Thursday, December 26, 2019

Gold Coast, Queensland Pt 3 - Paradise Country | Australia Fair | Pantai Gold Coast

Taman tema kedua yang kami pergi ialah Paradise Country. Tempat ini lebih kurang macam zoo juga. Bezanya cuma kita boleh bermain dengan sesetengah binatang yang ada di sini. Keluar dari tempat penginapan pada jam 9.00 pagi. Stesyen kereta api terdekat untuk ke Paradise Country ialah Helensvale. Sekarang ni sudah agak mudah kerana laluan tram Gold Coast sudah disambung dan berakhir di Helensvale. Kalau dulu terpaksa naik bas untuk ke stesyen Nerang dan ambil kereta api untuk ke Helensvale.

Menunggu tram di stesyen Cavill Avenue.

Monday, November 18, 2019

Lexis Hibiscus, Port Dickson

Dari Masjid Sri Sendayan kami ke Lexis Hibiscus, Pasir Panjang, Port Dickson. Sampai di sini pada jam dua petang. Terus beratur di kaunter check in. Waktu check in nya ialah pada jam tiga petang. Ramai sungguh tetamu pada hari ini sempena cuti hujung minggu selama tiga hari. Tempat letak kereta di hadapan hotel penuh hingga sampai ke jalan masuk di bahagian kiri kanannya. Pilihan yang ada ialah di bangunan parking bertingkat. Agak leceh jugalah sebab laluannya agak sempit. Jadi dapatlah parking di tingkat tiga.

Papantanda yang besar boleh dilihat dari jauh, jadi tak akan terlepas jalan masuknya.

Tuesday, November 5, 2019

Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Sempena cuti hujung minggu selama beberapa hari akhir bulan Oktober lepas, kami ke sini iaitu ke Masjid Sri Sendayan.

Masjid ini terletak di bandar Sri Sendayan, dalam kawasan Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan. Senibinanya agak unik dan ada pengaruh masjid yang ada di negara Arab. Oleh kerana sudah menjadi viral di media sosial ramai pelawat yang datang dari serata tempat berkunjung ke sini.

 Masjid Sri Sendayan.

Wednesday, October 30, 2019

Gold Coast, Queensland Pt 2 - Sea World

Hari ini kami nak ke Sea World. Tak jauh mana dari penginapan kami. Jadi kami keluar agak lewat sikit. Mudah saja nak ke sana. Kita cuma perlu ke Gold Coast Highway untuk naik bas bernombor 705. Highway ni bukanlah macam highway yang besar tu, cuma jalan selorong dua hala macam jalan biasa. Tunggulah di mana-mana bus stop yang ada di sepanjang jalan itu bergantung di mana tempat kita menginap. Sea World terletak di perhentian terakhir bas 705.

Sunrise dari apartment penginapan kami.

Thursday, October 10, 2019

Gold Coast, Queensland Pt 1 - Ketibaan dan Penginapan

Ini adalah trip family. Pada mulanya kami cuma ambil tempoh 5H4M saja ke sana. Tapi Airasia telah menjadualkan semula penerbangannya ke sana. Dapat itinerary baru dari Airasia tapi cuma untuk tempoh 4H3M saja. Ini tak boleh jadi ni kerana kami sudah membuat tempahan penginapan untuk 5H4M. Bukan murah pulak tu sebab kami ambil apartment 3 bilik menghadap laut. Jalan penyelesaiannya kami ke pejabat Airasia di KL Sentral, minta dianjakkan ke belakang tarikhnya bukan ke hadapan seperti yang ditawarkan. Jadi dapatlah kami rehat panjang sikit iaitu 6H5M. Pihak apartment pula menawarkan setengah harga untuk satu hari tambahan tersebut.

Nasib kurang baik kerana dua hari sebelum berlepas salah seorang ahli keluarga telah dimasukkan ke hospital. Si kecik pulak diletakkan di atas nama ibu bapanya. Nasib baik boleh check in bersama ahli keluarga yang lain. Jadi trip ini dari tujuh orang tinggal lima orang saja. Sayang betul dengan apartment yang dah ditempah tu.

Gold Coast Airport, Coolangatta.

Tuesday, July 23, 2019

Perth 2019 Pt 4 - Kings Park | Fruit Corner Pickering Brook | Belmont Forum

Hari ini adalah hari terakhir kami melawat sekitar Perth. Trip baliknya pada jam 6.50 pagi esoknya. Ada beberapa tempat yang kami sempat pergi. Cuaca hari ini pun agak mendung. Paginya kami ke Kings Park yang tak begitu jauh dari tempat penginapan kami. Ada banyak tempat letak kereta percuma disediakan. 


Thursday, June 27, 2019

Perth 2019 Pt 3 - Lancelin Sand Dunes | Pinnacles Desert Cervantes

Dari Guilderton perjalanan diteruskan untuk ke Lancelin. Ada yang berhajat nak meluncur sandboarding di Sand Dunes. Di sepanjang jalan menuju ke sand dunes ada banyak kedai yang menyediakan kidmat penyewaan sandboard. Kami singgah di salah satu kedainya. Sewa untuk sekeping sandboard ialah AU$10 dan depositnya sebanyak AU$50. 

Antara kedai yang menyewakan sandboard.

Thursday, June 13, 2019

Perth 2019 Pt 2 - Moore River Estuary, Guilderton

Dalam perjalanan ke Lancelin dan Cervantes kami sempat singgah di Guilderton. Tarikan utama di sini ialah pertemuan muara sungai dengan laut yang hanya dipisahkan oleh beting pasir. Masa kami sampai di sana keadaan air sungai agak tinggi. Ada ketikanya airnya agak rendah dan menyebabkan terjadinya keadaan seakan pantai di sungai ini. 

