Hari ini operasi belon udara panas masih lagi tidak dibenarkan. Jadi walaupun dua hari kami berhenti di Cappadocia nasib masih tak menyebelahi kami. Untuk mengulang lagi ke sini memang tidaklah. Setakat nak naik belon udara panas di Putrajaya pun ada pada setiap tahun. Cuma pemandangannya agak nerbeza.
Sempat meronda bahagian belakang hotel yang menghadap sungai.
Ada kumpulan yang mengganti trip belon udara panas ke trip safari.
Kedai di hadapan hotel.
Antara barangan seramik yang dipamerkan.
Dalam perjalanan singgah di sebuah Caravanserai.
Bahagian luarnya. Terdapat café dan kedai jualan di bahagian dalamnya.
Bahagian dalamnya, cantik dan dijaga rapi.
Tasik air masin.
Tempat lawatan pertama hari ini ialah di sebuah tasik garam. Tasik ini merupakan tasik kedua terbesar di Turkey dan antara tasik air masin terbesar di dunia. Purata kedalamannya diantara 0.5 hingga 1.5 meter sahaja. Garam yang diproses dari tasik ini membekalkan sebahagian besar keperluan garam untuk negara Turkey.
Terdapat spesis burung flamingo yang mendiami sekitar tasik ini.
Ada juga produk kesihatan yang dihasilkan dari tasik ini.
Makan tengah hari di restoran ini.
Menghampiri kota Ankara, ibu negara Turkey.
Antara bangunan moden di Ankara.
Sampai di kawasan makam Ataturk.
Peta kawasan makam yang agak luas.
Makam terletak dalam bangunan ini.
Kawasan dataran dan muzium di bahagian belakang.
Pengawal yang sinonim dengan tempat-tempat semacam ini.
Laluan keluar di bahagian belakang.
Tulip yang dah terlebih kembang.
Taman tema yang sedang dibangunkan.
Rakyan marhaen Turkey balik kerja.
Penginapan untuk hari ini ialah di Highway Hotel, Bolu.
Hotel ini terletak di tepi lebuhraya. Kalau ikut itinerary asal kami sepatutnya menginap di Von Mountain Resort. Sampai di sini pun dah agak lewat. Sebenarnya hotel ini berada dalam kawasan kompleks kedai-kedai outlet. Banyak kedai berjenama dan harganya agak murah tapi kami cuma mampu tengok kerana banyak kedai yang dah ditutup kecuali pasar raya Turkish delight dan restoran.
Kompleks Highway Outlet yang bersambung dengan hotel.
barang-barang seramik cantik..
ReplyDeleteCantik dan mahal en Din...
Deletealaaa sedihnyaa tak dapat naik hot air balloon.. kalo CT memang dah moody dah.. huwaaaa bukan selalu dapat pergi..
ReplyDeleteDua hari pun tak menjamin kita dapat naik... nampaknya kena pilih musim yang betul...
DeleteAda tak cerita menarik tentang Ataturk tu?
ReplyDeleteNaik belon biasanya mahal, kan?
Memang ada tapi saya ni memang kurang minat dengan muzium2 ni. Laluan kan dalam tu pun sehala jadi main laju je jalannya...
DeleteUntuk pakej saya, naik belon itu adalah percuma/gratis... tapi tak ada rezeki nampaknya...
Belum pernah sampai.Insya allah satu hari nanti
ReplyDeleteInsyaAllah sampailah tu nanti...
DeleteKesudahannya mmg x dpt la naik belon pns ya... seramik tu murah2kn kat sana...
ReplyDeleteHaah... misi yang gagal...
Deletecaravanserai & RnR lebihkurang sama ke...menarik Highway Hotel, ada shopping complex..
ReplyDeleteCaravanserai ni RnR zaman dolu-dolu punya tapi di kekalkan untuk tarikan pelancong. Memang best Highway hotel tu tapi sayangnya kami lambat sampai...
Delete