangunan itu sama seperti yang saya lihat di Greece dan Cyprus. Ternyata empayar Greek sangat luas. Namun iktibar dari gempa bumi yang meruntuhkan bangunan itu perlulah kita ambil.

    Mengapa agaknya tak dibenarkan berkasut walaupun di kawasan atas batu kapur/tanah teres? Mungkin kerana kalau berkasut, batu kapur itu akan terhakis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga jadi model tak berbayar sesekali... hehe

      Saya pun kurang suka Turkish Delight. Lebih sedap baklava walaupun agak manis...

      Kedudukan Greece yang dekat itu yang memudahkannya meluaskan empayarnya. Banyak pulau-pulau yang terlalu dekat dengan Turkey tapi adalah milik Greece...

      Di Cotton Terrace tidak dibenar berkasut untuk menjaga kebersihan dan supaya tidak merosakkan permukaan batuan kapur di situ...

      Delete
  6. Bestnya. Ok saya masukkan dalam wishlist dulu

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...