Wednesday, January 29, 2014

Salam dari Nagoya

Akhirnya sampai juga ke Nagoya...
 
Kat Batam je... hehe
 
Trip singkat ini cuma 3 hari 2 malam saja. Kali pertama bercuti dengan penerbangan Firefly. Mungkin ramai yang tak tahu Firefly juga pernah membuat tawaran free seat. Cuma cukai-cukainya agak tinggi. Best atau tidak bercuti di Batam ni.... tungguuuu...

Monday, January 6, 2014

Cameron Highlands - Gunung Brinchang, Sg Palas Boh Tea Centre dan Cameron Lavender Garden.

Selamat Tahun Baru 2014 buat semua. Terlambat sudah...

Sambung hari kedua

Cuaca agak baik hari ini. Selepas sarapan pagi kami berehat sebentar. Jam 9.00 pagi baru keluar. Kali ini destinasinya ialah Gunung Brinchang. Belum pernah sampai ke kawasan menara tinjaunya walaupun sudah banyak kali ke Cameron Highlands. Waktu ini belum banyak kenderaan yang menuju ke sana, jadi agak mudah perjalanannya. Tapi di sini kecekapan menggunakan gear amat diperlukan kerana jalannya yang berliku dan berbukit serta sempit. Di setengah-setengah bahagian memang tak boleh berselisih langsung, jadi perlu toleransi terhadap kenderaan yang datang.

Simpang untuk ke Gunung Brinchang dan Sungai Palas Boh Tea Centre terletak tidak jauh selepas Kea Farm iaitu arah ke Tringkap dari pekan Brinchang.