Wednesday, October 25, 2017

Phuket Pt 5 - Banzaan night market

Sampai di hotel hampir jam enam petang. Selesai semua kewajipan kami membuta dulu sebab malamnya kami nak ke Banzaan night market yang terletak bersebelahan dengan Banzaan fresh market. Kami nak cari makanan untuk makan malam. Lokasinya ialah di Sai Kor Road iaitu di belakang Jungceylon Shopping Mall. Jaraknya lebih kurang 500m dari hotel penginapan kami.

Keadaan jalan yang agak basah dan berlopak.


Fareeda Halal Food.

Inilah satu-satunya warung jualan makanan halal yang kami jumpa. Banyak kami membungkus di sini. Nak makan di sini agak kurang selesa kerana ada macam-macam jenis bau makanan dari warung bersebelahan. Singgah sekejap di fresh market. Selain makanan laut ada juga gerai menjual buah-buahan dan bahan kudapan yang lain. Biji gajus agak murah di sini berbanding beli di kilang pemprosesannya. Tak lama kami di sini sebab sudah kelaparan.

Balik ke hotel ikut jalan yang lain.

Pasar basah yang terletak bersebelahan. Kalau ikut maklumat terkini pasar ini dibuka 24 jam.



Jungceylon shoping mall.

Kedai jualan cenderamata.


Air pancut berirama.

Banyak teksi menunggu di sini.

Nak naik tuktuk pun boleh.

Banyak kedai berjenama di sini.

Siap makan kami berkemas dan packing beg semua sebab esok paginya kami bercadang nak ke Patong Beach lagi sebelum bergerak ke airport pada tengah hari. Tapi akhirnya kami memerap kat bilik saja kerana hujan lebat sejak awal pagi berterusan hingga berjam-jam. Bila kami nak check out baru perasan kawasan depan hotel sudah pun banjir. Minta pekerja hotel panggilkan teksi tapi teksi tak mahu masuk. Terpaksalah kena berjalan sendiri ke jalan utama yang agak tinggi kedudukannya untuk mendapatkan teksi. Sebelum itu kami minta pekerja hotel belikan baju hujan pakai buang seorang satu.


Makin lama makin dalam banjirnya.

Sampai di airport memang agak kelaparan. Ronda dalam airport langsung tak jumpa satu pun kedai makann halal. Tanya denga pekerja muslim di situ, katanya ada satu kedai makanan halal di bangunan lain di hadapan airport khas untuk pekerja tapi kami redah masuk saja. Kami tak bernasib baik sebab makanan sudah pun habis. Yang ada cuma roti-roti dan kedai miuman. Jadilah untuk mengalas perut.

Zariyah Halal Food.

Phuket airport terletak berhampiran tepi laut.

AA menyorok sebab lambat sampai.

Penerbangan petang itu terlewat dua jam. Sepatutnya flight berlepas jam 5.10 petang. Alhamdulillah cuaca dah mula cerah semula dan kami selamat sampai di Klia2 hampir jam 9.30 malam. Singgah makan sate hj Samurai di RnR Dengkil sebelum balik ke rumah.

15 comments:

  1. Seronoknya travel macam ni...banyak tempat best kat Thailand kan...akak kat sini baru sampai Chiangmai..tempat lain masih ada dalam wishlist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya pantai kat negara kita tak kurang cantiknya... cuma kat Siam ni ada 'extra' tarikan terutama pelancong dari barat...

      Delete
  2. Replies
    1. Terpaksalah bertabah... AirAsia ni kan memang padat jadual penerbangannya...

      Delete
  3. jauh ke berjln mengharung banjir utk ke jln utama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adala dalam 500 meter... sibbaik tak dalam sangat...

      Delete
  4. Replies
    1. Seronok sebenarnya... sibbaik dapat balik Malaya...

      Delete
  5. night view depa cantik2 la.. meriah dengan lampu. seafood tu pergh.. kat Malaysia ada x konsep market seafood macam tu ? buat la satu heehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan hingar... terutama di Bangla Road sebab banyak kelab malam konsep terbuka...

      Delete
  6. Dalam Banzaan Market tu ada kedai makanan halal tak...

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...