Hari-hari seterusnya
Hari kedua kami ambil pakej setengah hari untuk ke Cu Chi Tunnel dari Bismillah Tours di Malaysia Street. Pakej ini termasuk singgah ke pusat kraftangan. Harga pakej agak murah iaitu VND250K termasuk tiket untuk ke Cu Chi Tunnel sekali. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Kiranya tempat ini macam tempat lawatan wajib jika kali pertama ke HCM City.
Laluan masuk ke kawasan Cu Chi Tunnel.
Antara aktiviti yang boleh dicuba di sini.
Masuk ke lorong bawah tanah.
Balik dari Cu Chi Tunnel terus ke Malaysia Street lagi untuk makan tengah hari. Sampai pun dah agak lewat jadi lepas makan balik terus ke hotel untuk selesaikan kewajipan dan rehat sekejap. Malamnya sambung lagi aktiviti biasa di pasar malam untuk menambahkan berat bagasi.
Hari ketiga kami sambung semula program jalan-jalan ke tempat-tempat menarik di sekitar HCM City. Keluar agak lewat sikit sebab tempat-tempat tu agak dekat dari hotel dan rasanya boleh habis sebelum tengah hari. Bagi mereka yang kali pertama ke HCM City boleh juga ambil pakej ke Sungai Mekong.
Tempat lawatan hari ini ialah HCM City Hall, Central Post Office, Notre Dame Cathedral, Opera House dan Masjid Musulman.
Tempat lawatan hari ini ialah HCM City Hall, Central Post Office, Notre Dame Cathedral, Opera House dan Masjid Musulman.
HCM City Hall.
Dibina pada tahun 1902-1908.
Ada pengaruh senibina French colonial.
Stesyen Metro berhampiran Opera House sedang giat dibangunkan.
Central Post Office HCM City.
Sempat menghantar poskad di sini.
Notre Dame Cathedral berhampiran Central Post Office.
Opera House.
Ada pembinaan laluan metro di sebelahnya.
Masjid Musulman berhampiran Sheraton Hotel.
Melepak sekejap di perkarangan masjid sambil makan aiskrim. Penjualnya orang Melayu Champa. Sedap pulak makan aiskrim yang diapit dengan roti. Dulu di bahagian belakang masjid ini ada terdapat restoran tapi sekarang ni dah ditutup. Tak tahulah apa sebabnya, padahal ramai je orang yang datang makan di sini sebab harganya lebih murah. Selesai di sini terus balik semula ke Malaysia Street untuk rutin harian iaitu makan tengah hari dan meronda sekejap.
Petangnya kami ke Russian Market yang terletak di Vo Van Kiet Street. Jaraknya lebih kurang dua kilometer dari hotel. Cara mudah untuk ke sana ialah dengan teksi. Tambangnya antara RM7 - RM10 bergantung jalan yang dilalui. Russian Market ni lebih kepada tempat menjual pakaian musim sejuk dan beg-beg.
Russian Market.
Banyak pilihan baju musim sejuk di sini.
Malamnya ke sini lagi.
Hari terakhir tak ada rancangan nak ke mana-mana. Lepas subuh kami sambung tidur semula. Turun lewat untuk brunch sekali. Flight pulang pada jam 4.20 petang. Jadi kami minta kebenaran untuk check out selepas zuhur. Zuhur di HCM City pada masa itu ialah pada jam 11.50 pagi. Jam 12.30 tengah hari kami check out dan terus ke airport dengan teksi. Tambangnya 150K Dong.
Agak sibuk juga lapangan terbang ini.
Burung besi dari KL yang ditunggu baru sampai.
HCM City yang padat penduduknya.
Sampai di Klia2 menjelang maghrib.
Thx untuk infonya..bermanfaat sekali buat aku yg suka jalan2..mampir jg yuk ke http://elementmtb.com/yuk-gowes-kesini-dijamin-bakal-seru/
ReplyDeleteTQ singgah di sini AM...
DeleteHCM yang seronoknya shopping..SA sendiri berhabisan beli kain cotton kat sini...sampai terpaksa beli bag baru
ReplyDeleteHCM memang dah jadi tempat favourite untuk shopping bagi orang Malaysia selain Bandung...
