Monday, May 22, 2017

Ho Chi Minh City Pt 1 - Malaysia Street | War Remnants Museum | Independence Palace

Hari Pertama

Ini adalah kali keempat menjejakkkan kaki di HCM City.  Ke sana pun sebab bawa orang yang tak pernah ke sana lagi. Kebetulan ada tiket murah. Seperti biasa flight pilihan adalah AirAsia walau ada banyak penerbangan lain yang ke sana dari KLIA. Sekarang dah banyak pilihan untuk ke sana selain AirAsia iaitu MAS, Malindo Air, Viet Jet dan Vietnam Airlines. Itu belum termasuk penerbangan dari Johor Bahru dan Penang lagi. Jadi memang tak hairanlah kalau kita boleh jumpa orang Malaysia di mana-mana di HCM City ni.

Flight berlepas pada jam 7.05 pagi dan masa tu tak ada orang yang dapat menghantar. Jadi bawa je kereta dan parking di bangunan bertingkat Klia2 untuk 4 hari. Caj yang dikenakan sebanyak RM158.00. Kalau naik Uber pun lebih kurang macam tu juga cajnya untuk perjalanan pergi balik.

Tan Son Nhat International Airport.

Sampai di Tan Son Nhat Airport pada jam 8.05 pagi. Untuk ke pusat bandar kita orang naik bas biasa yang memang sedia menunggu di bahagian kanan pintu keluar airport. Basnya baru dan ada aircon. Kalau dulu basnya agak buruk dan tak selesa. Tapi yang penting tambangnya yang sangat murah iaitu 5000 Dong bersamaan lebih kurang seringgit sahaja. Turun di perhentian terakhir iaitu di kawasan Ben Thanh Market. Dari situ berjalan sikit untuk ke hotel.


Kalau dulu di hadapan kawasan Ben Thanh Market adalah satu round about yang besar, sekarang ni dah tak ada lagi. Kawasan itu sedang dibangunkan untuk dijadikan salah satu stesyen metro seperti di Kuala Lumpur. Tapi tak tahulah ke mana laluannya. Kalau ke airport makin mudahlah nak ke pusat bandar HCM City nanti.

Peta perjalanan meronda tempat-tempat menarik di HCM City.

Sampai di hotel kami tinggal beg dulu kerana masa untuk check in adalah pada jam 2.00 petang. Singgah sebentar di Jalan Nguyen An Ninh atau lebih dikenali sebagai Malaysia Street untuk mencari kopi ais Vietnam yang sangat kaw tu. Ingatkan nak singgah sekejap saja tapi bila dah OR ikut sama memang terjebaklah dengan aktiviti shoppingnya. Selepas makan tengah hari kami balik semula ke hotel untuk menghantar tuaian hari pertama dan seterusnya check in.

Banyak orang menjual kopi halal seperti ini di Malaysia Street. Ada juga yang menggunakan motor atau basikal.

Selesai semua urusan kami keluar semua untuk ke destinasi pertama hari iaitu War Remnants Museum. Pada mulanya kami nak ke Independence Palace dulu. Tapi rupanya kami jalan ikut bahagian belakangnya. Tempat jualan tiket dan pintu masuk utamanya ada di bahagian bertentangan. Nak berpusing agak jauh jadi kami cadang nak masuk bila balik dari museum nanti.

Laluan di bahagian belakang Independence Palace untuk ke War Museum.

Deretan kedai peralatan sukan dalam perjalanan ke Museum.

War Remnants Museum.

Sebahagian bahan pameran.


Antara peralatan perang lama yang dipamerkan.

Dalam perjalanan balik cadangnya nak masuk ke Independence Palace tapi sudah ditutup kerana waktu lawatannya hingga jam lima petang sahaja. Jadilah cuma dapat ambil foto. Ramai juga orang yang masih lagi nak masuk pada waktu itu tapi kaunter tiketnya sudah ditutup lebih awal.

Independence Palace.

Bunga-bungaan di hadapan pintu masuk utama Independence Palace.

Singgah lagi di Malaysia Street. Duit Malaysia diterima secara meluas di sni.


Sekarang dah banyak pilihan restoran halal di sini. Pilih saja yang mana satu. Tapi harga makanan agak mahal. Kita orang berpindah-pindah masa makan di sini untuk dapatkan perbezaan harga tapi harganya memang agak standard untuk semua restoran. Harga nasi goreng adalah antara RM12 - RM15 sepinggan. Karipap di Restoran Basiroh harganya RM2.00 seketul!

Suasana malam di Malaysia Street.

Buah-buahan pun mahal. Mangga siap dikupas harganya lebih kurang RM10 sebiji.

24 comments:

  1. wah PLM gi nyopink baju rayer ke ni...
    lepas ni boleh bukak butik !!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Backpack je ke sana en Din... tak menyoping sangat pun...

      Delete
  3. oo..dah takde roundabout..kenangan melintas depan market..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah tak ada round about tu jadi agak lega sikit kawasan tu..

      Delete
  4. rencana tahun depan sih ke vietnam, butuh pencerahan nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh begitu Rin... HCM City destinasi shopping murah yang semakin mendapat perhatian...

      Delete
  5. harga mangga kupas 10 ringgit per biji ? berarti sekitar 30ribu rupiah ya pak Mie ? memang mahal banget ya. Durian brapaan Pak Mie harganya di HCM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan dan buah-buahan memang agak mahal di sini Gun kecuali pakaian dan kain...

      Delete
  6. SA dah pernah sampai kat sini...best giler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat best untuk shopping... harga barang-barang pu agak murah...

      Delete
  7. byk perubahan ya..
    rindu kopi ais dia laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah lama tak ke sana mwmang terasa banyak perubahannya... Kopi tu memang kaw habis..

      Delete
  8. Peminat kopi tentu suka kopi tu.

    Untunglah dah banyak makanan halal di HCM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kopinya agak keras sikit tapi bila dicampur ais... pergh....

      Makanan halal senang dapat tapi harganya mahal...

      Delete
  9. kali keeeeeempat ? wow.. tabik tabik.. CT skali pun tak sampai lagi. hehe.. kalo CT pun prefer simpan kereta di KLIA2 terus. mahai la sikit tapi mcm PLM cakap.. sama je kalo amek teksi or uber. plus.. xyah susahkan org nak hantar or ambil. sendiri boleh bajet masa..

    ReplyDelete
  10. Dekat je CT... tu yang boleh ulang banyak kali. Tang parking tu kalau setakat empat lima hari memang lebih senang parking kat airport je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling lama so far masa pegi perth.. 7 hari.. tapi tak sampai 200 pun. bajet dengan mak around 350 tahla orang tu kira macam mana tapi kat klia..

      Delete
    2. Betullah tu sebab dari hari ke 4 caj hariannya RM20 flat rate...

      Delete
  11. aihh mahalnya nasi goreng 12-15 inggit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya diaorang ambil kesempatan dan orang Malaysia pun tak kesah nak bayar... padahal harga bahan mentah takdelah mahal mana...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...