Monday, December 18, 2023

Kashmir - Trip Pre Winter

Ini adalah trip pakej. Sejak dah berumur ni malas dah nak membuat itinerari sendiri. Lagipun banyak tempat yang nak di lawati dan jaraknya agak jauh antara satu dengan yang lain. Mula-mula nak pergi masa musim autumn iaitu dalam bulan Oktober tapi travel agent yang kami ikuti dah penuh. Pilihan lain kami ambil ialah trip pre winter sebab ada sebahagian dalam kumpulan kami yang nak pergi sangat. Kesian pula kalau dibatalkan. Pada mulanya ada seramai dua belas orang peserta tapi dua keluarga menarik diri atas alasan nak buat rawatan doktor dan satu keluarga lagi terlibat kemalangan. 

Oleh kerana cuma tinggal enam orang saja yang pergi, travel agent tidak sediakan tour leader sebab mungkin tak ekonomik. Jadi salah seorang dari ahli kumpulan kami secara sukarela menjadi tour leader tak berbayar. Semua dokumen yang diperlukan diserahkan kepadanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berlepas jam enam petang dan sampai lebih lima jam selepasnya.

Penerbangan dari KLIA Terminal 1 ke New Delhi dengan Batik Air Malaysia.