Dari Yuexiu Park kami bercadang untuk ke Masjid Huaisheng yang terletak berhampiran stesyen metro Ximenkou. Di situ memang ada sebuah restoran makan halal yang memang kami dah siap-siap ada pelan lokasinya. Kalau tak ke restoran itu pun mungkin tak apa sebab hari itu adalah hari Jumaat dan biasanya ramai peniaga Islam akan berniaga di kawasan berhampiran masjid.
Sebaik keluar dari Yuexiu Park kami ternampak sebuah supermarket barangan halal betul-betul bertentangan dengan pintu masuk utama taman ini. Lepas tu nampak pula kepulan asap yang agak banyak dari kejauhan. Rupanya ada banyak gerai mambakar sate dan ayam di seberang sana. Tapi kami tak boleh melintas di situ kerana pembahagi jalannya berpagar. Jadi terpaksalah masuk semula ke stesyen metro untuk melintas. Sebelum datang ke sini memang kami tak tahu langsung adanya masjid tidak jauh dari taman ini. Jadi niat untuk ke Masjid Huaisheng langsung terbatal.
Pintu utama keluar masuk ke Yuexiu Park.