Wednesday, December 17, 2014

Trip Jawa Tengah 9 - Pantai Parangtritis

Petangnya kami ke Pantai Parangtritis pulak. Sebelum itu singgah dulu di Manding untuk mencari barangan kulit. Kalau di Bandung pusat barangan kulitnya di Jalan Cibaduyut, di Jogjakarta pusatnya ialah di Manding. Harga barangan kulit di sini agak murah tapi kedudukannya agak terkeluar sikit dari kota Jogjakarta.

Keluar dari kawasan Manding.

Wednesday, December 10, 2014

Trip Jawa Tengah 8 - Keraton Ngayogyakarta

Dari Istana Air Taman Sari, Nizam bawa kami ke lokasi seterusnya iaitu Keraton Ngayogyakarta. Cuaca sangat panas dan pelawat pun sangat ramai terutama pelajar-pelajar. Keraton ini masih berfungsi sebagai tempat tinggal sultan dan masih menjalankan tradisi kesultanan hingga kini walaupun Indonesia sudah menjadi sebuah negara republik. Sebahagian daripada kompleks ini dijadikan muzium yang menyimpan pelbagai koleksi milik kesultanan.

Panas dan berdebu.

Wednesday, December 3, 2014

Trip Jawa Tengah 7 - Istana Air Taman Sari

Di Jogja lokasi lawatan kami yang pertama ialah Istana Air Taman Sari. Dikenali juga sebagai Taman Sari Keraton Yogyakarta iaitu sebuah bekas taman atau kebun istana. Dibahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya ialah tempat pemandian dan tempat beribadat. Istana ini juga dikenali sebagai bekas tempat istirehat keluarga diraja.

Sampai di kawasan Istana Air Taman Sari.

Wednesday, November 26, 2014

Trip Jawa Tengah 6 - Dieng Plateau, Wonosobo

Lepas membasahkan tekak kat warung di luar kawasan Borobudur, kami meneruskan perjalanan untuk ke kawasan tanah tinggi Dieng Plateau. Di Magelang, kami ada dua pilihan sama ada nak ke Ketep Pass atau Dieng Plateau. Kami pilih ke Dieng kerana suasananya lebih menarik cuma perjalanannya agak jauh. Perjalanan mengambil masa lebih dua jam untuk sampai ke sana.

Rimbunan pokok buluh di sepanjang jalan.

Monday, November 24, 2014

Trip Jawa Tengah 5 - Borobudur

Selesai saja lawatan sekitar Semarang kami meneruskan perjalanan untuk ke Magelang pula. Hujan amat lebat sekali tapi perjalanan agak lancar.

Hujan lebat dalam perjalanan antara Semarang ke Magelang.

Thursday, November 20, 2014

Trip Jawa Tengah 4 - Masjid-masjid Sekitar Semarang

Masjid Agung

Selesai lawatan di Lawang Sewu, seterusnya Nizam bawa kami untuk melawat masjid-masjid pula. Sebelum itu kami makan tengah hari dulu di sebuah restoran makanan Padang. Kat sini kami siap-siap pilih lauk yang hendak dimakan saja, jadi tak payahlah dia orang hantar berpiring-piring lauk macam kebiasaannya.

 Pintu masuk utama ke kawasan Masjid Agung.

Tuesday, November 18, 2014

Trip Jawa Tengah 3 - Lawang Sewu, Semarang

Destinasi seterusnya pada hari itu ialah ke Bangunan Lawang Sewu. Lawang Sewu ialah bahasa Jawa yang bermaksud Seribu Pintu. Pada hakikatnya bukanlah sampai seribu pintu yang ada, tapi disebabkan terlalu banyak pintu jadi ianya digelar Lawang Sewu. Terletak di Jalan Pemuda iaitu berhampiran bulatan Tugu Muda. Dibina pada tahun 1904 dan pernah menjadi pejabat pengurusan kereta api Semarang.

Bangunan Lawang Sewu ini telah melalui proses baikpulih yang lama dan dibuka semula pada tahun 2011.

Thursday, November 13, 2014

Trip Jawa Tengah 2 - Kota Lama, Semarang

Hari kedua kami berada di bumi Jawa Tengah. Ada beberapa tempat di sekitar Semarang ini yang kami nak pergi walaupun cuma ada sehari saja di sini. Cuaca hari ini sangat baik dan menurut pak supir sudah beberapa bulan tiada hujan di sini. Jam 9.00 pagi cuaca sudah pun membahang kerana sebelum jam enam pagi lagi matahari sudah pun terbit.

