Monday, May 1, 2017

Turkey Day 1 - Berlegar di Sultanahmet dan terus ke Bursa

Inilah kali pertama pergi bercuti ikut pakej. Negara Turki ni agak besar jadi kalau nak pergi sendiri mungkin agak payah sikit nak ke destinasi di luar kota Istanbul. Ini pun cadangan OR, jadi ikutkan sajalah. Trip ini adalah trip musim bunga dan laluan ke Istanbul agak popular pada waktu ini. Bagi syarikat yang kami gunakan ada beberapa trip ke sana dan laluannya juga berbeza. Ada yang transit di Abu Dhabi dengan penerbangan Etihad. Trip yang kami ikuti transit di Singapura dengan penerbangan Silk Air dan meneruskan penerbangan melalui Singapore Airline ke Istanbul.

Transit tiga jam di Changi Airport, Singapura.

Nasi lemak untuk sarapan pagi. Semua sajian Singapore Airline untuk ke negara Islam adalah halal.

Penerbangan ke Istanbul mengambil masa hampir sebelas jam.

Singapore menggunakan Istanbul Ataturk internatonal Airport sebagai tempat pendaratannya. Airport ini terletak di bahagian Eropah. Sebuah lagi lapangan antarabangsanya ialah Sabiha Gokcen, terletak di bahagian Asia. Airport ini diuruskan oleh Malaysia Airport Berhad.

Sampai di Istanbul Ataturk International Airport pada pagi esoknya.
  
Miss Sibel ialah tourist guide kami selama sembilan hari di sana dibantu adik Faiz wakil agen dari Malaysia.

Bunga tulip adalah pemandangan biasa di sepanjang jalan.

Bunga tulip di sana sini.

Jadual pagi ini ialah ke kawasan Sultanahmet di mana terletaknya Masjdi Biru, Muzium Topkapi dan Hagia Sofia. Bas berhenti agak jauh dari kawasan Sultanahmet dan terpaksa menapak lebih satu kilometer untuk ke sana. Udara yang nyaman dan dingin, jadi memang tak ada hal pun. Banyak kedai yang menarik perhatian di sepanjang jalan ini. Rasa memang nak menyinggah tapi takut pula ketinggalan. 

Sepanjang jalan ke sana adalah laluan tram. Itu sebab bas tidak boleh ke sana.

Ada banyak masjid lama.

Barang-barang seperti ini lebih murah di sini berbanding di Grand Bazaar.

Macam-macam ada.

Kedai ini ada menjual Turkish Delight, Baklava dan Saffron, 


Beraneka kueh dan kek.

Stesyen tram Sultanahmet.

Tiket masuk ke sesuatu tempat tarikan sudah termasuk dalam pakej. Jadi cuma bawa diri je.

Tempat pertama kami pergi ialah di Muzium Topkapi. Tak boleh ambil foto pun kat dalam muzium tu. Masuk ke dalam mengikut barisan dan laluan yang disediakan. Orang memanglah sangat ramai dan tak boleh nak berlengah-lengah.

Antara bangunan yang ada dalam kawasan ini.



Pintu keluar.


Dara-dara sunti ini duduk di kawasan pintu keluar dan menawarkan kuah-kueh Turki kepada kami.

Terpegun abang sebelah ni melihat keayuan gadis Turki di laluan keluar kawasan muzium.

Kemudian ke Hagia Sofia. Ini bahagian hadapannya.

Tapi tak dibawa masuk pun.

Cantik senibinanya.

Seterusnya singgah ke Masjid Biru untk berfoto dulu. Selepas makan tengah hari ke sini semula untuk solat.



Hidangan makan tengah hari kami.

Masjid ini agak luas, Tempat masuk dan keluarnya berlainan pintu. Miss Sibel bagi penerangan di mana nak berkumpul selepas solat.

Sejuk teramat airnya masa nak berwuduk di bahagian luar. Di laluan masuk setiap seorang diberikan plastik untuk menyimpan kasut.

