Thursday, October 24, 2013

Cuma ke seberang

Sebenarnya bukan pilihan utama kami nak ke destinasi ini, sebab pernah ke sini suatu ketika dulu. Ini kira edisi mengulanglah. Cuma kebetulan masa tu ada offer zero fare kebeberapa destinasi termasuk Jakarta, jadi cuba-cubalah masuk. Rupanya dapat pulak tiket untuk pergi dan balik. Mula-mula cuma nak pergi dengan cik wife saja, tapi akhirnya seorang anak dan anak buah turut serta trip kali ini. Tapi diaorang tak dapatlah tiket gratis tu sebab dah lambat booking.

Pada trip kali ini kami nak mencuba naik kereta api dari Jakarta ke Bandung. Dulu kami sekeluarga naik van ekspres.

Tiket kereta api boleh di booking secara online di sini.

Tiket kereta api kami booking secara online kerana trip tu pada hari Ahad, takut pulak sold out.  Dah ada baucer senanglah sikit, cuma tukar je dengan tiket di stesyen nanti. Pemandangan memang cantik mengikut cerita kawan-kawan yang pernah ke sana dengan cara ini. Tripnya ialah pada jam 8.20 pagi dan kami ambil koc eksekutif Argo Parahyangan 22 untuk perjalanan lebih kurang tiga jam yang berharga Rp90K seorang.

Trip ini adalah untuk tempoh lima hari. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.