Sebahagian bandar Semarang yang dapat dilihat dari tingkat enam Quest Hotel.

Monday, November 10, 2014

Trip Jawa Tengah 1 - Dari airport terus ke Solo dan Semarang

Percutian kali ini hanya 5H4M, tapi banyak bandar yang ingin dijejaki. Hasilnya ada beberapa tempat menarik yang tak sempat kami pergi kerana asyik keluar masuk hotel. Kalau cuma tinggal di Jogja saja mungkin lain ceritanya.

Perjalanan hari itu agak lancar dan sampai di Lapangan Terbang Adisudjipto, Jogjakarta mengikut waktu. Pak supir yang di booking pun sudah sedia menunggu. Awal-awal lagi kami dah beritahu, jangan singgahkan kami di mana-mana candi kecuali Borobudur sahaja. Entah kenapa, tapi memang rasa kurang selesa untuk menatap binaan semacam tu. Pak supir kata lagi bagus sebab menyenangkan tugas dia. Oh ya Pak Supir kami bernama Nizam. Nama yang kurang unsur keJawaan, padahal Jawanya pekat sekali, suka speaking dan boleh berbahasa Melayu cara orang Malaysia. Memang terbaik...

Peta perjalanan untuk trip Jawa Tengah.

Wednesday, October 29, 2014

Trip ke Solo > Semarang > Magelang > Jogjakarta

Layan dulu foto-foto untuk trip kali ini.

Lapangan Terbang Adisutjipto, Jogjakarta

Monday, September 22, 2014

Cara menghantar wang melalui Western Union

Mungkin ramai yang pernah menghantar wang ke luar negara dengan menggunakan perkhidmatan Western Union. Bagi saya inilah kali pertama. Entry ini mungkin berguna kepada mereka yang belum pernah menggunakannya.

Sebenarnya saya ada satu trip ke negara seberang pada bulan Oktober nanti. Jadi sebagai persediaan awal kenalah mencari supir untuk bergerak ke sesuatu tempat bila di sana nanti. Setelah berkomunikasi dengannya melalui facebook akhirnya persetujuan telah dicapai. Mas supir di sana mahukan wang cengkeram supaya dia boleh block tarikh yang kita orang kehendaki.

Boleh percaya ke? InsyaAllah boleh, sebab melalui facebook beliau banyak orang dari Malaysia yang menggunakan perkhidmatannya.

Perkhidmatan Western Union ini boleh didapati di bank-bank tertentu atau melalui cawangan Western Union itu sendiri. Saya menggunakan perkhidmatan ini di Western Union cawangan Mydin Mall USJ1. Untuk menghantar wang, apa yang diperlukan ialah nama dan alamat penerima berserta nombor hp. Itu saja. Bagi pihak penghantar pula cuma sediakan duit dan kad pengenalan. Tak perlu isi borang. Semuanya diuruskan oleh kerani di kaunter. Caj perkhidmatannya ialah RM10 sahaja.

Penghantaran wang melalui Western Union ini sangat popular kepada jutaan pekerja asing yang berkerja di Malaysia.

Resit yang kita dapat

Langkah seterusnya ialah memaklumkan penerima nombor transaksi iaitu seperti contoh di atas MTCN : 701-611-8568. Beritahu sekali nama penuh pengirim sebagai rujukan.

*Prosidur ini mungkin berlainan jika kita menggunakan perkhidmatan Western Union di cawangan bank atau Pejabat Pos.

Monday, August 18, 2014

Sydney and Melbourne - Bajet

Di sini saya senaraikan perbelanjaan untuk seorang selama lapan hari ke Sydney dan Melbourne. Mungkin boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang hendak ke sana. Perbelanjaan ini tidak termasuk makan, jajan dan shopping kerana setiap orang berlainan kemahuannya. Keseluruhannya saya agak berpuashati kerana dengan perbelanjaan kurang daripada RM3K saya dapat pergi ke dua bandar utama di Australia sekali gus.


