Pagi ini hujan dan bertambah-tambahlah sejuknya. Walaupun hujan, rancangan untuk ke Tasik Kawaguchi mesti diteruskan kerana tiket bas sudah pun dibeli lebih awal. Harapan untuk melihat Gunung Fuji pada waktu ini memang sangat tipis sekali.
Keluar agak awal hari ini kerana bas yang kami ambil bergerak pada jam 7.00 pagi. Tujuannya supaya kami dapat balik dan sampai di bilik sebelum hari gelap. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Tiket bas untuk ke Tasik Kawaguchi boleh ditempah DI SINI. Harga tiket 1750 yen sehala.
Stesyen bas ekspres berada di tingkat empat bangunan ini.