Sampai di Bursa menjelang malam setelah menempuh perjalanan selama lebih dua jam. Hotel penginapannya terletak di pinggir bandar. Ada juga kedai-kedai yang terletak berhampiran tapi tutup agak awal. Jadi selepas dinner malam tu memang terus masuk bilik dan tidur.
Lobinya agak luas.
Menu sarapan pagi.
Di sini pada masa tu subuhnya agak awal iaitu pada jam lima pagi. Sarapan pula bermula pada jam enam pagi dan bertolak dari hotel pada jam tujuh pagi. Lebih kurang macam itulah rutin hariannya semasa di sana. Untuk hari kedua ini perjalanannya ialah dari Bursa ke Kusadasi. Tempat pesinggahan pertama di Bursa ialah di kedai Munira iaitu pusat candy dan Turkish delight. Agak dekat kedudukannya dari hotel.
Berbagai jenis baklava ada di sini.
Manisan lainnya.
Ada juga yang sudah siap dikotakkan.
Madu dan minyak zaitun pun ada.
Ramai yang mula menambah berat bagasi di kedai Munira. Bila sampai di tempat sebegini biasanya memang terlajak dari masa yang diberikan. Tapi Miss Sibel layankan saja sebab dah memang tahu perangai orang kita yang suka shopping. Lagipun ini entah kali yang keberapa puluh agaknya dia bawa orang Malaysia.
Selesai di kedai Munira lawatan seterusnya ialah ke dua buah masjid lama yang terletak di bandar Bursa iaitu Masjid Ulu Camii dan Masjid Hijau. Kedudukannya agak berdekatan antara satu sama lain.
Masjid Ulu Camii.
Ruang dalamannya.
Tulip putih di perkarangan masjid.
Green Mosque.
Selepas selesai sesi lawatan di kedua-dua masjid, seterusnya adalah untuk mencari souvenir. Ada beberapa kedai berhampiran kawasan masjid tapi yang paling menarik perhatian ialah Rumah Sutra. Kedainya agak besar dan banyak pilihan barangannya. Yang penting harganya agak murah dan berpatutan.
Rumah Sutra.
Antara barangan yang dijual di Rumah Sutra.
Perjalanan diteruskan untuk menuju ke Kusadasi yang jaraknya lebih dari 400 kilometer dan mengambil masa lebih lima jam untuk sampai. Dalam perjalanan kami singgah makan tengah hari di Restoran Kofteci Yilmaz. Selepas itu memang ada dua tiga kali berhenti atas permintaan untuk mengosongkan pundi yang cepat sangat terasa kerana cuaca sejuk. Sampai di Kusadasi menjelang petang.
Rasa macam di New Zealand...
Ladang buah zaitun.
Hotel-hotel di Kusadasi.
Hotel penginapan menghadap laut tapi tiada pantai.
Menghadap pulau-pulau negara Greece.
Sunset di hadapan hotel.
Pilihan makanan di hotel ini adalah yang paling banyak berbanding hotel di lokasi lain.
Bilik penginapannya pun terbaik.
Saya ke bursa blik hr aja.. naik ke uludag. Cntik ya pemndangn di hotel tu.. x belik towel ke plm? Towel di bursa lawa2 sulam
ReplyDeleteBalik hari pun cukup Fari... Uludag pun cantik dah sebab macam tak banyak sangat tempat menarik di Bursa ni...
Deletedoa semoga kami akan sampai ke turkey
ReplyDeleteEn Din boleh...
DeleteTerliur tengok manisan2 tu semua.
ReplyDeleteTapi tak boleh makan bebanyak... manis yakamat...
DeleteKalau saya dah borong semua jenis baklava tu.
ReplyDeleteManis sangat... ambil jugalah sikit...
Deletewow bilik2 hotelnyaaa semua aaum aaum lawanya.. tiub yang panjang2 tu tempat sisha ke ? macam banyak nampak kat kedai2 arab dok berasap.. hehe.. orang malaysia dan shopping huurm =D
ReplyDeleteHotel semua 3 bintang ke atas... memang ok. Ya betul... sisha pun dijual buat souvenir...
DeleteCT suka laaa tempat2 kat sana ada signboard besar2 nama tempat gitu. wajib tu nak bergambar..
ReplyDeleteboleh tahu ambil agent mana?
ReplyDeleteSaya ambil dari Nusa Travel Kajang... tel 012-3829202
Deletepergi ke kusdasa naik train ke
ReplyDeletePerjalanan trip ini semuanya dengan bas...
DeleteHotel apa ni ye
ReplyDeleteHotel apa ya di kusadasi tu..dan kemana jer di kusadasi ya 😊
ReplyDeleteLupa nama hotel tapi kalau nak tahu apa yang aktiviti di Kusadasi baca episod seterusnya...
Delete