Rasanya tak ramai orang yang bercuti di Perth singgah di sini. Tapi percayalah tempat ini sangat cantik untuk dipinggirkan.

Cuaca hari ini pun sangat cerah dan suhunya di bawah 20 darjah. Nyaman dan berangin.

Burung besi menyambut kedatangan pengunjung.

Thursday, May 30, 2019

Perth 2019 Pt 1 - Comfort Inn | Elizabeth Quay | Blue Boat House | Fremantle Market | Rainbow Sea Container | Caversham Wildlife Park | Masjid Mirrabooka | Chocolate Factory | Cottesloe Beach

Lama betul tak bersiaran.

Dua minggu sebelum puasa kami berlepas ke Perth Misi membawa sikecik berkenalan dengan dunia travel. Trip kali ini santai-santai saja dan banyak ke tempat-tempat yang dulunya kami tak sempat singgah. 

Seperti biasa penerbangan Air Asia X ke destinasi di Australia kebanyakannya berlepas lewat malam dan awal pagi. Semuanya berjalan lancar dan sampai di Perth International Airport pada jam 5.00 pagi. Proses di imigresen dan kastam pun tak ada masalah langsung. Bekalan makanan kami letakkan dalam satu beg dan diaorang check lebih kurang dan terus lepaskan. Senarai makanan dah siap sedia tapi langsung tak diminta.

Comfort Inn & Suites tempat penginapan selama beberapa hari di Perth.

Monday, March 25, 2019

Guilin Pt 4 - Reed Flute Cave

Sebaik sampai dari Yangshuo kami singgah di hotel dulu. Belum sampai waktu check in sebenarnya tapi banyak bilik yang kosong jadi kami dibenarkan masuk. Esoknya dah nak balik dan kebetulan cuaca petang ini agak baik jadi kami bercadang nak ke Reed Flute Cave. Lokasinya pun tak berapa jauh dari kota Guilin jadi kami ambil teksi saja ke sana. 

Bagus betul pemandu teksinya. Siap tolong belikan tiket untuk kami. Masa tu memang tak perasan langsung ada perkhidmatan monorel untuk naik ke atas. Dia bersungguh-sungguh tunjukkan monorelnya. Monorel ini bergerak sehala saja iaitu untuk naik. Syukur, selamat lutut kami yang dah tak berapa steady ni. Untuk turun terpaksa menapak melalui jalan raya dan tepian tasik.

Tiket masuknya 90 yuan dan tiket monorel 35 yuan.

Tasik di hadapan kawasan letak kereta Reed Flute Cave.

Monday, February 25, 2019

Guilin Pt 3 - Ke Yangshuo | Bamboo Rafting | Impression of Light

Hari ini kami nak bergerak ke Yangshuo. Sebelumnya kami minta sedikit panduan dari petugas di kaunter hotel cara untuk ke sana. Pilihan terbaik ialah dengan menaiki bas ekspres yang berlepas dari stesyen bas utama kota Guilin. Jadi dengan yakinnya kami terus naik bas yang diberi tanpa menyedari ada huruf tambahan di awal nombor yang diberikan. Katanya dua tiga stesyen sampailah dan bas akan berakhir di sana.

Tapi tunggu punya tunggu bas tu tak berhenti pun di stesyen bas. Rupanya bas yang berhenti di stesyen ada tambahan huruf T di hadapannya tapi kami tak sedar. Jadi kami turunlah dari bas di satu kawasan asing di kota Guilin. Cadangnya nak ambil teksi je untuk ke stesyen tapi kawasan itu memang tak nampak teksi langsung. Dalam pada nak mencari teksi tetiba kenderaan semacam tuk-tuk berhenti sebelah kami, tanya nak ke mana. Jadi dengan pertolongan Google translation, kami beritahu nak ke Yangshuo. 

Di Guilin ni ada tiga buah stesyen bas utama iaitu di tengah bandar, di Utara dan di Selatan. Rupaya tempat tersesat kami tadi dah menghampiri stesyen di kawasan Selatan. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Stesyen ini nampak baru dan lebih teratur.

Stesyen bas bahagian Selatan,

Wednesday, January 23, 2019

Langkawi 2019 Pt 2 - Buffalo Park | Wildlife Park | Oriental Village | Pasar Malam | Kompleks HIG

Selesai bercanda di pantai Chenang kami balik dulu ke homestay. Tukar semua pakaian kemudian bergerak semula. Tempat pertama kami nak singgah ialah di Buffalo Park. Macam tak pernah nampak kerbau pulak. Tapi anak-anak yang dibesarkan di kota mana sempat nak berkenalan dengan haiwan yang semakin menjadi glamer disebabkan oleh si Syukur Mowgli Malaysia tu. Lagipun di kampung pun memang tak ada sawah.

Jalan masuk ke kawasan ini agak sempit kena berhati-hati untuk berselisih. Cuaca hari itu cerah dan panas berdenting.

Dah macam pintu gerbang High Chapparal pulak.

Monday, January 14, 2019

Langkawi 2019 Pt 1 - Restoran Siti Fatimah | Chenang yang tenang

Baru perasan rupanya bulan Januari adalah low season di Langkawi. Booking tiket beberapa minggu sebelum ke sana tapi masih dapat tiket murah. Cuma yang agak merisaukan masa itu ribut Pabuk sedang mabuk di bahagian selatan Thailand dan tempiasnya hingga ke utara semenanjung. Masa kat kawasan domestik airport ada terjumpa Mat Salleh yang baru balik dari sana katanya angin agak kuat sehari sebelumnya. Alhamdulillah masa kami sampai semuanya sudah tenang.

 Dataran Pantai Chenang.