Friday, December 28, 2018

Guilin Pt 2 - Elephant Trunk Hill | Sun and Moon Pagodas | Central Square | Zhengyang Pedestrian Street

Boleh dikatakan setiap pagi adalah waktu hujan di Guilin. Menjelang jam sepuluh pagi barulah agak reda sedikit. Memang malas rasanya nak keluar bila hujan ni. Tapi kalau tunggu lama-lama tak ke mana jadinya. Mulanya ingat nak beli payung tapi alhamdulilah pekerja hotel bagi pinjamkan dua payung sepanjang tempoh di sana. 

Hujan renyai yang memanjang setiap pagi.

Friday, December 21, 2018

Anjung Senibong Seafood

Awal Disember lalu kami ada jemputan kahwin anak saudara di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Sebab esokya hari Ahad jadi kami ambil kesempatan untuk bermalam di sana. Jadi malam itu anak-anak cadangkan untuk makan di kawasan Senibong yang popular dengan restoran makanan lautnya. Senibong merupakan sebuah kampung yang terletak di tepil laut di berhampiran kawasan perumahan Permas Jaya. Semua restoran di sini menghadap Selat Tebrau.

Bandar raya Johor Bahru dilihat dari Kampung Senibong. Astaka kondominium setinggi 70 tingkat mendominasi langit JB. Kondo tertinggi di Malaysia.

Tuesday, December 4, 2018

Guilin Pt 1 - Hampir terlepas penerbangan | Sekitar hotel penginapan

Penerbangan ke Guilin pada hari kejadian ialah pada jam 7.15 pagi. Jadi seperti biasa kalau penerbangan yang guna kod AK ini memang cukup kalau kita peruntukan masa tiga jam termasuk perjalanan dari rumah. Biasanya lebih kurang 30 minit kami boleh sampai di airport. Tapi pada hari kejadian ada pula kerja-kerja penurapan jalan di atas jejambat yang menuju masuk ke kawasan perlepasan. Laluan tiga lorong tinggal satu lorong saja yang boleh digunakan. Jalan sesak punyalah panjang. Lebih-lebih lagi waktu pagi adalah waktu penerbangan yang paling sibuk di Klia2. Perasaan dah mula cemas waktu ini.

Lepas tu banyak pula urusan yang kita nak selesaikan. Mana nak solat subuh, self check in bagasi, semak dokumen dan ambil mobile wifi. Tempat perlepasan pula terletak di seberang jambatan udara dan di gate paling hujung. Di tempat check in bagasi ada pula rombongan pakej ke sana dengan bagasi yang berderet. Oleh kerana penerbangan ke China perlukan visa jadi pemeriksaan dokumen juga perlu dilakukan. Ini penting kerana ada kawan yang pergi dengan pakej ke China gagal untuk pergi kerana tersalah ejaan nama pada visa. Masalahnya  pasport hanya diserahkan kepada peserta pakej semasa di airport. Jadi itu memang salah pehak agen lah.

Liangjang International Airport Guilin China.

Friday, November 23, 2018

Pontianak Pt 5 - Mengopi | Jalan Pattimura | Alun-alun Kapuas

Dari muzium kami ke masjid Mujahidin lagi untuk menunaikan kewajipan. Waktu zuhur agak cepat di Pontianak iaitu pada jam 11.30 pagi. Malas nak baik ke hotel walaupun agak dekat dengan muzium. Bila dah balik ke bilik nanti lain pula ceritanya. Selesai semuanya supir bawa kami ke salah satu kedai kopi yang terkenal di Pontianak iaitu Aming Cofee. Kedai kopi ini sentiasa padat dengan anak-anak muda dan agak payah nak mencari meja kosong. Menurut supir anak-anak muda suka melepak di sini kerana mengambil kesempatan perkhidmatan wifi percuma. Mungkin tak banyak tempat yang menyediakan wifi secara percuma di sini.

