Thursday, December 14, 2017

Banda Aceh Pt 3 - Kubah hanyut | Rumah Cut Nyak Dhien | Kilometer kosong Banda Aceh.

Selesai makan di Restoran Hasan 3 kami minta supir hantar balik ke hotel dulu. Jam tiga petang kami keluar semula. Tak banyak tempat untuk dilawat untuk sesi petang ini. Salah satu tempat yang kami pergi ialah kubah yang dihanyutkan tsunami yang terletak di Desa Gurah. Lokasinya agak terkeluar sikit dari Banda Aceh. Mengikut maklumat, kubah ini telah dihanyutkan sejauh 2.5 km dari tempat asalnya. Ada beberapa orang yang terselamat pada ketika itu kerana dapat berpaut pada kubah ini.

Kubah seberat 80 tan.

Masjid baru yang dibina bersebelahan.

Dikelilingi kawasan sawah.


Seterusnya kami ke rumah Cut Nyak Dhien yang merupakan sebuah memorial peringatan. Bentuk rumahnya sama seperti rumah adat Aceh yang kami lawati sebelum ini. Lokasinya juga agak terkeluar dari kota Banda Aceh. 

Cut Nyak Dhien merupakan seorang Srikandi nasional Indonesia yang berjuang melawan tentera Belanda semasa perang Aceh.

Rumah Cut Nyak Dhien di Lampisang, Aceh Besar.

Info mengenai rumah ini.

Dari Aceh Besar kami bertolak balik ke Banda Aceh,. Supir nak bawa kami ke titik kilometer kosong Kota Banda Aceh. Ini adalah lokasi terakhir untuk hari ini. Untuk ke sana kami melalui jalan Pantai Ulee Lheue dan jalan laluan pintas laut untuk lebih cepat sampai. Laluan ini agak berangin dan khabarnya ianya ditutup pada waktu malam untuk mengelakkan dijadikan tempat merendek. 

Ramai orang memancing di sepanjang jalan pintasan ini. 

Kedudukan kilometer kosong Banda Aceh dan jalan pintasan.

Pulau Weh di kejauhan. Lain kali boleh ke sana.

Jalan pintasan membelah laut.

Kecil saja tugunya.

Sebelum balik ke hotel kami singgah makan di Restoran Mie Razali yang terletak di Peunayong. Agak sedap makan di sini dan kebanyakan makanannya berasaskan mee dan makanan laut sama ada yang kering atau basah.

Tak ramai orang masa tu.

Mee goreng kering bersama ketam. Sedap hingga menjilat jari.

Minuman es teler yang agak kurang menjadi.

Khabarnya selain makan unik seperti ayam tangkap ada juga resepi lain seperti ayam lepaas dan ayam pramugari. Tak dapat nak merasa kesemuanya kerana baru tahu makanan tu selepas balik.

Sampai di hotel menjelang maghrib.

16 comments:

  1. besarnya ketam dalam mee goreng tu, memang puas makan :D

    ReplyDelete
  2. subhanallah...sebesar2 dan seberat tu kubah boleh hanyut... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kapal beribu tan pun boleh dihanyut ke darat inikan pulak kubah... boleh bayangkan dahsyatnya tsunami pada masa itu...

      Delete
  3. nama ayamnya hebat sekali...macam mana rupa ayam pramugari? hihi

    ReplyDelete
  4. Sudah pernah ke tempat-tempat ini. Kangen rasanya :)

    ReplyDelete
  5. Sungguh besar kuasa Allah...
    Banda Acheh ni banyak juga tempat nk lawat ya... ok juga untuk short visit kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuma nak ke Banda Aceh cukup 3H2M tapi kalau nak menyeberang ke Pulau Weh kena tambah sehari dua...

      Delete
  6. suka tengok rumah Cut Nyah Dhien..cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah tu adalan rumah tradisi orang Aceh tapi dah susah nak jumpa lagi sekarang ni...

      Delete
  7. Betul ke orang Aceh tak mengaku dirinya orang indon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda ni agak sensitif kot... tapi pemandu teksi kami dari airport bercerita lebih kurang macam itulah...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...