Kos mungkin dapat dikurangkan jika kita memilih untuk tinggal di hostel. Pakej lawatan yang lebih murah terutamanya di Melbourne juga boleh didapati tapi mungkin berbeza sikit aturcaranya. Tak percaya boleh tanya DJ, Cik Nun dan Kak Kiah.  Untuk tiket penerbangan mungkin agak susah untuk mendapat tiket semurah itu lagi. Bayaran yang lain adalah agak standard.

Monday, August 11, 2014

Sydney and Melbourne Part 12 - Phillips Island 2 - Chocolate Factory, Woolamai Beach dan Nobbies Centre.

Entry terakhir untuk trip ke Australia.

Dari Maru Koala and Animal Park kami menuju destinasi seterusnya yang semuanya terletak di Phillip Island. Cuaca masa tu mendung dan gerimis sekali sekala. Hari ini adalah hari terakhir kami dapat berjalan-jalan sebelum balik pada keesokan paginya.

Jambatan yang menghubungkan tanah besar ke Phillip Island.

Friday, July 25, 2014

Salam Aidil Fitri 1435H

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung blog ini.

Maaf zahir dan batin.



-: kosong kosong :-

Kad Hari Raya yang diterima dari blogger paling glamour seantero Malaya...Jari Manis.

Sunday, July 20, 2014

Sydney and Melbourne Part 11 - Phillips Island 1 - Tooradin Village dan Maru Koala and Animal Park.

Trip terakhir sebelum balik keesokan harinya ialah pakej ke Phillips Island. Trip ini juga memakan masa sehari suntuk jadi memang tak boleh nak selitkan apa-apa aktiviti lain. Rugi betul rasanya sebab banyak lagi tempat yang tak dapat nak pergi. Kalau dapat tambah sehari dua lagi mungkin boleh juga ke Belgrave untuk menaiki kereta api antik Puffing Billy, melepak di St Kilda Beach dan menikmati panorama Melbourne di Skydeck Eureka Tower.

Peta perjalanan bagi pakej ke Phillip Island.

Tuesday, July 8, 2014

Sydney and Melbourne Part 10 - Great Ocean Road 2 - Iluka Restaurant, Rainforest, Twelve Apostle dan Loch Ard Gorge.

Malas betul rasanya nak menyambung entry Aussie ni...

Ok, selepas sesi bermesra dengan burung-burung, perjalanan pun diteruskan. Menurut Mr Neil, bas akan berhenti di Apollo Bay untuk singgah di sebuah restoran di mana kami akan makan tengah hari di situ.  Makanan di sini adalah percuma kerana sudah termasuk dalam pakej. Banyak juga pilihan makanannya. Pilihlah sama ada nak makan fish and chip, burger atau salad. Minuman panas dan jus juga disediakan.

Iluka restaurant, Great Ocean Road, Apollo Bay.

Friday, June 27, 2014

Sydney and Melbourne Part 9 - Great Ocean Road 1 - GOR Memorial Arch, Lorne Beach dan bermesra dengan burung.

Hari kedua di Melbourne. Hari ini adalah dikhaskan sepenuhnya untuk join trip Great Ocean Road Tour. Perjalanan pergi balik keseluruhannya ialah 500 kilometer. Pakej untuk trip ini kami booking online melalui Melbourne Australian Tours (MAT). Harganya ialah AU$85 seorang termasuk disediakan minuman pagi semasa berehat di tepi pantai dan juga makan tengah hari. Agak mahal harganya tapi tak apa asalkan jangan congceng congceng sudahlah.  Pembayarannya ialah secara tunai tetapi dengan jaminan kad kredit. Jika kita tidak muncul pada hari yang dijanjikan tanpa memberikan apa-apa notis barulah potongan dari kad kredit akan dilakukan.

Jam lapan pagi kita orang sudah diarahkan menunggu di depan hotel. Ada lapan orang yang menunggu di situ termasuk warga Indonesia dan India. Pemandu merangkap tour guide pada hari itu ialah Mr Neil yang berumur enam puluhan. Masih bertenaga dan cekap pemanduannya walaupun sudah agak berusia. Sambil memandu, dia akan menerangkan tempat-tempat yang dilalui di sepanjang perjalanan.

Laluan Great Ocean Road Tour

Tuesday, June 24, 2014

Sydney and Melbourne Part 8 - Victoria Market, Swanston Street dan makan-makan.

