Thursday, October 5, 2017

Phuket Pt 3 - Half Day City Tour

Ada banyak pakej setengah hari yag boleh kita ambil untuk melawat sekitar Pulau Phuket. Ada bermacam kombinasi lokasi yang boleh dipilih. Tapi dalam semua pakej yang ditawarkan, ada pergi ke tempat ritual dia orang. Semacam tempat lawatan wajiblah kiranya. Jadi di tempat yang kami kurang minat, kami tunggu saja di kawasan letak kenderaan. Tapi itu semua terpulanglah kepada citarasa masing-masig.

Untuk pergerakan, biasanya akan menggunakan van yang boleh memuatkan hingga dua belas orang penumpang. Kami ambil pakej sebelah petang yang bermula dari jam dua.

 Destinasi pertama, Karon View Point yang terletak hampir di selatan Pulau Puket.

 Pemandangan kawasan Patong dari atas bukit.

 Masa ni masih lagi hujan dan tak lama lepas tu semakin lebat.

Berfoto bersama anak gajah. Jika ingin menunggang gajah ada bayaran lain yang dikenakan.

100 baht harga makanan untuk anak gajah.

Seterusnya ke kedai jualan kacang gajus. Agak mahal harganya di sini. Boleh beli dengan harga yang lebih murah di Banzaan Market di kawasan Patong.


Kedai jualan produk dari madu lebah. Bosan...

Kawasan Phuket Old Town.

Senibinanya menyerupai kedai-kedai lama di negara kita.

Kawasan yang kurang sibuk.


Lokasi terakhir ialah di kawasan pasar malam bandar Phuket. Di sini ada ramai peniaga Muslim yang menjual berbagai jenis makanan. Banyak kami membungkus makanan kat sini untuk makan malam dan sarapan keesokan harinya. Harganya agak murah berbanding di restoran .

Membukit...

Nasi minyak yang sedap.

Takoyaki pun ada... tapi kureng sikit rasanya.


Selain kedai-kedai yang menjual makanan ada banyak juga kedai yang menjual pakaian, beg, kasut dan cenderamata terletak bersebelahan. Masa yang diberikan di sini cuma dua jam saja, jadi memang tak dapatlah nak merayau ke seluruh kawasan. Pasar malam untuk makanan hanya ada pada hujung minggu saja, jadi pastikan hari yang betul untuk ke sini. Boleh saja ke sini tanpa melalui pakej. Lebih bebas rasanya,

Bahagian luarnya. Ada berlapis-lapis lagi kedai di sini.

Laluan masuknya.

Ada dua tempat lawatan yang kami cuma duduk di kawasan letak kenderaan saja iaitu Big Buddha dan wat Siam. Kebetulan masa di Big Buddha hujan sedang lebatnya. Tour guide ajak ke atas, siap offer baju hujan lagi. Tapi kami tolak dengan baik. Kedudukan terletak di lokasi yang agak tinggi dan saiznya tersangat besar. Kononnya kedudukan yang di tempat tinggi supaya dapat memantau kawasan sekitarnya. Wat Siam pula, banyak sangat patungnya. Binaannya agak cantik tapi kami tak tertarik. 

Jam lapan malam keluar dari kawasan ini untuk balik ke hotel.

19 comments:

  1. banyak makanan halal itu yg best..lebih kurang pasar malam kat malaysia jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi cuma ada pada hujung minggu saja... memang banyak pilihan makanannya...

      Delete
  2. PLM punya komen tu klakar la.. 'BOSAN' memang macam bosan sungguh. bangunan2 kedai memang macam kawasan kedai2 lama di Malaysia. kalo cakap kat tempat kita pun orang caya. huurm sedapnyaaaaa tu makanan2 disana. street food yummeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh plan untuk next mini trip CT... sebab selalu mega2 je kan... hehe

      Delete
    2. mini eeeh ? hihih.. ada prancangan PLM tapi belom lagi rezekinya. nak pi JJCM kat Singapore pun entahla bila dapat perginya.

      Delete
  3. Yums, pegi Thai nih, memang makanan dialah yang dirindu sedap2 belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju... tapi kalau tempat tumpuan pelancung macam di Patong harganya agak tinggi...

      Delete
  4. RM kita rendah...sakit juga kalau ke sini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aritu memang tak terfiir langsung nak bawa makanan dari Malaysia... jadi banyak melabur untuk makanan..

      Delete
  5. RM kita semakin parah...tapi boleh lagi redah. Tak semahal duit negara maju. Melancong tetap melancong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu en Din... selagi terdaya dan termampu kita jalan-jalanlah...

      Delete
  6. Buah gajus tu merah menyala...terliur dibuatnya.

    Old Town tu sama macam pekan di kampung saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah gajus taklah sesedap mana sebab kelat NA... Old town tu binaannya seakan2 seperti yang ada di tempat kita...

      Delete
  7. Replies
    1. Setuju... tapi memang ada dalam semua pakej... jadi kita tunggu je di parking...

      Delete
  8. Bangunannya mirip sekali dengan kota-kota tua di Bugis (Singapura), Melaka dan Penang (Malaysia)

    ReplyDelete
  9. Berapa harga pakej city tour ni dan beli di mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ambil dari A Armena Travel bertentangan dg Jungceylon Mall.. Harga tak ingat tapi dlm THB500 gitu...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...