Kedai ini menggunakan serbuk kopi yang di proses sendiri.

Monday, November 5, 2018

Pontianak Pt 4 - Masjid Raya Mujahidin | Rumah Melayu | Rumah Radakng | Muzium Kalimantan Barat

Memang agak kurang tempat-tempat menarik di kota Pontianak ini. Mungkin ada tarikan alam semulajadi di luar kota tapi kami tak berkesempatan untuk pergi. Jadi hari ini supir bawa kami ke beberapa bangunan utama yang ada di sekitar kota Pontianak ini.

Masjid Raya Mujahidin.

Thursday, October 25, 2018

Pontianak Pt 3 - Istana Kadriah | Masjid Sultan Syarif Abdurrahman | Aloe Vera Center

Selepas makan tengah hari supir bawa kami ke destinasi seterusnya iaitu Istana Kadriah. Istana ini merupakan sebuah istana Kesultanan Melayu yang mula didirikan pada tahun 1771 dan siap pada tahun 1778 oleh Sultan Syarif Abdurrahman AlKadrie yang keturunannya berasal dari Yaman. Istana ini telah mengalami banyak pemulihan dan penambahbaikan hingga ke bentuk yang ada sekarang ini. Di bina daripada kayu belian yang sangat keras. Tidak lagi berfungsi seperti kebanyakan istana sultan di negara kita. Kini dijadikan sebagai sebuah muzium yang berkaitan tentang salasilah keturunan serta barang-barang lama kesultanan dan merupakan salah satu objek pelancungan utama di Pontianak.

Tak ramai orang pada hari itu.

Monday, October 15, 2018

Pontianak Pt 2 - Tugu Khatulistiwa

Pontianak merupakan ibukota bagi wilayah Kalimantan Barat. Juga dikenali sebagai Kota Khatulistiwa (equator) kerana kedudukannya di atas garislintang kosong darjah. Mempunyai penduduk lebih tiga ratus ribu orang yang terdiri dari etnik terbesar iaitu Melayu, China, Dayak dan lain-lain etnik dari seluruh Indonsia terutamanya dari Jawa dan Madura.

Wednesday, October 3, 2018

Pontianak Pt 1 - Penginapan dan supir

Sebenarnya memang belum terlintas langsung untuk ke Pontianak dalam waktu terdekat ini. Tapi peluang terbuka bila ada seorang rakan sekerja nak ke sana sebab mahu berjumpa dengan kenalan lamanya. Dia pun melobi kawan-kawan yang lain. Jadi kesemuanya ada empat orang yang turut serta dalam trip kali ini. Lepas tu dia suruh pula kita uruskan tentang pengangkutan dan penginapannya. 

Pemandangan sebahagian kota Pontianak dari tingkat 9 hotel penginapan.

Tuesday, September 25, 2018

Lombok Pt 6 - Malimbu View | Villa Hantu

Sampai di jeti speed boat di kawasan Teluk Nara kami di sambut oleh supir Wawan. Ronie melayan tetamu lain yang baru sampai. Hari ini adalah hari terakhir kami di Lombok. Penerbangan baliknya agak lewat petang jadi dapatlah singgah ke beberapa tempat sebelum ke lapangan terbang. Persinggahan pertama ialah di kawasan Malimbu Cliff yang terletak di Desa Malaka. Kawasan Desa Malaka adalah kawasan yang agak terjejas teruk semasa gempa bumi yang lalu. Gempa bumi berlaku selepas kira-kira dua minggu kami pulang ke Malaysia

Thursday, September 13, 2018

Lombok Pt 5 - Gili Trawangan

Turun dari Tanah Tinggi Sembalun Ronie terus bawa kami ke pangkalan bot untuk ke Gili Trawangan. Kalau tak salah pangkalan botnya berada di Teluk Nara. Kami naik tak ikut jeti dan terpaksa buka kasut untuk naik ke atas bot. Kebanyakan speed boat bergerak dari sini. 