Dari Federation Square kami bergerak ke hadapan Flinders station untuk menaiki city circle tram yang bernombor 35. Perkhidmatannya adalah percuma. Tapi tramnya agak buruk berbanding tram lain yang berbayar. Laluannya ialah dari kedua-dua arah. Jadi pilih saja laluan terdekat untuk ke sesuatu destinasi kerana ianya bergerak secara pusingan. Untuk ke Victoria market bolehlah turun di persimpangan La Trobe street dan William Street.

Peta laluan City Circle tram no 35.

Monday, June 23, 2014

Sydney and Melbourne Part 7 - Federation Square, Melbourne

Hari pertama kami di Melbourne disambut dengan hujan renyai. Nasib baik hujannya sekejap saja. Sebelum itu kita orang bersarapan dulu di bilik. Hotel ini ada menyediakan sarapan tapi dengan caj AU$9 seorang. Trip yang kami tempah hanya akan bermula keesokan hari dan lusanya. Jadi hari ini jadualnya adalah untuk meronda-ronda bandar Melbourne. Keluar dari hotel jam 10 pagi kerana malam itu kami tidur lewat dan agak keletihan.

Perhentian tram... betul-betul di hadapan hotel.

Sunday, June 22, 2014

Sydney and Melbourne Part 6 - Berlepas ke Melbourne

Kami sampai di hotel pada jam 4.30 petang untuk mengambil beg-beg dan seterusnya bergerak ke airport. Sebenarnya ada shuttle bus yang betul-betul berhenti di hadapan hotel Ibis ini. Tapi kami memilih untuk naik train kerana kad MyMulti3 masih boleh digunakan lagi.

Selamat tinggal Ibis... Banyak juga tempat yang sempat kami pergi walaupun cuma dua malam menginap di sini.

Thursday, June 19, 2014

Sydney and Melbourne Part 5 - Darling Harbour dan Paddy's Market

Dari Sydney Tower kami bergerak pula ke Darling Harbour. Saja jalan-jalan untuk menyeberangi Pyrmont bridge yang kami tak dapat lalui pada hari pertama di Sydney kerana sudah agak lewat malam. Tak jauh jaraknya, cuma kira-kira setengah kilometer melalui Market Street. Jambatan ini merupakan jambatan pedestrian. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya kecuali basikal.

Teksi bandar Sydney.

Wednesday, June 18, 2014

Sydney and Melbourne Part 4 - Queen Victoria Building dan Sydney Tower

Hari ini adalah hari terakhir kami di Sydney. Flight kami ke Melbourne akan berlepas pada jam lapan malam. Jadi kami memang punya cukup masa untuk kebeberapa tempat lagi sebelum ke airport pada petangnya. Check out hotel jam lapan pagi dan tinggalkan beg di kaunter. Destinasi pertama kami hari ini ialah Queen Victoria Building yang terletak di George Street.

 Dari Kings Cross ke stesyen Town Hall untuk ke Queen Victoria Building.

Friday, June 13, 2014

Sydney and Melbourne Part 3 - Blue Mountain

Hari ini kami bercadang nak pergi ke Blue Mountain. Jadi pagi-pagi lagi kami dah keluar untuk mendapatkan kereta api separuh ekspres terawal ke sana. Kat Sydney ni kereta api walaupun waktu pagi tidaklah sepadat seperti di Korea atau Jepun. Jadi agak rilek sikitlah. Sampai di stesyen Central sempat ditegur oleh seorang pekerja kereta api keturunan muslim Fiji. Jadi tak payahlah kami susah payah mencari platform, tanya terus je kat dia. 

Untuk kereta api intercity platformnya ialah dari nombor 4 hingga 15. Untuk ke Katoomba iaitu stesyen terdekat ke Blue Mountain ialah platform 4.  Jika ke sana perhati betul-betul monitor yang ada di setiap platform. Kedudukan kereta api mungkin boleh berubah. Dengar juga pengumuman yang diberikan. Macam kereta api yang saya naik, untuk ke sana, perlu naik empat koc yang di hadapan.

Bagi yang ada MyMulti 3 memang senang sebab stesyen Katoomba ada di dalam zon 3. Di sepanjang perjalanan beberapa kali pemeriksa tiket akan memeriksa tiket, jadi simpan baik-baik. Kami dapat kereta api yang berlepas pada jam 8.24 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam.

Cuaca yang cerah untuk sepanjang hari.