Ruang dalaman dengan hiasan kaca yang halus dan cantik buatannya. 

Kubah utama.


Ruang legar di dalam kawasan masjid.

Ramai betul pelancong asing di sini.

Tulip lagi.

Tak tau nama kueh ni, tapi memang banyak yang menjualnya. Liat sungguh bila sejuk.

Banyak bangunan yang cantik di sini.

Masa kami di sana ialah satu tempoh kempen referendum Yes atau No sama ada untuk meluluskan 18 pindaan perlembagaan atau tidak. Jika diluluskan pemerintahan secara Perdana Menteri akan di mansuhkan dan diganti dengan sistem Presiden yang mempunyai lebih kuasa. Undiannya pada 16 hb iaitu sehari sebelum kami balik dan dimenangi oleh kumpulan yang menyokong.

Meriah dengan gantungan terutamanya di Istanbul di mana majoritinya adalah menentang,

Perjalanan diteruskan untuk ke bandar Bursa yang mengambil masa lebih dua jam dan bermalam di sana. Bas melalui berhampiran Selat Bosphorus.

Jambatan yang menghubungkan Eropah dan Asia,

Banyak masjid di Istanbul ni dan binaannya hampir serupa.

Menyeberangi jambatan untuk ke bahagian Asia.

Banyak bangunan tinggi dan moden terletak di bahagian Asia.



Singgah di kawasan RnR di pertengahan perjalanan.

Menginap di Baia Bursa Hotel untuk satu malam. Hotel ini dipenuhi oleh orang Malaysia dan Indonesia pada hari itu.

40 comments:

  1. kenapa tak dibawa masuk ke Hagia Shopia PLM? Wajib masuk tu...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut pakej macam tu lah... tak semua yang kita mahu dapat dipenuhi... kena pergi lagi nampaknya... hehe

      Delete
  2. kiranya awal april boleh tengok tulip lah kan mie?? macam ni gi next year lah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dalam bulan April hingga awal Mei tulip tu masih ada... sebab masa di sana ada lagi yang belum berkembang...

      Delete
    2. Kena April for tulips ye..
      Kalau next year nak pegi May, kena pegi awal, sebab dah nak puasa.

      Some travel agency memang tak bawak masuk Hagia Sofia ye..

      I will refer to yr blog kalau nak ke sana tahun depan ni..


      thanks for sharing.
      cepat2 update yr brother..

      Delete
    3. Kalau pergi awal bulan Mei Ok lagi tulipnya tu sebab aritu pun banyak lagi yang belum berkembang. Tang Hagia Sofia tu mungkin boleh request...

      Delete
  3. Replies
    1. Dah macam Minah Salleh sesetengahnya tu... cun...

      Delete
  4. Kuih yang liat tu mungkin sedap kalau dicicah dalam kuah sup... Pastry seperti baklava kegemaran saya, tapi mesti yang tidak terlalu manis, ada sedikit cinnamon dan pelbagai jenis kekacang di dalamnya.

    Nampak macam sedap je roti makan tengahari Mie tu :)

    Saya pernah transit 8 jam di Singapore dalam perjalanan dari Penang ke Australia..sebab naik SIA...lama transit tapi tak bosan sebab Singapore airport ada banyak kemudahan.

    Saya rasa macam dah ke Turki walaupun belum pernah, sebab dah dengar banyak cerita dari Mie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kueh tu boleh dipilih sama ada yang kosong atau di isi inti spt nutella dsb... tapi kalau cicah sup memang mabeles. Baklava ada di sesetengah hotel... tak boleh makan banyak... manis sesangat.

      Setuju Changi airport memang banyak kemudahan, tapi masa tu langsung tak ada dollar Spore... melangut je lah... nasib baik ada free wifi untuk tiga jam maksima...