Gili Trawangan lebih popular berbanding Gili Air dan Gili Meno.

Tuesday, August 28, 2018

Lombok Pt 4 - Tanah Tinggi Sembalun

Sembalun merupakan satu kawasan tanah tinggi yang terletak berhampiran Gunung Rinjani. Udara di sini agak nyaman dan pemandangannya pun cukup cantik tapi tak banyak pokok seperti di Cameron Highlands.

Dari Senggigi ada dua jalan untuk sampai di Sembalun. Ronie ikut jalan yang lebih dekat untuk ke sana tetapi terpaksa melalui kota Mataram yang agak sibuk pada waktu pagi. Perjalanan mengambil masa hampir tiga jam.

Taman wisata Pusuk Sembalun. Tempat perhentian paling tinggi di kawasan ini.

Wednesday, August 15, 2018

Lombok Pt 3 - Gili Nanggu | Gili Sudak | Gili Kedis

Hari kedua Ronie bawa kami ke tiga Gili. Kalau ikut itinerari asal kami akan ke Pink Beach dan ada satu boat ride ke satu pulau. Tapi ombak agak tinggi di situ dan kalau naik bot memang kurang selesa. OR cepat-cepat cakap tak mahu pergi. Lokasinya juga agak jauh kerana terletak di bahagian Lombok Timur yang menghadap Pulau Sumbawa.

Jadi sebagai ganti Ronie cadangkan kami pergi ke tiga Gili di daerah Lembar yang terletak di Lombok Barat. Biasanya kalau ke sini aktiviti utama ialah mandi dan bersnorkeling. Tapi kami rasa macam dah malas pulak nak buat semua aktiviti itu. Cukuplah kita ambil angin laut yang segar dan sekadar main-main air. Yang penting pemandangannya memang sangat cantik. 

Kawasan Teluk Lembar di mana banyak feri antara pulau-pulau utama berlabuh di sini.

Tuesday, August 7, 2018

Lombok Pt 2 - Tanjung Aan | Bukit Merese | Pantai Kuta

Dari Kampung tradisi Sasak Ronie bawa kami ke Pantai Tanjung Aan yang berada di bahagian Selatan Pulau Lombok. Pantai Tanjung Aan ini diletakkan sebagai salah satu daripada sepuluh pantai tercantik di Indonesia oleh TripAdvisor. Tapi lokasinya agak jauh dan masih kurang kemudahan tempat penginapan.

Suasana tenang di Pantai Tanjung Aan.

Wednesday, August 1, 2018

Lombok Pt 1 - Supir | Kampung Tradisi Sasak

Bila teringatkan gempa bumi yang melanda Pulau Lombok pada 28 Julai lalu terasa agak menggerunkan sebab kami sampai juga ke kawasan yang terjejas iaitu di sekitar Tanah Tinggi Sembalun dan Gunung Rijani. Takziah kepada penduduk yang terlibat khususnya warga yang terkorban termasuk seorang rakyat Malaysia.

Penerbangan dari Klia2 agak terlewat sikit tapi sampai di Lombok International Airport mengikut masanya. Mungkin pilot merempit untuk kejar masa, sebab pernah terjadi dua tiga kali sebelum ini walaupun lambat berlepas tetap sampai mengikut masa.

Ruang legar Lombok International Airport

Tuesday, July 24, 2018

Siem Reap Pt 7 - Sivatha Road

Hari ini adalah hari terakhri kami di Siem Reap. Flight baliknya pada jam 2.50 petang. Pagi ini pun dah tak ada apa-apa program jadi lepas sarapan kami meronda sekejap di sepanjang jalan Sivatha di mana terletaknya hotel penginapan kami. Jalan ini agak panjang dan merupakan salah satu jalan utama di Siem Reap.