Wednesday, June 11, 2014

Sydney and Melbourne Part 2 - Circular Quay

Selepas berehat sebentar, mengisi perut dan tunaikan kewajipan kami keluar semula untuk ke Circular Quay. Berpandukan peta train yang di bawa mudah saja untuk ke sana. Oleh kerana kami dah beli MyMulti3 jadi kami gunakan train saja sebagai pengangkutan utama. Ada juga pilihan lain iaitu free CBD shuttle bus bernombor 555 yang bergerak dari stesyen Central untuk ke sana.

Dari Kings Cross ke Circular Quay

Monday, June 9, 2014

Sydney and Melbourne Part 1 - Berlepas ke Sydney

Kredit terutamanya untuk blogger JM, DJ dan Rozita untuk trip kali ini kerana mereka masih belum lama ke sana. Jadi, fakta-faktanya masih agak relevan.  Juga sahabat-sahabat blogger yang lain.

Inilah percutian pertama kami bertiga melalui klia2. Untuk penerbangan yang menggunakan AAX tempat berlepasnya ialah di bahagian paling belakang sekali iaitu selepas melalui jambatan udara. Maknanya kenalah datang lebih awal untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak di jangka. Memang agak jauh kena berjalan tapi lebih selesa, kerana semuanya berada di dalam bangunan berbanding LCCT yang dulu.

 Tiba di kawasan perlepasan antarabangsa. Pilih untuk kekiri atau ke kanan bergantung kepada destinasi kita.

Monday, June 2, 2014

Australia - Sydney and Melbourne

Alhamdulillah, selamat pulang ke Tanah Air tercinta pada 28/5/2014 dari lawatan ke Sydney dan Melbourne, Australia.

Kita tengok dulu foto-foto tempat lawatan yang sempat kami singgahi. Agak kecewa dengan mutu foto untuk trip kali ini walaupun cuaca amat baik sepanjang kami berada di sana.

SYDNEY

Opera House

Wednesday, May 21, 2014

Thursday, May 15, 2014

Busan dan Jeju : Part 9 - Taejongdae

Lokasi terakhir kami hari ini ialah Taejongdae. Tempat ini merupakan kawasan taman alam semulajadi yang terletak di penghujung selatan Pulau Yeongdo.

X - Tempat menunggu bas.

Monday, May 12, 2014

Busan dan Jeju : Part 8 - Busan Tower

Dari Gamcheon Cultural Village kami ambil teksi untuk ke Yongdusan Park. Tambangnya 4 ribu won saja. Kenderaan tidak boleh naik ke atas, kecuali bas pelancong. Kenalah menapak sikit tapi tempatnya tidaklah tinggi mana. Cuaca hari ini pun sangatlah cantik, cerah tapi tidak panas.

Jalan menuju ke Busan Tower.

Monday, May 5, 2014

Busan dan Jeju : Part 7 - Gamcheon Culture Village

Destinasi pertama kami pagi ini ialah Gamcheon Culture Village. Tempat ni tak jauh sangat dari hotel penginapan kami. Jadi cara mudah dan cepat nak ke sana ialah dengan teksi. Ada juga kemudahan bas untuk ke sana dari exit 1 stesyen Jagalchi. Memandangkan kami berempat adalah lebih jimat jika naik teksi. Tambangnya cuma 3700 won saja.

Tuesday, April 29, 2014

Busan dan Jeju : Part 6 - Gukje Market

Balik dari Masjid Al-Fatah terus ke guest house untuk check in. Lepas selesai semua urusan, petang tu kami keluar semula untuk ke Gukje market. Ini bukanlah pasar basah tapi tempat shopping macam Namdaemun market di Seoul.

Memang terbaik lokasi penginapan (X) kami kerana dekat dengan Gukje Market, Busan Tower, Jagalchi market dan Jagalchi metro station. Gamcheon cultural village pun boleh nampak dari sini.

Sunday, April 27, 2014

KLIA 2 Open Day

Hari terbuka KLIA 2  (27 Mei 2014)

Selamat datang ke KLIA 2, masih banyak yang belum siap.