      Delete
  5. Baru aje plan nak habiskan travelog Istanbul ni, lama betul bertangguh dari 2015 hehe. Rindu baklavaaa

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  6. PLM.. apa maksud airport tu diuruskan oleh MAB ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Operasi pengurusan dan maintenance airport tu adalah di bawah seliaan MAB...

      Delete
  7. wow pantas nyeee dia bawak jalan2.. kalo kita jalan sendiri memang semua kedai tu satu-satu masuk da. tapi takot jugak kang terpisah dengan geng. hehe xpe PLM.. ada chance repeat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa sangat tak puas hati... tapi tak boleh nak sesuka buat keputusan sendiri sebab ikut pakej...

      Delete
  8. Downside kalau ikut pakej kan. Ada advantages & disadvantages nye. Xpe, ada rezeki boleh menjejak sendiri lagi. Tengok tulips & simit tu semua; rindu lah plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap AA ada buka laluan ke sana... boleh ngulang nanti... hehe

      Delete
  9. best! turkey memang dalam bucket list. InsyaAllah one day dapat jejak kaki ke sana

    ReplyDelete
  10. Turki ni memang lawa kan...lagi2 kalau gi musim bunga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangan negara empat musim biasanya memang lawa Wa...

      Delete
  11. banyak bunga tulip..mcm2 kaler..cantikk..

    ReplyDelete
  12. Tngk gmbr2 plm ni mengimbau kenangan di istanbul pulk...area sultanahmet mmg area pejln kaki... ada tram ja kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi rasa macam tak puas berjalan di Sultanahmet tu... ada tram pun tak berpeluang mencuba...

      Delete
  13. nak tnaya lagi.. nasi lemak Silk Air sedap ke Pak Nasir sedap gi ? hehe..

    ReplyDelete
  14. Bestnya dekat Turkey! Agak2 berapa ya bajet nak pergi sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami ikut pakej RM4K+... tapi ada company yang buat below RM4K...

      Delete
  15. Boleh x na tahu agent apa eh yg digunakan

    ReplyDelete
  16. TIP MENCARI PAKEJ MURAH DAN SEWA KERETA
    JANGAN TERGODA HARGA SEWA KERETA MURAH … !!!
    JANGAN TERGODA HARGA PAKEJ MURAH …. !!!
    JANGAN TERTIPU …. !!!

     PLEASE MAKE SURE SYARIKAT NAME AGENCY PELANCONGAN / SEWA KERETA
     PLEASE MAKE SURE ADDRESS AGENCY PELANCONGAN
     PLEASE MAKE SURE TALIAN TELEPON , FAX MAIL, CELLULAR AND WHATSAPP NUMBERS
     PLEASE ASK FOR SYARIKAT PERMIT NUMBER LICENSED NUMBER
     PLEASE ASK FOR TAX NUMBER
     PLEASE ASK FOR INSURANCE NUMBER KERETA ( KALAU SEWA KERETA SAJA )
     PLEASE CHECK AND RECHECK COMPANY ASSOCIATION
     PLEASE CHECK AND RECHECK INTO THE GEOGLE (MAP) SYARIKAT OFFICE ADDRESS
     PLEASE TYPE /WRITE INTO THE GEOGLE COMPANY NAME , FOR INSTANT : TIARA TOURS INDONESIA

    AT LEAST BUT NOT LAST, WE WISH YOU WELCOME TO INDONESIA
    ENJOY YOUR HOLIDAY AND HAPPY TOUR

    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76
    MEDAN, 20227
    NORTH SUMATERA
    INDONESIA

    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NO : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    http://traveltiara.blogspot.com
    http://www.tiaraasia.com

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom ke Turki !!!! ✈✈✈ *TRIP TURKI 10D7N 2020* hanya RM4299/pax termasuk flight. Untuk full itinerary boleh contact no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com ✈

      Delete
  17. Amazing Your holiday experience in Turkey is very amazing. Many new things you get there. Thank you for sharing your vacation experiences and knowledge. theapartmentsubud.com

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...