DeleteIngat jaman pelajaran sekolah dasar, Pak Mie, Saigon itu kota tersibuk dan terpenting di Asia Tenggara. Kelihatannya sudah mulai akan menjadi Kota tersibuk lagi di Asia Tenggara.
ReplyDeleteSedang giat membangun.
Ya Gun kotanya sesibuk kota-kota besar di Indonesia...
Deletenastogia...kenangan mengamit hati.
ReplyDeleteMacam dah lama tak ke sana HR... sila ulang... hehe
DeleteHCM memang kota yang besar, sudah tentu padat penduduknya.
ReplyDeleteBeli tak baju musim sejuk tu?
Kotanya semakin besar dan yang penting semakin bersih... Ada juga menyambar sehelai dua baju sejuk di Russian Market tu...
Deletedgr khabar kedai makan kt masjid tu lg murah dari restoran2 kt malaysian street..tapi sayang, dah tutup pulak...ooo..Russian Market, murah kot barang2 di sini..
ReplyDeleteMemang lebih murah tapi sekarang dah ditutup. Pakaian winter agak murah jugalah dan boleh ditawar...
DeleteTerkenang kembali tempat ini yang telah saya lawati. Masa itu belum tulis blog lagi.
ReplyDeleteBolehlah mengulang en Din... dekat je sejam lebih dah sampai...
Deletekalo CT masuk trowong tu huurm.. huurm.. tu pun kalo muat nak masuk hahahaha..
ReplyDeleteMuat je CT... mat salleh yang tinggi besar pun boleh masuk... cuma risau x cukup oksigen... kang satu hal lah pulak..
Deleteada orang yang fobia dengan ruang kan.. time sempit2 tu dia nak sesak nafas hehe..
Deleteada contact no tak tour guide disana
ReplyDeleteKalau kita ambil pakej melalui tour company di sana, memang dah siap dengan tour guide. Ada banyak company di sepanjang Malaysia street. Ambil dari hotel penginapan kita pun boleh. Kalau meronda bandar pulak ikut saja peta yang saya sertakan di pt 1...
Delete🔺Salam Kenal Tuan & Puan🔺
ReplyDelete👉Find the best before regret👈
Maap Ikut Share ( Promote) My Company Kyrantrans ( Sewa Kereta Murah), Merupakan Sarikat di Bidang Travel agency Pelancongan yang sudah Biasa melayani Pelancong dari Negara Malaysia - Singapore - Brunei Tuk Melawat ( Melancong )
# JAKARTA
# BANDUNG
# YOGYAKARTA
Insya Alloh selama Tuan-Puan Melancong Crew kyrantrans akan membawa sampai Puas Hati ✌
Adapun Yang akan kita Tawarkan...
👉PAKEJ KYRANTRANS👈
A.Transport all In
👍Toyota avanza or Suzuki Apv
( 6 seater) Rp....
👍 Daihatsu Luxio
(6 seater) Rp....
👍 Toyota Inova
( 6 seater) Rp....
👍 Van Elp Short
( 12 seater) Rp....
👍 Van Elp Long
( 15 Seater) Rp....
👍 Toyota Hiace
( 15 seater) Rp....
👍 Mini Bus
(25 seater ) Rp.....
👍 Big Bus
(50 seater) Rp....
B. Transport & Hotel
👍 Hotel No Star
Rp.....
👍 Hotel 3*
Rp......
C Transport + Hotel + Makan
👍 Restoran Tempatan & Halal
Rp....
Semua harga Dalam Rm Ikut Currency Bank❓❓❓
* HARGA BUDGET & BERBALOI *
❓❓❓❓❓
Untuk Maklumat Sila👇👇
Call. : +6281312767300
Wa. : +6281809692300
Fb. : Kyrantrans
Email : Kyrantrans @gmail.com
Saya akan bagi TIPS tuk PELANCONG AGAR TAK KENA TIPU SELAMA MELAWAT😀😀😀
👉 travel that gives you cheap prices
👉 a naughty and resourceful driver
Terima kasih Tuan & Puan sudah Membaca Promote Dari saya Semoga ada FAEDAHNYA 🙏🙏🙏
❤ you're glad we thank you ❤