Thursday, April 24, 2014

Busan dan Jeju : Part 5 - Masjid Al-Fatah Busan

Jam enam pagi kami semua check out dari Backpackers in Jeju Hostel untuk ke airport. Elok je cuaca hari ini. Sempat bersarapan kenyang-kenyang dulu di sini. Jumpa lagi dengan kumpulan cikgu semalam. Dua hari berturut-turut hanya kumpulan kami berdua je yang memenuhkan ruang makan di situ. Yelah diaorang mana nak bangun pagi sangat macam kita.

 

Monday, April 21, 2014

Busan dan Jeju : Part 4 - Jeongbang Waterfall Cheonjiyeon Waterfall dan Chocolate Museum

Hari ini destinasi kami ialah ke beberapa tempat tarikan yang ada di kawasan Seogwipo, selatan Pulau Jeju. Cadangannya hendak pergi ke seberapa banyak tempat, tapi tak kesampaian. Hujan yang berterusan menyebabkan kami pulang awal. Pastu ada pulak lokasi yang cuba dicari guna GPS tak ada dalam rekod. Macam tak di update alat GPS tu rasanya.

Jalan pun agak berkabus. Jadi kepada sesiapa yang hendak ke sini, dicadangkan sewa je van dengan pemandu. Lebih mudah dan boleh cover banyak tempat. Kalau grup yang ramai, taklah tinggi mana kosnya.
 
Lokasi pertama, Jeongbang Waterfall.

Tuesday, April 15, 2014

Busan dan Jeju : Part 3 - Trick Eye Museum dan Seongeup Folk Village

Dari Seongsan, kami singgah di ladang bunga Canola yang banyak terdapat di sepanjang jalan keluar dari sini. Bayaran dikenakan sebanyak seribu won setiap orang.  Sebenarnya ada je lokasi yang tak berbayar tapi dah terberhenti di sini, bayar sajalah.

Seed dari bunga ini boleh di jadikan minyak untuk masakan.

Friday, April 11, 2014

Busan dan Jeju : Part 2 - Seongsan Ilchulbong

Pagi ini kami check out dari Jeju December Hotel dan terus menuju ke Kumho untuk mengambil kereta yang telah di booking. Prosesnya cepat saja. Yang penting tunjukkan kad permit memandu antarabangsa, passport dan slip booking. Pembayaran adalah menggunakan kredit kad saja.

Masa mengambil kereta rekodkan mana-mana bahagian badan kereta yang calar, kemek dan sebagainya supaya tak ada masalah masa memulangkannya nanti.

Lupa pulak nak ambil foto di persekitaran syarikat Kumho ni.

Bacalah banyak-banyak doa supaya diselamatkan perjalanan kita di sepanjang berada di sana, maklumlah left hand drive. Bagi yang dah biasa tu mungkin tak ada masalah.

Jangan lupa catat nombornya kerana banyak sangat kereta yang serupa. Terlalu kurang kereta import kat Jeju ni.

Monday, April 7, 2014

Busan dan Jeju : Part 1 - The Trip

Walaupun  flight kami  berlepas pada jam 8.40 pagi  tapi  kami  sudah  sampai  di LCCT pada jam 5.30 pagi  lagi. Letak kereta di sebelah Tune Hotel yang cajnya RM16 sehari. Kena caj sebanyak RM89 untuk tempoh 6 hari. OK lah tu, kalau ambil teksi pun kena hampir seratus ringgit juga untuk pergi balik.

Sistem autogate pemeriksaan passport untuk warganegara Malaysia sangat membantu kelancaran di imigresen.

Thursday, April 3, 2014

Persediaan sebelum ke Jeju

Alhamdulillah selamat pulang dari percutian di Busan dan Jeju.

Sedikit persediaan yang saya buat sebelum ke sana:

Permit Memandu Antarabangsa

Dari pembacaan blog sahabat blogger yang dah sampai ke Jeju, adalah lebih baik menyewa kereta dan pandu sendiri di sana kerana perbelanjaannya yang lebih murah berbanding menyewa kereta bersama pemandu.

Antara keperluan utamanya ialah memiliki permit memandu antarabangsa. Untuk itu kenalah isi borang JPJL1 yang boleh di cetak di sini atau dapatkan di kaunter JPJ.

Bayarannya ialah sebanyak RM150 untuk tempoh sah laku selama setahun.

