Hari ini adalah hari yang paling lama menempuh perjalanan. Jarak dari Pamukkale ke Cappadocia ialah hampir 650 kilometer dan mengambil masa lebih tujuh jam. Jadi kena keluar dari hotel agak awal sikit. Bas berhenti di bandar Konya untuk ke Muzium Mevlana Jalaluddin Rumi iaitu pengasas tarian whirling derwish atau tarian sufi sebelum sampai di Cappadocia. Masa banyak dihabiskan dalam perjalanan jadi tak banyak tempat lawatan pada hari ini. Cuaca pun tidak begitu cerah.
Pemandangan di hadapan Collossae Therm Hotel, Pamukkale.
Ada juga windmill di sini.
Snow capped mountain di kejauhan.
Abang Wira mengiringi perjalanan.
Berhenti makan tengah hari dan solat dulu di Restoran Kirazlibahce sebelum sampai di Konya.
Puas hati makan kat sini. Ada sup, pizza dan nasi.
Sampai di Konya dah agak lewat. Muzium Mevlana pun sudah hampir ditutup. Sempatlah juga masuk sekejap. Untuk masuk setiap orang diberikan plastik untuk disarungkan pada kasut. Selain makam terdapat juga bilik-bilik yang menempatkan model Mevlana yang sedang membuat kerja harian. Juga terdapat Qur'an lama yang ditulis dengan tulisan emas yang disimpan dalam kotak kaca.
Muzium Mevlana Jalaluddin Rumi di Konya. Bangunanya seakan-akan masjid.
Tulip dalam kawasan muzium.
Berebut bergambar di sini kerana pagar muzium hampir ditutup. Cepat pulak tutupnya hari tu.
Tugu contoh pakaian tarian whirling derwish. Tarian ini dilakukan secara berputar mengikut arah lawan jarum jam dengan tangan kanan menghala ke atas dan kiri ke bawah.
Empat orang dara sunti Turkey. Diaorang tak kesah pun kalau diajak selfie.
Perjalanan diteruskan untuk ke Cappadocia. Di pertengahan perjalanan berhenti sekejap di Sultanhani Caravanserai yang terletak di bandar Aksaray. Tapi sudah ditutup untuk lawatan. Caravanserai adalah merupakan satu tempat R & R yang telah dibina untuk kemudahan pedagang-pedangang pada waktu dahulu. Sultanhani Caravanserai pula adalah antara binaan karya agung yang telah dibangunkan pada era Seljuk antara tahun 1228 hingga 1229.
Pemandangan bahagian sisi.
Bahagian pintu masuk.
Dah hampir maghrib di sini tapi perjalanan ke Cappadocia masih lebih 100 km lagi.
Makan malam di Suhan Cappadocia Hotel.
Suhan Cappadocia Hotel di waktu pagi esoknya.
Ya Allah jauhnya destinasi ke destinasi, ibarat dari Bandung ke Surabaya itu Pak Mie. Untung cuma 7 jam. Kalau di Jawa bisa 14 jam ...hehe
ReplyDeleteMemang jauh Gun tapi jalan rayanya agak bagus dan tidak banyak kenderaan...
DeleteJauhnya perjalanan, macam dari utara ke selatan Semnanjung Malaysia. Tak ke kebas kaki dan nak terkucil?
ReplyDeleteBas akan berhenti setiap dua jam sama ada di stesyen minyak atau di RnR... jadi bab melepas hajat memang tak ada masalah...
DeleteBestnya,belum lagi jejak kaki ke sana. Rindu Turki.
ReplyDeleteKalau gitu Kak Mah bolehlah ajak abang Mat bermotor di sana...
Deletecantiknya bunga tulip..tak sangka banyak tulipdi Turki selain Belanda.
ReplyDeleteAda taman khas tulip lagi di Istanbul...
DeletePLM.. !! sambung lagi cepat cepat dok tunggu next entry.. selamat hari rayaa maaf zahir batin.
ReplyDeletelawa nyaaaaa orang2 sana.. dahla muda2 lawa lawa sndiri prmpuan tengok pun amaze =D
Lepas raya memang agak malas sikit CT... bertabahlah menunggu...
DeleteMashaAllah. Cantiknya!
ReplyDeleteMenarik. harap2 2018 nanti saya dapat pula menjejaki kaki ke Turkey...
ReplyDeleteJaoh ya from pammukale ke cappadocia... tp tngk scenery x jemu...😀...
ReplyDelete