Awal pagi dimulai dengan hujan. Tidak begitu lebat tapi memanjang hingga jam sepuluh pagi. Masa dah tinggal renyai-renyai kami keluar dan mula meronda. Tujuannya ialah ke Patong Beach yang terletak kira-kira dua ratus meter saja dari hotel penginapan kami.
Bukti kami dah sampai Patong Beach.
Ada banyak restoran halal di sini dan kami memilih untuk makan di sini. Pemilik restoran ini ada kaitan persaudaraan dengan imam masjid.
Melalui Bangla Road yang merupakan jalan utama ke sana.
Wayar berselirat merupakan pemandangan biasa di bandar-bandar di Thailand.
Meredah gerimis.
Berbeza sungguh pemandangan waktu siang berbanding malam.
Sampai di kawasan Patong Beach.
Tak berapa ramai orang bersiar di pantai.
Cuaca menjadi gelap semula.
Ramai yang cuma bermain air saja.
Nampak macam nak hujan semula jadi kami tak tunggu lama di sini.
Di penghujung kawasan Patong Beach.
Seterusnya kami nak ke Masjid Patong yang merupakan masjid terbesar di kawasan Patong. Lokasinya kira-kira tiga kilometer dari pantai ini. Jadi untuk memudahkan kami ambil saja tuktuk yang memang ada banyak menunggu untuk ke sana. Tambangnya 200 baht. Agak mahal walaupun jaraknya agak dekat. Nasib baik kami berempat jadi agak berbaloi juga. Tujuan ke sini ialah untuk cari restoran untuk makan tengah hari. Ada banyak restoran makanan halal terletak di sekitar Masjid Patong.
Tuktuk yang kami naiki berhenti betul-betul di hadapan masjid.
Masjidnya tiga tingkat.
Masuk ke kawasan masjid. Ada kelas agama sedang dijalankan.
Naik ke tingkat paling atas.
Kebetulan masa sampai di sini, imam yang bertugas sedang berada di dalam masjid. Dia berasal dari selatan Thai dan boleh berbahasa Melayu dengan baik. Kemesraan ternampak di wajahnya bila dia tahu kami dari Malaysia. Siap menjamu kami dengan minuman panas dan kueh. Mulanya nak duduk minum di bawah pokok kurma tapi masih lagi hujan. Jadi minumlah kami di bahagian bawah masjid yang seakan dewan serbaguna.
Di bawah pokok kurma yang rendang.
Pemandangan persekitaran masjid dari tingkat tiga.
Terletak berhampiran selekoh.
Restoran ini masih belum dibuka.
Banyak juga pilihan makanannya dan harganya berpatutan berbanding harga di kawasan bandar Patong. Kami siap bungkus beberapa jenis lauk.
Pankek pisang jgn dilupa..hihi
ReplyDeleteTak terlintas pulak nak beli sebab mudah dapat makanan halal kat sana...
Deletewow PLM.. lama CT tak jenguk sini da sampai ke Phuket pula.. hihi rajin and laju sungguh ni jalan tak dan CT nak kejar hehe. ayooo tengok wire banyak cem tu pening kepala. kalo blackout ke satu wire terbakar ke yang lain2 kena sekali. nayaaa..
ReplyDeleteTrip yg dekat2 je CT... tu yang boleh pergi banyak tempat... kalau trip mega memang rabakla...
Deleteyang dekat pun CT krik krik krik ni T.T
Deleteseronok jalan ada masjid boleh singgah. tengok peradaban muslim kat situ pulak kan..
ReplyDeleteDan biasanya ada tempat makanan halal... itu yang penting...
Deletemakanan penting PLM hihi antara yang utama tu
DeleteCuaca yang sama waktu saya ke Patong. Hujan terus. cuaca di sana kurang bagus di Bulan September Pak Mie
ReplyDeleteNampaknya bulan Ogos dan September agak tidak sesuai untuk ke sana mas Gunadi...
DeleteRindu kat Patong Beach..
ReplyDeleteDekat je en Din... kalau rindu boleh mengulang...
DeleteWayar berselirat pun banyak di Bangkok dan Hoh Chi Minh.
ReplyDeleteTutuk mahal, katanya...ya ke?
Kekadang rasa risau tengok wayar tu... macam manalah nak kesan jika ada kerosakan...
DeleteTambang tuktuk agak mahal di Phuket...
yg best Patong Beach takde private beach, semua open to public...masjidnya besar, ramai penduduk Muslim..keturunan Mahsuri..
ReplyDeleteBetul tu... pantainya bebas untuk semua orang...
DeleteAda masjid yang lebih besar di Phuket ni... ada ternampak dalam perjalanan ke Patong,,,
Masjdinya tergolong megah dan tinggi pula.
ReplyDeleteKelas Agama itu maksudnya apa ya ? orang lagi ngaji atau lagi sekolah pelajaran umum ?
Betul tu mas DB... Kelas agama maksudnya ada pendidikan Islam di masjid itu. Pelajarnya agak ramai dan menggunakan bahasa Thai...
Delete