Dokumen yang diperlukan:
- Lesen memandu asal yang masih sah tempohnya untuk satu tahun.
- Kad pengenalan asal dan salinan
- Pasport asal dan salinan
- Dua keping gambar warna ukuran pasport 

Prosesnya agak cepat dan boleh siap pada masa itu juga. Masa tu saya ke Jabatan Pengangkutan Jalan, Padang Jawa, Shah Alam. 

Tadaa... siap dah...

Monday, March 31, 2014

Busan dan Jeju Island

Layan dulu sebahagian foto-foto disepanjang percutian...

JEJU

Menyupir sendiri di Jeju... Hyundai Avante

Friday, March 21, 2014

Lari dari jerebu




-: PRAY FOR MH370 TOO :-

Pengomen entry ini Insya Allah akan dapat buah tangan dari sana nanti. Tarikh akhir komen yang diterima ialah pada 24 Mac jam 11.59 malam. Sila hantarkan alamat penuh bersama nama/nama samaran ke email : alangsbs@yahoo.com

Monday, February 24, 2014

Batam Pt 2


Hari kedua di Batam kami bercadang untuk melawat ke beberapa tempat tarikan yang ada di sini. Mulanya kenderaan bersama supir sudahpun ditempah melalui batamtransport.com dengan harga SGD65. Keretanya  jenis Toyota Avanza dan cukup sesuai untuk kami sekeluarga. Tapi last minute cik wife kata adiknya yang seminggu lebih awal ke sana dapat kereta sewa yang lebih murah. Caranya ialah direct nego dengan supir yang berlegar-legar di kawasan hotel. Jadi pembatalan pun dibuat disaat akhir dengan WhatsApp kepada syarikat. Nasib baik diaorang tak marah-marah.

Memang senang nak cari supir kat sini. Cajnya pun lebih murah dan keretanya pun boleh tahan. Tapi bersedialah untuk bengang kalau tersalah pilih kerana ada diantaranya tak begitu cukup info tentang tempat-tempat menarik walaupun untuk pulau sekecil Batam tu. Wah masa nego tu bukan main lagi, cakap saja mana mau pergi diaorang boleh hantar. Tapi banyak yang ke laut jadinya. Kau nak murah sangat kan, jadi ambiklah.

Thursday, February 6, 2014

Batam Pt 1

Percutian pertama kami tahun ini ialah ke Pulau Batam yang terletak dalam Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. OK sedikit info mengenai provinsi ini. Dulunya ianya terletak dalam Provinsi Riau iaitu sebuah provinsi di Pulau Sumatra. Kemudiannya di wujudkan provinsi ke 32 yang dikenali sebagai Provinsi Kepulauan Riau. Provinsi ini meliputi pulau-pulau utama seperti Batam, Bintan, Karimun serta Pulau Anambas dan Natuna yang terletak jauh di Laut China Selatan.

Kepulauan Riau (Kepri) Provinsi ke 32 Indonesia

Wednesday, January 29, 2014

Salam dari Nagoya

Akhirnya sampai juga ke Nagoya...
 
Kat Batam je... hehe
 
Trip singkat ini cuma 3 hari 2 malam saja. Kali pertama bercuti dengan penerbangan Firefly. Mungkin ramai yang tak tahu Firefly juga pernah membuat tawaran free seat. Cuma cukai-cukainya agak tinggi. Best atau tidak bercuti di Batam ni.... tungguuuu...

Monday, January 6, 2014

Cameron Highlands - Gunung Brinchang, Sg Palas Boh Tea Centre dan Cameron Lavender Garden.

Selamat Tahun Baru 2014 buat semua. Terlambat sudah...

Sambung hari kedua

Cuaca agak baik hari ini. Selepas sarapan pagi kami berehat sebentar. Jam 9.00 pagi baru keluar. Kali ini destinasinya ialah Gunung Brinchang. Belum pernah sampai ke kawasan menara tinjaunya walaupun sudah banyak kali ke Cameron Highlands. Waktu ini belum banyak kenderaan yang menuju ke sana, jadi agak mudah perjalanannya. Tapi di sini kecekapan menggunakan gear amat diperlukan kerana jalannya yang berliku dan berbukit serta sempit. Di setengah-setengah bahagian memang tak boleh berselisih langsung, jadi perlu toleransi terhadap kenderaan yang datang.

Simpang untuk ke Gunung Brinchang dan Sungai Palas Boh Tea Centre terletak tidak jauh selepas Kea Farm iaitu arah ke Tringkap dari pekan Brinchang.