Friday, April 19, 2024

Da Nang - Han Market | Basket Boat Ride | Hoi An UNESCO Site

Hari ketiga baru dapat peluang untuk shopping. Han Market ini mirip kepada Ben Thanh Market yang ada di Ho Chi Minh City. Bangunannya dua tingkat, di bahagian bawah adalah tempat jualan makanan kering dan juga cenderamata. Di bahagian atas pula lebih kepada tempat jualan kain-kain, beg dan baju.

Han Market tempat tumpuan pelancong untuk membeli belah.

Tuesday, March 5, 2024

Da Nang - Ba Na Hills | Hai Van Pass | Dragon Bridge | Asia Park

Masa mula-mula beli tiket penerbangan ke Da Nang rasa memang tak tahu ke mana nak pergi. Tiket pun main beli je sebab masa tu ada tawaran harga rendah.. Rashid pun beritahu memang tak banyak tempat menarik di Danang. 

Antara tempat yang paling menarik untuk dikunjungi ialah Ba Na Hills. Jadi ia merupakan lokasi utama kami semasa di sana. Berada di ketinggian 1500 meter dari paras laut.  Terletak lebih kurang 42 kilometer dari kota Da Nang. Harga tiket untuk ke Ba Na Hills ialah 900K Dong seorang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai di kawasan stesyen kereta kabel. 

Tiket-tiket untuk ke Ba Na Hills.

Wednesday, February 14, 2024

Da Nang, Vietnam

Ini adalah trip keluarga ke Da Nang. Mula-mula rasa agak macam rumit memikirkan tentang pengangkutan dan makanan semasa di sana. Maklumlah di Da Nang ini masyarakat Muslim terlalu kurang. Masjid pun tak ada. Nak pergi ikut pakej belanja agak besar untuk sembilan orang. Kami menempah satu apartment tiga bilik yang ada kemudahan tempat memasak. Banyak juga bekalan makanan yang kami bawa kerana harga makanan di restoran halal di sini agak keras sikit. Setiap kali makan tengah hari, kami makan di luar tapi makan malam di apartment saja. Dapur yang disediakan adalah jenis induction jadi kami bawa sendiri periuk khas untuk dapur tersebut. 

Untuk pengangkutan, tiba-tiba teringat kepada seorang Melayu Vietnam yang pernah kami minta dia uruskan masa trip ke Dalat walaupun dia tinggal di HCM City. Alhamdulillah rupanya dia ada banyak kenalan di bandar-bandar lain. HCM City ke Da Nang berjarak lebih 900 km jauhnya melalui jalan darat.

Jika ada sesiapa yang memerlukan perkhidmatannya boleh hubungi encik Rashid Yacob melalui WhatsApp di no +84909634195.

Beg-beg dah sampai dulu.

Thursday, January 4, 2024

Taj Mahal, Agra

Hari ini adalah hari perjalanan saja. Berlepas dari Srinagar airport ke Delhi sepatutmya pada jam sepuluh pagi tapi dilewatkan kepada jam sebelas pagi. Penerbangan hanya mengambil masa sejam lebih saja. Kali ini kami menaiki penerbangan Spicejet. Sampai di Delhi airport ada agen yang telah siap menunggu. Terus dibawa ke restoren untuk makan tengah hari dan untuk bersolat. Selepas itu baru perjalanan diteruskan untuk ke bandar Agra yang mengambil masa lebih empat jam. Sampai di Agra menjelang malam.

Selamat tinggal Kashmir.