Tuesday, February 14, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 1 : Dari Juanda airport ke Cemoro Lawang

Ada sedikit perubahan dalam waktu penerbangan kami ke Surabaya di mana waktu berlepasnya di awalkan sejam kepada jam 8.50 pagi tapi waktu balik yang sepatutnya pada jam empat petang juga telah dicepatkan kepada 9.05 pagi. Jadi pada hari terakhir memang tak dapat nak buat apa-apa. Sarapan di hotel pun tak sempat sebab cuma bermula pada jam tujuh pagi. Memang ada pilihan diberikan oleh pihak AA untuk mengubah penerbangan ke tarikh lain tapi malas pula nak memikirkannya.

Pada mulanya cuma nak buat family trip saja tetapi beberapa orang rakan sekerja nak join sama jadi kesemua jumlah ahli rombongan menjadi sebelas orang. Seronok juga pergi ramai-ramai ni. Kami sewa sebuah bas sederhana yang boleh memuatkan empat belas penumpang.

Perjalanan keluar dari Juanda Airport, Surabaya.

Bas yang kami sewa. Selesa dan ruang tempat begnya pun luas.

Persinggahan pertama kami ialah di kawasan banjir lumpur panas. Terjadinya air bersama lumpur yang menyembur keluar adalah akibat dari kerja pengorekan untuk ekplorasi gas. Kejadian ini telah berlarutan hingga lebih sepuluh tahun yang menyebabkan banyak rumah dan kawasan industri yang musnah.

Keadaan pada tahun 2006, banjir lumpur mula menenggelami kawasan perumahan. - foto Google.

Keadaan masa kami di sana. Tinggal rangka bumbung rumah yang kelihatan.

Kawasan ini telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana nasional.

Juga sebagai kawasan tarikan pelancong.

Sebahagian kawasan lumpurnya sudah mula mengeras.

Boleh juga kalau nak mengelilingi kawasan ini dengan menaiki ojek dengan bayaran tertentu.

Jalanraya dan rel kereta api yang di lihat dari benteng lumpur setinggi lebih sepuluh kaki.

Tak lama kami di sini kerana tak tahan di asak untuk membeli CD kejadian banjir lumpur.

Singgah makan tengah hari di Restoran Wong Solo.

Restoran Wong Solo adalah restoran favorit kami bila ke Jawa Timur.  Restorannya besar dan bersih. Ada kemudahan surau. Harga makanannya juga berpatutan. Yang penting sedap dan memenuhi selera kami. Restoran ini terletak selepas kota Pasuruan beberapa kilometer sebelum masuk ke simpang untuk ke Gunung Bromo 

Ayam bakarnya memang terangkat tapi agak kecil porsinya. Tak tahu kenapa ayam kat sana kurus-kurus.

Memasuki kawasan kampung dan hotel penginapan.

Bayaran masuk dibuat di sini. Semua supir yang uruskan.

Hotel Cemara Indah, penginapan kami untuk semalam di Cemoro Lawang.

Sekitar kawasan hotel.

Untung kami sampai di sni sebelum waktu malam. Hotel ini terletak betul-betul  di tepi bukit menghadap ke satu pemandangan yang sangat cantik. Tapi untuk menempah secara banyak bilik melalui booking.com atau Agoda memang tak dapat. Jadi kami suruh supir yang bookingkan semasa dia membawa rombongan ke sana beberapa minggu sebelumnya. Memang sangat berbaloi tinggal di sini.

Kawah Bromo dan Gunung Batok (tempurung) terbentang di depan mata.

Kalau cuaca cerah, pemandangan tentu lebih ohsem.

Rugi sesiapa yang tidak ke sini jika berkunjung ke Jawa Timur.

Menjelang maghrib.

Di hotel ini ada sebuah restoran. Kalau nak makan malam memang tak ada masalah. Tapi kami pilih untuk makan di luar. Ada beberapa buah kedai makan yang terletak di jalan utama. Kedai souvenir pun ada. Kalau nak beli souvenir dari Bromo lebih baik beli di sini kerana harganya lebih murah berbanding di Penanjakan.

18 comments:

  1. SubhanAllah...

    Bila Allah berkata'jadi', maka jadilah ia...

    Restoran Wong Solo di Kuala Lumpur ini asalnya dari sanalah, kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khabarnya Restoran Ayam Bakar Wong Solo ni bermula di kota Medan Kakcik... tapi pemiliknya berasal dari Kota Solo, Jawa Tengah...

      Delete
  2. Saya suka makan nasi ayanm penyet di Wang Solo...Nasi ayam Wang Solo di Bali sangat sedap berbanding dengan yang ada di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang yag di sana rasanya lebih kaw en Din... ye lah tempat asalnya kan...

      Delete
  3. Ayam sana kurus-kurus mungkin kuat memanjat gunung :D

    Bagusnya dapat menginap di hotel Cemara Indah ini sebab dapat tengok Bromo dari dekat. Bau tak belerang gunung itu? Berapa sewa hotelnya?

    Bunga trompet tu saya suka.

    Memang rugi kalau ke Jawa Timur tak ke Bromo, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin diaorang gunakan ayam muda...

      Hotel tu memang antara yang terbaik lokasinya di Cemoro Lawang... Bau belerang cuma di kawasan mulut kawah saja. Sewanya Rp550K semalam...

      Delete
  4. Replies
    1. Ohsem sangat... silakan ke sana untuk next trip NR..

      Delete
  5. Menariknya surabaya. Ayam penyet dekat sana mesti lagi sedap kan dari yang ada di Malaysia ni? btw saya singgah dan follow blog ni. Menarik info perjalanan. jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    http://anothersyed.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang menarik kebanyakannya di luar Surabaya. TQ singgah dan follow blog ini Tuan Syed...

      Delete
  6. Whoaa..bapak sudah punya syarikat liburan sendiri kok..PLM Travel
    Waduuuh waduuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe enggak Nekcik... Ni cuma sesaja suka2 nak bawa kawan2 sekali...

      Delete
  7. wahh..dekat sungguh dgn Mount Bromo..sgt ohsem..
    dah lama tk ke Indonesia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next trip bolehlah nohas dan adik ke sini... memang sangat recommended...

      Delete
  8. Tengok gambar-gambar ni rindu haih kat Bromo !

    ReplyDelete
  9. Berapa harga ticket masuk ke Mount Bromo tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aritu diaorang caj hampir Rp400K/pax termasuk sewa untuk tiga buah jeep... Mahal, mungkin sebab hujung minggu..

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...