Monday, March 27, 2017

Surabaya Bromo Lagi Pt 7 - Aktiviti sebelum balik

Sampai di Tanggulangin hari dah gelap. Dapatlah singgah sebuah kedai di sini yang menjual segala macam barangan kulit tapi tak dapat nak berlama-lama kerana kedainya ditutup pada jam lapan malam. Selesai menuai di sini supir terus bawa kami ke Surabaya yang cuma tinggal satu jam lagi perjalanan. Selesai check in malam tu memang dah tak ke mana-mana lagi sebab masing-masing dah kepenatan.

 Pop Hotel Diponegoro, Surabaya.

Hotel Pop ini walaupun hotel bajet tapi ada menyediakan sarapan pagi. Makanannya pun ada pilihan.

Hari ini adalah hari terakhir untuk kami meronda sekitar Surabaya. Flight balik pada esoknya telah dijadualkan semula pada jam 9.05 pagi. Kalau mengikut booking asal penerbangan baliknya ialah pada jam 4.20 petang. Nampaknya Airasia sesuka hati saja menjadualkan semula waktu penerbangan.  

Selesai bersarapan di hotel kami bergerak ke destinasi pertama iaitu Monumen Kapal Selam. Rupanya di sini ada juga monumen jerung dan buaya. Ada sebuah lagi monumen sperti ini yang terletak berhampiran zoo Surabaya.

Ikon Surabaya yang popular.

Monumen yang ini terletak di tepi Sungai Mas atau Kalimas.

Persinggahan pertama.


Selepas berfoto di monumen Surabaya kami bergerak ke monumen kapal selam yang terletak berhampiran. Kalau tengok dari saiznya memang agak besar kapal selam ini. Tak tahulah macam mana ianya boleh diletakkan di situ. Tiket masuknya cuma Rp5K saja dan boleh dikatakan sangat murah. Suasana di dalamnya agak nyaman tapi bagi orang yang bersaiz besar susah juga nak melepasi sesuatu bahagian kerana laluannya sempit.

Keadaan di dalamnya.

Seterusnya kami ke Masjid Muhammad Cheng Ho  yang terletak di Jalan Gading, Surabaya. Dah namanya masjid China Muslim jadi senibinanya juga seakan-akan masjid yang ada di negara China. Saiznya agak kecil dan ruang dalamnya cuma mampu menampung hingga 200 orang jemaah. Di bahagian luarnya dibina satu gelanggang bola keranjang berbumbung yang agak luas dan akan digunakan bila waktu solat Jumaat.

Kecil saja masjidnya.

Masjid yang boleh dikatakan agak baru.

Tak nampak macam masjid.

Sebelum menyeberang ke Pulau Madura kami singgah di House of Sampoerna iaitu pusat pengeluaran rokok kretek yang terkenal di Indonesia. Di situ juga terdapat muzium di bahagian bawah bangunannya yang mempamirkan peralatan lama dan sejarah mengenai rokok yang dikeluarkan oleh kilang di sini. Di bahagian atasnya adalan ruang untuk melihat cara rokok diproses. Ada juga kedai jualan T-shirt dan barangan batik. Jangan tanya fasal rokok di sini, memang tak ada dijual.

Senibina bangunannya nampak klasik.

Peralatan untuk membuat rokok.

Daun tembakau lama.

Produk yang dikeluarkan.

Produk lainnya.

Selesai di bahagian muzium kami naik ke tingkat atas. Sebenarnya di kawasan ini tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Tapi kami dapat ambil juga secara diam-diam.   Mungkin sebab ada ramai orang jadi sampai pengawal pun tak terjaga. Kalau tengok cara dia orang kerja memang dah macam robot. Cepat mengalahkan mesin. Memang tak ada masa langsung nak bergerak. Mungkin setiap orang diberikan kuota harian untuk disiapkan.

Bahagian dalam kilang yang dilihat dari tingkat atas.

Sampel pekerja di bahgian bawah yang diletakkan dalam bilik bercermin di bahagian atas supaya pengunjung dapat lihat dengan lebih dekat kerja yang dia orang buat.

Macam mesin lajunya dia orang buat kerja.

Cafe di bahagian luar bangunan. Di sini baru ada rokok dijual.

Budak-budak nak beli rokok. Untuk kengkawan katanya.

House of Sampoerna ini terletak berhampiran sebuah penjara lama.

Kota Surabaya yang bersih dan cantik.

Destinasi terakhir hari ini ialah Pulau Madura. Bukan nak jalan-jalan sangat pun cuma sesaja nak menyeberang ke sana sambil makan tengah hari. Sepanjang perjalanan memang nampak jelas perbezaan pembangunan antara Surabaya dan Pulau Madura.

Pondok tol Jambatan Suramadu.

Jambatan Suramadu yang menghubungkan Surabaya dengan Pulau Madura.

Panjangnya hampir 5.5 kilometer dan lebarnya 30 meter.

Sampai di Suramadu Resto & Cafe di penghujung jalan utama sebelum sampai ke bandar terdekat. 

Besar restoran ini. Ada surau sekali, jadi tak payah nak singgah ke masjid atau balik ke hotel dulu. Selesai  di sini sebelah petangnya masa di habiskan untuk menyoping sikit kerana itulah saja masa yang ada kerana flight balik esoknya agak awal.

Plaza Jembatan Merah. Sepetang menghabiskan masa di sini.

Sebelum balik kami minta supir singgah di kedai kek kukus brownies Amanda yang terletak tidak jauh dari hotel. Kek ni kira macam oleh-oleh wajib jika ke sana. Walaupun dah malam orang masih ramai lagi berbaris kat kedai tu. Macam-macam perisa ada dijual. Salah seorang dari kami beli sampai sepuluh pack. Kalau boleh semuanya nak diangkut sebab memang sedap sangat rasanya.

Keesokan harinya keluar sebelum jam tujuh pagi. Tak sempat nak bersarapan di hotel. Jadi kami bersarapan saja di dalam flight. 

Selamat tinggal Surabaya.

12 comments:

  1. tunggulangin..singgah beli minyak wangi dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh... ada juga kedai minyak wangi... ingatkan cuma tempat barangan kulit...

      Delete
  2. Tertarik dengan monumen tu. Macam ada maksud tersendiri. Buaya dengan shark ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya dari dua binatang itulah Surabaya mendapat namanya...

      Delete
  3. flight diawalkan, itinerary lari..boleh lak mcm tu AA ni..
    nampak kecik Masjid Cheng Ho tu compared dgn gelanggang bola keranjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada pilihan yang diberikan seperti menukar tarikh atau pemulangan wang dalam bentuk kredit... tapi hotel kita dah booking awal... camna tu...

      Memang kecil dan comel sangat masjidnya... tapi gelanggang tu jadi dwifungsi...

      Delete
  4. Replies
    1. Semakin cantik dan bersih berbanding saya pergi suatu ketika dulu...

      Delete
  5. wow! bestnya. saya tak pernah lagi pergi surabaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. DP boleh plan untuk next trip ke sana... banyak tempat menarik...

      Delete
  6. bestnya. dah lama teringin nak ke surabaya

    ReplyDelete
  7. Nekcik pergi sampai hujung jambatan suramadu tu jer..kami singgah bli t shirt.dan souvenir..x sempat nak teroka pulau mdura tu

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...