Ada lebih kurang satu km juga kami berjalan hingga ke Lucky Mall. Satu-satunya Mall yang ada di Siem Reap. Kecil dan comel je mallnya tapi seratus peratus harga barang dalam mall ini adalah dalam USD.

Di jalan ini juga ada beberapa buah cawangan bank utama Malaysia.

Suasana pagi di Sivatha Road.

Tuesday, July 17, 2018

Siem Reap Pt 6 - Angkor

Tujuan kami ke Siem Reap bukanlah kerana beriya sangat nak ke Angkor Wat tu. Cuma nak jalan-jalan saja. Kami dah beritahu pada Nasir tentang itu. Katanya tak ada masalah. Kita boleh masuk secara percuma di Kompleks Angkor Wat selepas jam 5.30 petang. Ramai orang yang ambil kesempatan ini. Begitu juga penduduk tempatan. Cuma masanya agak pendek kerana hari cepat menjadi gelap. Bayaran masuk ke Angkor agak mahal sekarang ni iaitu US$37.

Kami hanya sempat berfoto di Angkor Wat dan Angkor Thom tapi tak rasa terkilan langsung. Pilihan di tangan masing-masing. Boleh saja kalau nak pergi ke semua tempat tapi kena mengulang ke sini setiap petang. Kedudukanya pun tak berapa jauh dari bandar Siem Reap.

Selepas jam 5.30 petang boleh masuk secara percuma.

Tuesday, July 10, 2018

Lombok, Nusa Tenggara Barat

Trip ke Lombok ini disertai empat orang ahli keluarga, tapi anak yang seorang tu menyertai group lain untuk mendaki Gunung Rinjani selama 4H3M. Jadi kami jumpa semula pada hari terakhir di airport. 

Kita tengok foto-foto dulu lah ye... 

Lombok International Airport.

Monday, July 2, 2018

Siem Reap Pt 5 - Tasik Tonle Sap | Lotus Farm

Dari Madrasah Ar Rafe'ah kami bergerak ke jeti Tasik Tonle Sap. Lokasinya tidak jauh lebih kurang sepuluh minit perjalanan. Jalan ke sini agak berhabuk kerana ada sebahagiannya yang masih belum bertar lagi. Nasib baik cuaca pada hari itu agak baik tapi tak tahulah macam mana kalau hujan. 

Memang dari mula lagi kami tidak bercadang untuk mengikuti trip untuk ke Tasik Tonle Sap. Ada terbaca beberapa pengalaman pengunjung ke sana yang mengatakan tak ada apa yang menarik di sana kecuali melihat kehidupan penduduk di sekitar pinggir tasik. Lagipun sungainya agak cetek dan keruh mungkin sebab sudah lama tak hujan.


Thursday, June 28, 2018

Siem Reap Pt 4 - Melawat madrasah

Hari ketiga Nasir cadangkan kami melawat madrasah anak-anak orang Cham yang terletak tidak jauh dari Tasik Tonle Sap iaitu tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Tanya pada Nasir apa barang yang perlu di bawa untuk ke sana sebab takkan ke sana dengan tangan kosong. Nasir cadangkan bawa alat tulis dan sedikit makanan. Jadi sebelum ke sana Nasir bawa kami singgah di kedai alat tulis. Ada lebih kurang 40 orang pelajar di sana, jadi kami pastikan setiap orang akan dapat dua set alat tulis ie buku tulis, pensil, pemadam, pembaris dan pengasah pensil.

Untuk makanan kami singgah di sebuah kedai borong dalam perjalanan ke sana untuk beli sedikit makanan dan minuman.

Masjid Ar Raafe'ah dan madrasah d sebelahnya.

