Sedikit tip dan panduan bagi mereka yang bercadang ke Bromo.
1. Carilah hotel yang menghadap ke Gunung Batok dan Bromo untuk mendapatkan pemandangan yang sangat indah umpama lukisan... ye ke ni...
2. Bermalamlah sekurang-kurangnya sehari di sini. Kalau dapat biar sampai waktu masih terang untuk menikmati pemandangan yang indah sebab selepas balik dari Bromo biasanya kita tak tunggu lama untuk terus bergerak ke destinasi seterusnya.
3. Elakkan pergi pada hujung minggu atau cuti umum kerana manusia punyalah ramai kat Penanjakan untuk tengok sunrise. Kalau lambat sampai memang susah nak dapat tempat yang strategik.
4. Bayaran masuk juga lebih mahal berbanding hari biasa. Hari tu kami di kenakan caj hampir Rp400K seorang dengan menggunakan tiga buah jeep. Ini termasuk bayaran untuk masuk ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru.
6. Sekarang ni untuk naik kuda bayarannya adalah berasingan. Kena bayar sendiri kepada penjaganya. Bayarannya dalam lingkungan RP150K hingga Rp200K. Pandai-pandailah nego untuk dapat harga yang lebih murah.
7. Bawa sendiri sarung tangan dan baju sejuk yang sesuai kerana suhu pada waktu pagi sangat sejuk iaitu di bawah 10 darjah rasanya.
9. Beli souvenir di kedai berhampiran hotel kerana harganya lebih murah berbanding di Penanjakan.
1. Carilah hotel yang menghadap ke Gunung Batok dan Bromo untuk mendapatkan pemandangan yang sangat indah umpama lukisan... ye ke ni...
2. Bermalamlah sekurang-kurangnya sehari di sini. Kalau dapat biar sampai waktu masih terang untuk menikmati pemandangan yang indah sebab selepas balik dari Bromo biasanya kita tak tunggu lama untuk terus bergerak ke destinasi seterusnya.
Kawah Bromo dan Gunung Batok.
3. Elakkan pergi pada hujung minggu atau cuti umum kerana manusia punyalah ramai kat Penanjakan untuk tengok sunrise. Kalau lambat sampai memang susah nak dapat tempat yang strategik.
4. Bayaran masuk juga lebih mahal berbanding hari biasa. Hari tu kami di kenakan caj hampir Rp400K seorang dengan menggunakan tiga buah jeep. Ini termasuk bayaran untuk masuk ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru.
Gunung Batok atau tempurung.
5. Di Penanjakan jika jeep diletakkan jauh dari puncak dan malas menapak, ambil saja ojek dengan bayaran Rp10K seorang. Satu ojek boleh naik tiga orang.
Dari sisi yang lain.
7. Bawa sendiri sarung tangan dan baju sejuk yang sesuai kerana suhu pada waktu pagi sangat sejuk iaitu di bawah 10 darjah rasanya.
8. Berhati-hati bila hendak beli makanan kerana sebahagian besar penduduk di sini adalah dari suku Tengger yang beragama hindu.
9. Beli souvenir di kedai berhampiran hotel kerana harganya lebih murah berbanding di Penanjakan.
Hanya jeep dibenarkan ke sini. Katanya boleh request warna jeep yang kita mahu jika bukan hujung minggu.
Semoga suatu hari nanti, makcik akan sampai ke sana...
ReplyDeleteInsya Allah boleh sampai tu. Cuma nak naik ke kawah Bromo tu agak mendera fizikal bagi yang berumur. Tapi pemandangan di bawah pun dah cukup cantik...
Deletetip yg bagus..sesuai sangat diguna pakai
ReplyDeleteZila suka tempat sejuk kan... bolehlah ke sini nanti...
DeleteSetuju dengan cadangan-cadangan Mie tu. Memang di Tengger itu orangnya Hindu, makanan di situ faham-faham aje le kan. Memang sejuk betul di situ waktu pagi...kena pakai sarung tangan dan jaket tebal. Elok bawa dari rumah. Souvenir di atas tu, memang mahal...
ReplyDeleteSemoga boleh dijadikan persediaan bagi mereka yang nak ke sana...
Deleteboleh pilih warna jeep lagi ye...wah terbaik
ReplyDeleteMaca tu lah katanya... tapi kena hari biasa..
DeletePilih warna Jeep yang pink cocok buat remaja seperti Pak Mie...hehe.
ReplyDeleteRemaja tua Gun... buat anak-anak mungkin sesuai...
Deletewahh..satu ojek boleh naik sampai 3 org?? kena pilih yg kurus2..
ReplyDeleteMacam tu lah nampaknya. Tapi kalau bukan hujung minggu jeep boleh sampai di atas sebab orang tak ramai sangat...
DeleteYa Allah cantiknya pemandangan dekat kaki gunung tu! serious tak menyesal kalau dapat pergi sana kan. memang berbaloi ni.
ReplyDeleteBetul tu Syed... jalan-jalanlah ke sana bila berpeluang...
Deleteassalam..boleh bagi contact/panduan transport di sana?
ReplyDeleteazli
Saya gunakan khidmat Pak Nizam... hp no: +6285868639988
Delete