Kali kedua ke Pulau Pangkor. Yang pertama lebih sepuluh tahun dulu. Banyak perubahan dari segi infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di sini. Mulai 1/1/2020 Pulau Pangkor sudah dijadikan pulau bebas cukai.
Ke sini pada masa cuti sekolah jadi pengunjung tersangatlah ramai. Masing-masing macam kemaruk nak bercuti termasuk kami. Ada dua pangkalan feri jika kita nak ke sana iaitu dari jeti Lumut dan Pulau Marina. Kami pilih Pulau Marina kerana jaraknya yang lebih dekat. Hanya dalam 15 minit saja untuk sampai ke pulau. Tempat letak kenderaan pun banyak dan dikenakan caj sebanyak RM20 sehari.
Jika naik feri dari jeti Pulau Marina lebih baik booking saja tiket secara online sebab pada cuti umum dan hujung minggu orang tersangatlah ramai. Tiket boleh dibooking di sini.