Wednesday, February 14, 2024

Da Nang, Vietnam

Ini adalah trip keluarga ke Da Nang. Mula-mula rasa agak macam rumit memikirkan tentang pengangkutan dan makanan semasa di sana. Maklumlah di Da Nang ini masyarakat Muslim terlalu kurang. Masjid pun tak ada. Nak pergi ikut pakej belanja agak besar untuk sembilan orang. Kami menempah satu apartment tiga bilik yang ada kemudahan tempat memasak. Banyak juga bekalan makanan yang kami bawa kerana harga makanan di restoran halal di sini agak keras sikit. Setiap kali makan tengah hari, kami makan di luar tapi makan malam di apartment saja. Dapur yang disediakan adalah jenis induction jadi kami bawa sendiri periuk khas untuk dapur tersebut. 

Untuk pengangkutan, tiba-tiba teringat kepada seorang Melayu Vietnam yang pernah kami minta dia uruskan masa trip ke Dalat walaupun dia tinggal di HCM City. Alhamdulillah rupanya dia ada banyak kenalan di bandar-bandar lain. HCM City ke Da Nang berjarak lebih 900 km jauhnya melalui jalan darat.

Jika ada sesiapa yang memerlukan perkhidmatannya boleh hubungi encik Rashid Yacob melalui WhatsApp di no +84909634195.

Beg-beg dah sampai dulu.