Friday, April 21, 2017

Turkey

Trip ke Turkey (8 - 17/4/2017)

Kecewa tak dapat naik tram di Istanbul.

Hagia Sophia

Muzum Topkapi

Kusadasi

Tapak sejarah Ephasus

Pokok buah tin yang sedang berbuah lebat.

Hot sprng terrace

Banyak yang dah kering.

Sunset di Pamukkale.



Rumah-rumah dalam batu.

Rose Valley.

Fairy chimney.

Selat Bosphorus.




Dataran Muzium Ataturk.





Grand Bazaar.

Trip ini adalah trip secara pakej 10 hari 7 malam. Dua malam dihabiskan dalam penerbangan. Kali pertama pergi cara begini.

Sesaja nak berikan bintang bagi setiap kategori berdasarkan pengalaman sendiri. Mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang nak ke sana.

Operator (Nusa Travel, Kajang)  : 4
Disertakan seorang pengiring dari Malaysia dan seorang Turkish tourist guide yang sangat informatif. 

Penginapan : 4
Hotel penginapan di antara 3 hingga 5 bintang. Ada hotel yang baru dan ada juga yang dah agak lama. Konsep tinggal di hotel di sini macam touch and go. Check ini jam tujuh hingga lapan malam dan check outnya jam tujuh pagi esoknya.

Makanan : 2.5
Memang sangat tak kena dengan selera. Makanannya agak tawar dan tak pedas langsung.

Tempat lawatan : 2.5
Banyak pergi ke masjid lama dan juga ke tapak sejarah (tak berapa berminat)

Pengangkutan : 4
Bas Mercedes yang baru dan senyap serta ada wifi. Banyak masa dihabiskan dalam perjalanan sebab jarak antara sesuatu bandar agak jauh. Secara keseluruhannya jarak perjalanan yang dilalui melebehi dua ribu kilometer.

Shopping : 3
Kebanyakan aktiviti shopping cuma dapat diakukan di kedai berhampiran tempat lawatan. Di Istanbul cuma di Grand Bazaar dan barangnya agak mahal.

Cuaca : 3
Musim bunga tapi kadang-kadang hujan berlarutan. Dua hari di Cappadocia tapi tak dapat naik belon udara panas. Frust...

Kesimpulannya, kalau nak ke Turkey kena tinggal di Istanbul tiga atau empat hari baru puas. Lain tempat yang berbaloi pergi ialah Cappadocia. Yang lain-lain tu tak payah pergi pun tak apa rasanya.

26 comments:

  1. Replies
    1. Masa tu tengah puncak musim tulip... merata-rata ada...

      Delete
  2. PLM......!!!!

    Lamanya saya x menjengah... dah ke turki ya..? sejak balik dr China hari tu, sampai la ni.. baru la skrg dapat blogwalking.. x da masa terluang langsong.. Untung ler dapat ke turki time spring... Cantiikkkk!!!! time winter hari tu, memang ranting2 ler yg bnyk..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi pun ikut pakej je Fari... Sibuk bebenor le tu... tapi jalan-jalan jangan dilupa... hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Best la jugak... dapat pergi Eropah sekali tu... hehe

      Delete
  4. Itulah nekcik pun klau ada rezeki lah memang nak repeat istanbul jer...bnyak tempst cantik in and around istanbul...pergi umrah dapat singgah 3 malam istanbul rasa seronok

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Jauh sangat perjalanannya... tapi kalau dapat cuti setengah bulan macam maksu... boleh terjah je kot... hehe

      Delete
  6. semakin jauh kali ini en Mie...
    lawa tulip

    ReplyDelete
  7. Orang di daerah sana memang suka makanan yang 'mild', tawar dan tak pedas. Mereka suka yang manis-manis macam baklava. Mie ada makan Baklava tak?

    Tapak-tapak sejarah apa yang Mie lihat? Blue Mosque, Hagia Sophia dan rumah dalam batu tu rasanya antara tarikan utama di sana, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baklava ada di sesetengah hotel... manis sesangat.

      Tapak sejarah yang di bawa ialah ke Ephasus di Kusadasi dan juga Hierapolis di Pamukkale. Kedua-duanya adalah tapak sejarah Greco-Roman. Luas sangat kawasannya. Di luar Istanbul, banyak lawatannya juga ke masjid dan caravanserai lama.

      Lawatan lain seperti ke kedai Turkish delight, pusat pakaian dari kulit, kedai pakaian cotton, tempat pembuatan permaidani dan seramik. Tapi lawatan di Cappadocia adalah yang terbaik...

      Delete
  8. sedang menunggu pelung ke turkey...hmmm...angan-angan dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah tunggu peluang, ada kesempatan dan ongkos boleh saja zila...

      Delete
  9. saya menunggu cerita selanjutnya ni.. angan2 nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi dengan pakej ni tak banyak masalah sangat... kita ikut saja...

      Delete
  10. helooooo PLM im here !!! bau bau daaa entry Turkey.
    hehehe CT ritu tak jadi pegi dengan Andalusia. tu sebab nak bawa mak memang consider nak kena ambil pakej juga senang fikir. tapi kalo ke tempat2 sejarah jee hurm i is bosan too =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CT... kalau nak ke Turkey cukuplah gi round Istanbul dan Cappadocia... boleh ke sana dengan domestic flight... Tempat lain macam buhsan je...

      Delete
  11. Nak minta opinion.. Sy akan ke turki next yr.. So better stay istanbul je atau camna? Tgk u kata tmpt lain n mcm buhsan n abis masa dlm perjalanan aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pergi ikut pakej... jadi terpaksa hadap semua. Tapi kalau orang berminat dengan tempat2 bersejarah no hal lah. Kalau pergi sendiri memang lebih baik stay di Istanbul saja kerana banyak tempat menarik dan kita boleh lawat ikut pace sendiri. Kalau nak ke tempat bersalji seperti di Uludag, Bursa boleh je ambil pakej seharian dari hotel. Cuma kalau nak ke Cappadocia agak jauh sikit... kena ambil domestik flight...

      Delete
  12. Ok sis.. Sy kurg sikit la tempat² bersejarah ni.. Tgh pening nak buat itinerari.. So far dlm list mmg istanbul n cappadocia je la.. Bursa semalam pun ok iya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kurang berminat tempat2 bersejarah ni even muzium juga... Istanbul dan Cappadocia tempat wajib dilawati. Kalau di Bursa bolehlah ke Uludag untuk main salji masa musim sejuk...

      Delete
  13. Assalam..pakai kamera apa ya? cantik gambar

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...