Tuesday, September 11, 2012

Malindo Airways pesaing baru Airasia

Ini merupakan berita yang boleh dianggap baik bagi orang suka travel. PM Najib telah mengumumkan akan pelancaran satu lagi perkhidmatan penerbangan tambang murah yang diberi nama Malindo Airways. Operasinya hanya akan bermula pada Mei tahun 2013.

Apa yang menarik, ianya akan berpangkalan di KLIA2 walaupun syarikat penerbangan ini adalah usahasama di antara syarikat Malaysia dan Indonesia. Syarikat Malaysia, NADI menguasai 51% dan selebihnya dipegang oleh PT Lion Group dari Indonesia. Kuala Lumpur akan dijadikan pusat bagi penerbangan ke negara ASEAN dan Asia.


Kalau tambangnya dapat menyaingi Airasia, apa salahnya kita bertukar angin. Lagipun aku kadang-kadang bengang dengan sikap Tony yang semakin angkuh. Syarikat penerbangan baru ini aku rasa boleh berdaya maju kerana Lion Group memang sudah lama berada dalam industri penerbangan dan NADI pula berpengalaman dalam perkhidmatan MRO (maintenance, repair, overhaul) kapalterbang.