Hari ini hari kedua kami di Kota Batu. Rancangan pagi ini lebih kepada nak ke kebun epal. Tapi pakej untuk ke kebun epal termasuk sekali untuk ke ladang stroberi. Ladang stroberi ni macam dah biasa sangat terutama bila kita ke Cameron Highlands.
Kawasan masuk ke kaunter tiket dan ladang stroberi.
Cuaca di sini tidak sesejuk di Cameron Highlands.Pokok-pokok stroberi pun macam tidak begitu subur. Di ladang ini setiap orang hanya dibenarkan untuk memetik empat biji stroberi sahaja. Di sini terdapat dua jenis spesis stroberi. Yang bersaiz kecil rasanya lebih manis berbanding yang besar. Berbeza dengan yang di tempat kita yang biasanya di tanam di atas para-para, di sini diletakkan saja di atas tanah. Jenuh membongkok nak mencari buah yang masak.
Membasuh hasil tuaian.
Pakej masuk ke sini termasuk diberikan sebotol minuman stroberi semasa masuk, dua jenis sayuran dan juga pancake bersama yoghurt selepas selesai di ladang stroberi. Kira berbaloi jugalah pakej ni.
Pancake bersama aiskrim dan minuman yoghurt.
Selesai makan kami bergerak ke kawasan kebun epal yang agak jauh dari tempat kaunter tiket. Supir bawa kami ke satu tempat menunggu. Dari sana ada kenderaan khas yang akan membawa kita ke ladang epal. Setiap kumpulan diberikan seorang tour guide.
Di ladang ini ada beberapa peringkat kehidupan pokok-pokok epal. Ini untuk memastikan supaya ladang ini tidak terputus bekalan epal supaya pengunjung yang datang tidak kecewa. Oleh kerana epal di sini berada bukan di negara empat musim jadi pertumbuhannya boleh di kawal secara paksa. Contohnya untuk musim luruh daun pokok akan digondolkan keseluruhannya.
Musim luruh.
Musim bunga.
Buah epal yang masih muda.
Buah epal yang sudah sesuai dipetik.
Epal di sini adalah dari jenis spesis epal hijau. Kulitnya tidak selicin epal hijau import tapi rasanya manis.
Seorang hanya dibenarkan memetik dua biji sahaja.
Buah pun tengah banyak jadi bolehlah kalau nak pilih yang elok sikit.
Pilih jangan tak pilih.
Ada juga ladang buah naga tapi buahnya nan hado.
Tapi setiap orang diberikan dua biji buah naga yang sudah siap dipetik.
Selesai di sini kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Taman Safari 2 di Prigen. Sebelum itu sempat juga menyinggah di Maybank cawangan Kota Batu. Sebab itu jangan lupa untuk aktifkan kad ATM (overseas switching) kita sebelum ke luar negara. Penting untuk kes-kes kecemasan.
Kalau buah strawberry tumbuh di atas tanah (macam di Australia), memang jenuh membongkok...kalau saya dah lama sakit pinggang dan belakang. Mujurlah 4 biji je :D
ReplyDeleteBuah epal itu macam spesis Golden Delcious..ia manis. Kesian juga dengan pokok epal tu kena 'dera'.
Trip ni nampak sangat menarik.
Owh epal ni kira spesis luar negara jugalah ye... tapi memang sedap dan manis. Pokok tu terpaksa dibuat begitu untuk menjaga pusingan hayatnya seperti yang asal.
DeleteTrip dengan seisi keluarga memang sangat menyeronokkan...
Tak tahulah epal Golden Delicious tu spesis luar negara ke tak...tapi ia banyak tumbuh di Amerika. Ia berwarna kuning dan rasanya manis. Kalau yang hijau tu rasanya masam sikit, itu Granny Smith namanya. Yang merah pekat tu Red Delicious. Yang merah campur kuning tu namanya Gala, tapi kalau yang merah campur kuning bentuknya bulat betul tu namanya Fuji, yang ni manis. Mie suka yang manis ke masam?
DeleteRasanya semua epal yang ada di kawasan serantau asalnya dari luar juga... Kalau untuk makan saya suka yang manis tapi kalau untuk buat jus saya suka yang hijau masam tu... hehe
DeleteMemetik epal pasti kenangan yang indah..
ReplyDeletePernah juga petik buah anggur dan peach suatu ketika dulu...pun best juga...
DeletePi utara India la Pak lang.. epalnya lagi cantik menawan, manis dan crunchy...haha
ReplyDeleteJangan lupa ajak saya kalau maksu ada trip lagi ke sana... hehe
Deletenak ikut juga...heheh
DeleteJom NR... maksu ni suka kembara kat tempat yang agak rare sikit...
Deletehahahaha... ajak ajak ayam boleh la...
DeleteSaya paling suka buah duren. Tapi belum pernah wisata petik buah duren pak Mie.
ReplyDeleteBuah durian asalnya dari kawasan kita jadi ngak perlu wisata Gun... Kalau epal kan lain...
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteBoleh share ker package yang EN ambik di Surabaya ni, contact No mungkin? Tq - chesal
En Chesal boleh hubungi Nizam melalui WhatsApp di no hp +62 858 6863 9988 ... Boleh dipercayai... sudah tiga kali saya guna khidmatnya...
DeleteTQ En Mie..
DeleteBestnya, tertarik betul tengok buah epal and buah naga. Dah laa both are my favourite fruits! :')
ReplyDeleteEpal hijau manis ni agak susah nak dapat kat tempat kita Syed tapi buah naga tu no hal...
DeleteOhhh memang rasa dia manis betul ke macam mana? tapi buah naga pun sedap juga hehehe
DeleteManis macam buah pear tapi memang takde rasa masam langsung... sodap...
Deletemenariknya trip yg boleh petik2 buah ni
ReplyDeleteTapi macam tak puas sebab terhad buah yang kita bpleh petik...
DeleteIngat kat Australia je boleh dapat peluang petik epal....
ReplyDeleteRasanya banyak tempat lagi kat luar negara MD tapi kena survey lah dulu...
DeleteBnyak jugak epalnya ye Mie
ReplyDeleteKami kutip epal siap berpayung lagi
Alhamdulillah rezeki kami... mungkin ladang baru dibuka sebab tu buahnya masih banyak lagi...
Deletebest best.. tahun dpn nk gi la
ReplyDeletePergi Bromo dan kawah Ijen di Banyuwangi sekali Shin... orang muda tentu larat...
Deletemenarik pakej nya..byk dpt buah2an..epal, stroberi, buah naga..
ReplyDeletetanah gunung berapi, pokok2 tumbuh subur..
Agak menarik juga... next trip nohas bolehlah ke sana...
DeleteMas ketemu engak denagan "janet"...diladang epal..
ReplyDeleteNggak ketemu Pak Azman... dia sudah habis internship... dapat cwewek lain yang lebih cun... tapi lupa pulak namanya.. hehe
Delete