Tuesday, June 26, 2018

Siem Reap Pt 3 - Cambodian Cultural Village

Sebelah petangnya kami ke Cambodian Cultural Village. Tempat ini merupakan sebuah taman tema dan juga muzum etnik-etnik yang ada di negara Kemboja. Mula dibina pada tahun 2001 dan dibuka secara rasminya pada September tahun 2003. Terdapat tujuh kawasan yang mewakili 19 kumpulan etnik di dalam taman ini. Antara pertunjukan yang di adakan di sini ialah apsara dancing, tradisional wedding, permainan rakyat, akrobat dan lain-lain.

Waktu lawatannya dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang untuk hari Isnin hingga Khamis dan 8.00 pagi hingga lapan malam untuk hari Jumaat hingga Ahad. Kawasannya memang sangat luas jadi jika kita berhajat nak pergi ke semua tempat kenalah datang awal pagi. Sesetengah acara hanya di adakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja bukan setiap hari.


Tuesday, June 19, 2018

Siem Reap Pt 2 - War Museum

Pagi ini kami nak ke War Museum. Keluar pun agak lewat sikit sebab kedudukannya tidak jauh dari hotel, cuma mengambil masa 15 minit untuk sampai. Muzium ini berkonsep terbuka dan tiket masuknya cuma US$5 sahaja.

Tujuan muzium ini di buat adalah untuk mengenang serta menyimpan sejarah dan episod penting negara Kemboja dengan  mengekalkan koleksi unik peralatan dan jentera perang untuk generasi yang akan datang.

Laluan masuk ke war museum.

Monday, June 11, 2018

Siem Reap Pt 1 - Portable wifi | Silk Farm | Restoran Halal | Night Market

Trip ini merupakan trip yang kurang dipersetujui OR pada mulanya. Katanya nak buat apa ke sana kalau cuma nak tengok Angkor tu. Tapi sebab kami belum pernah ke Kemboja dan kebetulan ada tiket murah jadi kami pergilah juga. 

Sebelum pergi kami telah berhubung dengan Nasir pemandu tuk-tuk untuk menyediakan itinerary buat kami. Siap pesan pada dia tak nak pergi ke tempat-tempat yang bukan-bukan. Jadi trip kami selama 4H3M agak longgar dan banyak waktu rehat. Setiap tengah  hari kami mesti balik ke hotel dan sempat tidur sebelum keluar semula.

Pejabat Roaming Man berada di kawasan berlepas. Tak perlu booking lebih awal.

Thursday, May 31, 2018

Tokyo Pt 3 - Hari-hari berikutnya di Tokyo : Odaiba | Akihabara | Asakusa | Tokyo Skytree

ODAIBA

Posting sekali harung untuk hari-hari seterusnya di Tokyo. Malas tahap gaban bulan puasa ni.

Sebelum ke Odaiba kitaorang bergerak ke Yokohama dulu untuk menghimbau kenangan lama. Kami cuma keluar dari stesyen saja. Tak ke mana-mana sangat pun. Persekitarannya sudah banyak berubah. Ronda lebih kurang kat dalam stesyen dan terus bergerak untuk ke Odaiba.

Di luar kawasan stesyen Yokohama.

Wednesday, May 2, 2018

Tokyo Pt 2 - Shibuya Crossing

Balik dari Kawaguchiko kami berehat sekejap. Selepas selesai kewajipan dan makan malam kami keluar semula. Hari dah mulai gelap. Malam ini kami nak ke Shibuya yang terkenal dengan Shibuya Crossing nya. Stesyen Shibuya cuma terletak empat stesyen saja dari bilik penginapan kami di Shin-Okubo.

Hujan gerimis semasa kami sampai di Shibuya. Tapi orang tetap ramai. Pemandangan dari atas adalah lebih menarik. Jadi kami ambil foto dari jejambat yang menghubungkan Shibuya stesyen dengan kompleks beli-belah di seberang jalan. Tapi laluan tu bercermin pulak jadi foto pun macam kabur  sikit. Guna pulak kamera handphone cap ayam.

Suasana malam di Shibuya Crossing.

