Monday, February 20, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 2 - Gunung Penanjakan, Bromo dan Padang Savana

Untuk ke Gunung Penanjakan kami sudah diberitahu supaya menunggu di luar hotel pada jam 4.00 pagi. Suhu memang sangat sejuk pagi tu. Hujan gerimis menambahkan lagi rasa sejuknya. Dengar deruan angin macam kita berada di sebelah lebuhraya. Kawan yang kali pertama ke sini tanya ada lebuhraya ke kat sini. 

Jeep hanya sampai pada jam 4.30 pagi. Memang agak hanginlah waktu itu kerana dah hampir masuk waktu subuh. Padahal perjalanan masih jauh. Takut terlewat pulak nanti. Tapi sebelum bertolak dah siap berpesan pada kawan-kawan supaya siap berwuduk supaya senang bila sampai di atas. 

Tak lama selepas solat subuh matahari mula memancar.

Sebelum sampai di kawasan bukit, jeep terpaksa melalui jalan biasa yang banyak lekukan kesan laluan air. Bersedialah untuk dilambung. Masa tu dah dapat rasa macam tak banyak sangat jeep yang naik. Bila sampai di atas rupanya dah terdapat beratus jeep di sana. Maknanya jeep yang kami naiki memang lambat bergerak. Kebetulan hari itu adalah hari Sabtu di mana pengunjung lebih ramai berbanding hari biasa. Jeep berhenti kira-kira satu kilometer dari kawasan puncak sebab memang dah tak ada lagi kawasan untuk parking. Kami naik ojek untuk cepat sampai ke atas sebab macam dah nak habis waktu subuh. Nasib ada wakaf sebelum sampai ke puncak. Wakaf yang di puncak memang dah padat dengan orang.

Kat puncak tak pulak hujan, mungkin kedudukan separas awan. 


Terpaksalah duduk di belakang sebab macam dah tak ada ruang untuk lagi. Ramai sungguh orang pagi itu.

Puncak Gunung Semeru di balik awan.


Langsung tak nampak Gunung Batok dan Bromo pagi itu.

Ramai dah beransur pulang.


Jagung bakar yang segar.

Banyak kedai makanan dan souvenir di sini.

Bergerak menuju ke Bromo.

Jeep hanya sampai di sini saja. Perjalanan ke kawah Bromo sama ada dengan berkuda atau berjalan kaki.



Gunung Batok yang cantik menarik.

Agak jauh terpaksa berjalan di kawasan berpasir. Lebih sekilometer rasanya.

Hanya yang muda dan cukup tenaga saja naik ke atas. Boss terpaksa tunggu di bawah.














Ramai cowboy Malaya kat sini.


Dari Bromo kami bergerak ke kawasan Savana iaitu kawasan padang rumput. Suasana persekitaran seakan-akan di New Zealand. Juga dikenali sebagai bukit teletubbies. Cuma di sini tak ada biri-biri dan lembu hitam putih.



Model tak berbayar.






Berhenti sekejap di kawasan padang pasir sebelum balik. Padang pasir ini juga  dikenali sebagai Pasir Berbisik. Masa tu angin agak kuat dan pasir berterbangan. Kalau bernafas melalui mulut memang terasa berpasir kat lidah. Jadi kami minta supir balik terus ke hotel. Hari dah siang tapi belum sarapan lagi ni.

10 comments:

  1. hehe..sporting anak En Mie..
    boss dh naik kuda last trip, ke naik lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni bagi peluang pada budak2 pulak... boss tukang bayar je... hehe

      Delete
  2. suka la anak cikmie, selalu dapat berjalan ikut bapanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pergi tanpa pakej memang sekurang2nya seorang kena ikut... tapi kali ini semuanya nak ikut... jadi kita angkutlah sekali...

      Delete
  3. Bos tunggu di bawah, anak buah naik ke atas. Bos sudah sering naik ke atas ya kan Pak Mie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali cukuplah rasanya Gun... pemandangan dari bawah pun dah cukup cantik...

      Delete
  4. Replies
    1. Tapi awan yang banyak tu menghalang pemandangan. Kalau tak ada awan pemandangannya lebih cantik en Din..

      Delete
  5. ya Allah cantiknya view dia semua. Rasa nak pergi naik gunung tu laaaa huaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat cantik dan ohsem pemandangan kat sana. Boleh Syed jadikan destinasi bercuti besama rakan2 nanti. Dan kalau rajin boleh pergi sekali ke kawah Ijen di Banyuwangi untuk tengok blue fire...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...