Turun dari Bromo lebih kurang pada jam sepuluh pagi. Agak lewat sebenarnya. Macam itulah keadaannya kalau pergi ramai-ramai. Ikut keupayaan masing-masing sebab memang agak meletihkan. Sampai di hotel terus saja ke restorannya kerana kami semua memang dah kelaparan. Kami kumpulan terakhir yang bersarapan pada hari itu. Makanan pun memang sudah di tinggalkan khas untuk kumpulan kami. Kami balun sampai licin.
Dari Bromo kami bergerak untuk ke Kota Wisata Batu yang mengambil masa lebih kurang dua jam perjalanan. Selesai check in di The Batu Villas kami keluar semula untuk makan tengah hari yang dah terlewat. Ke mana lagi kalau tak ke Restoran Wong Solo.
Kota Wisata Batu.
Batu di panggil kota wisata kerana di sini terdapat banyak tempat tumpuan untuk tarikan pengunjung. Antaranya ialah Batu Secret Zoo, Jatim Park I dan II, Batu Night Spectacular, Muzium Angkut, Pasar Apung dan pusat pelancongan pertanian yang tarikan utamanya ialah ladang epal dan stroberi.
Berada pada ketinggian antara 700-1700 meter dari paras laut. Udara di sini agak nyaman.
Ada satu kumpulan pemuzik datang ke meja kami semasa baru nak makan. Suara penyanyinya memang mantap macam recording artist.
Antara banyak-banyak tempat di Batu kami pilih untuk ke Muzium Angkut saja kerana tempat ini agak sesuai untuk semua peringkat umur. Muzium ini dibuka hingga jam lapan malam. Harga tiket masuknya ialah Rp100K. Sampai di sini dalam jam lima petang dan kami keluar sehingga muzium ini ditutup. Luas Muzium Angkut ini ialah 3.8 hektar dan memang berbaloi dengan bayaran yang dikenakan.
Ada berbagai tema dari Asia hingga ke Eropah serta Amerika.
Signage ini berada di laluan keluar. Laluan keluarnya berbentuk seperti kereta api lama dan berbunyi seakan kita berada dalam kereta api lama yang sebenar. Di hadapannya ialah Pasar Apung,
Menariknya muzium tu! banyak basikal-basikal lama and kereta.
ReplyDeletebtw orang indon mostly memang suara sedap and pandai menyanyi kan.
Kapalterbang sebesar Boeing 737 pun ada di bahagian atas sekali... tempat yang tidak boleh dilepaskan jika ke sana. Setuju... tapi persaingan untuk menonjolkan bakat dalam industri muzik di sana agak hebat...
DeleteGambar tengah merempit tu sangat kelakar :D
ReplyDeleteKat situ saja yang berpeluang... kalau kat rumah memang nak kena balunlah jawabnya...
Deletebanyaknay peluang untuk merempit...cantik-cantik belaka.
ReplyDeleteBukan semuanya boleh dilenjan en Din... barang antik tu...
DeleteWah Makannya di Restoran WONG SOLO terus terusan ya. Ngak pindah ke lain hati Pak Mie.
ReplyDeleteSebab makanannya sedap, restorannya bersih dan harganya berpatutan Gun...
Deletesurabaya ....dekat di hati.
ReplyDeleteTapi jauh di mata... hampir tiga jam flight... hehe
Deletebanyaknya..pelbagai jenis...Wong Solo kt M'sia kurang sikit sedapnya..
ReplyDeleteAda ribuan unit kenderan lama kat muzium tu... sekurang2nya ambil masa tiga jam untuk tengok semuanya...
DeleteSaya ingat tadi muzium bergerak.
ReplyDeleteMuzium kenderaan atau pengangkutan lebih jelas rasanya... Dah istilah kat sana camtu...
Deleterasa2 nya kita pegi tu tak jauh beza je hari ni.
ReplyDeletestayed kat The Batu Villas gak ye.
Rasa macam tu lah. Nginap kat Batu Villas semalam je tapi bilik tak ada aircond... tapi rimas juga sebab tak sesejuk di Cameron Highlands..
Delete