Wednesday, April 18, 2018

Tokyo Pt 1 - Kawaguchiko

Pagi ini hujan dan bertambah-tambahlah sejuknya. Walaupun hujan, rancangan untuk ke Tasik Kawaguchi mesti diteruskan kerana tiket bas sudah pun dibeli lebih awal. Harapan untuk melihat Gunung Fuji pada waktu ini memang sangat tipis sekali.

Keluar agak awal hari ini kerana bas yang kami ambil bergerak pada jam 7.00 pagi. Tujuannya supaya kami dapat balik dan sampai di bilik sebelum hari gelap. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Tiket bas untuk ke Tasik Kawaguchi boleh ditempah DI SINI. Harga tiket 1750 yen sehala.

Stesyen bas ekspres berada di tingkat empat bangunan ini.

Monday, April 9, 2018

Siem Reap - Pemandu tuktuk | Hotel penginapan

Mod pengangkutan yang paling mudah di Siem Reap ialah dengan menaiki Tuktuk. Lagipun sewanya lebih murah berbanding menyewa kereta dengan pemandu. Keselamatan... Insya Allah selamat kerana jalan raya di Siem Reap tidak sibuk dan kenderaan tidak dipandu laju.

Tuktuk yang kami gunakan untuk 4H3M di Siem Reap. Di sini tuktuk dibenarkan mengambil penumpang di hadapan pintu keluar airport.

Wednesday, March 28, 2018

Dari Sapporo ke Tokyo

Penerbangan pagi ini ke Tokyo ialah pada jam 9.30 pagi dengan Jetstar. Oleh kerana tak tahu macam mana keadaan pagi tu ktaorang awal-awal pagi lagi dah keluar. Kaunter hotel pun masih belum buka. Sampai di stesyen Nakajima Koen subway train pertama pun belum sampai lagi. Subway di sini mula bergerak pada jam enam pagi. Kereta api pertama yang sampai di Nakajima Koen ialah pada jam 6.15 pagi.

Sayonara Nakajima Koen.

Wednesday, March 21, 2018

Sapporo Pt 6 - Warung Jawa | Masjid Sapporo

Untuk makan tengah hari kami bercadang nak makan di Warung Jawa yang terletak berhampiran kawasan Masjid Sapporo. Jadi selepas makan nanti bolehlah singgah sekali ke Masjid. Jadi dapatlah kami balik lewat sikit ke hotel.

Dari stesyen Maruyama kami terus bergerak semula ke stesyen Odori dan bertukar ke Namboku line untuk ke Masjid Sapporo. Stesyen terhampir dengan masjid ialah Kitajunijo.

 Mosuku atau Masujido berhampiran Universiti Hokkaido.

Tuesday, March 13, 2018

Sapporo Pt 5 - Bankei Ski Area

Hari ini adalah ketiga kami di Sapporo sebelum  berlepas ke Tokyo esok harinya. Kalau ke Sapporo masa musim bersalji ini rugilah kalau kita tak mencuba untuk bermain ski. Ada banyak tempat untuk bermain ski di sekitar Pulau Hokkaido ini. Dalam banyak tempat itu kami memlih untuk pergi ke kawasan ski yang paling dekat sekali dari Sapporo iaitu Bankei Ski Area.

Bankei atau ban K ski area.

Tuesday, March 6, 2018

Sapporo Pt 4 - Asahiyama Zoo

Salah satu destinasi yang agak popular pada musim sejuk di Hokkaido ialah Asahiyama Zoo. Masa buat itinerari dah siap-siap tanya pada ahli jemaah sama ada nak ke Otaru atau ke Asahiyama Zoo. Diaorang memilih untuk ke Zoo. Tarikan utamanya ialah penguin parade yang diadakan dua kali sehari aitu pada jam 11.00 pagi dan 2.30 petang. Untuk memudahkan perjalanan kami dah buat booking pakej ke Asahiyama Zoo dari Chuo Bus secara online DI SINI. Booking boleh dibuat 30 hari sebelum perjalanan.

Pagi itu kena bangun awal sikit kerana nak siapkan bekalan. Memang kami jangkakan tak akan jumpa tempat makan yang sesuai buat kitaorang untuk trip hari ini. 

Asahiyama Zoo.

Monday, February 26, 2018

Sapporo Pt 3 - Sapporo TV Tower

Petang ini destinasinya ialah Sapporo TV Tower yang terletak berhampiran stesyen subway Odori. Kalau diikutkan kami nak ke sini pada siang hari tapi kami cuma ada tiga hari saja di Sapporo dan untuk dua hari berikutnya memang dah ada aktiviti lain.

Dalam stesyen Odori ni banyak sangat pintu keluarnya. Jadi supaya tak tersalah pintu kami tanya pada staf kat kaunter subway. Pintu keluar untuk terus ke Sapporo TV Tower ialah di pintu nombor 27. Naik je ke atas terus nampak tower tu depan mata.

Harga tiket untuk naik ke atas ialah 720 yen.

Monday, February 19, 2018

Sapporo Pt 2 - Mount Moiwa

Selepas tinggalkan beg di hotel kitaorang keluar semula. Destinasinya ialah Mount Moiwa. Cuaca pun agak baik hari ini. Kedudukan hotel ini agak bagus juga kerana tdak jauh dari stesyen subway Nakajima Koen dan juga stesyen tram. Jadi kami menapak saja ke stesyen tram terdekat iaitu Honganji Higashi Mae yang terletak lebih kurang 400 meter dari hotel.

Kalau tak biasa, jalanlah perlahan-lahan macam penguin, Insya Allah selamat... hehe

Tuesday, February 13, 2018

Sapporo Pt 1 - Trip dingin beku

Suhu terendah  semasa kami di Sapporo ialah -11 darjah Celcius. Memang sudah kami jangkakan. Jadi persediaan yang bersesuaian adalah sangat penting untuk menghadapi keadaan suhu serendah itu. Kepada pengembara yang sudah biasa dengan keadaan itu mungkin takde hal bagi mereka. Tapi kami yang kali pertama kenalah buat persiapan secukupnya.

Matahari terbenam agak awal pada musim sejuk.

Wednesday, February 7, 2018

Seputih Sapporo

Boleh dikatakan hampir keseluruhan Sapporo dan kawasan sekitarnya di liputi salji yang memutih. Menahan sejuk beku di Sapporo terasa amat sukar. Suhu terendah mencapai -11 darjah Celcius. Berkali-kali merasa terjatuh terduduk tertiarap dan macam-macam gaya jatuh di atas ais. Alhamdulillah tak ada yang terpatah atau terkehel. 

Wednesday, January 24, 2018

Cameron Highlands 2018

3H2M di Cameron Highlands tapi tak dapat nak pergi banyak tempat kerana selepas Zuhur je hujan mulai turun dua hari berturut-turut. Lagipun ada si comel kecil yang ikut sama. Memang payah sikit nak menyinggah. Jadi kami pergi ke tempat-tempat biasa kesukaan kitaorang iaitu MARDI, Boh Tea Plantations dan Cameron Lavender di Tringkap. Tempat-tempat jualan sayur-sayuran dan ladang strawbery pun kami tak singgah kerana semuanya ada di pasar malam.

Tak jemu-jemu ke Cameron Highlands.

Monday, January 15, 2018

Miri 2018

Trip kali kedua ke Miri. Dulu pergi dengan family tapi kali ini dengan rakan sekerja. Trip orang veteran ni taklah seperti trip orang muda-muda, jadi kita pergi tempat-tempat yang mudah saja. 

Sampai di Miri dah agak lewat kerana penerbangan AA delay hampir satu jam. Leceh sangat rasanya kena turun naik tangga padahal ada je aerobridge kat Miri airport ni.