Perjalanan dari Batu ke Taman Safari Indonesia II di Prigen, Pasuruan mengambil masa hampir dua jam. Sampai di sana hari dah mula hujan. Supir masuk ke kawasan parkir dulu sebab nak uruskan pembelian tiket. Kalau mengikut senarai harga yang ditunjukkan harga tiket untuk pelancong luar ialah Rp120K tak kira hari. Tapi kami dapat tiket Rp100K saja. Mungkin dapat diskaun sebab kami ramai.
Gapura gading sebelum sampai di kawasan tempat jualan tiket.
Senarai harga masuk untuk setiap kategori.
Sebelum sampai di kawasan pintu utama, supir ada tanya nak beli wortel tak. Wortel? Blur sekejap kat situ. Yang pernah didengar satu ketika dulu ialah perkataan wartel, semacam pondok telefon persendirian. Sekarang ni macam dah tak ada lagi. Dalam pada kita blur tu dia terus berhenti di tepi jalan. Memang ada nampak banyak orang menjual benda tu di tepi jalan sebelumnya. Oh barulah tahu wortel tu adalah lobak merah. Belilah dua ikat, harga dalam Rp20K.
Deretan kenderaan. Tak boleh nak menunggu lama-lama kat sesuatu tempat.
Taman Safari ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Safari Adventure, Baby Zoo, Animal Show dan kawasan rekreasi. Banyak juga kedai makanan dan minuman ada kat dalam ni. Kalau nak pergi kesemuanya perlu sehari suntuk di sini. Safari adventure tu tempat wajib kerana merupakan tarikan utama di sini. Lagipun semua kenderaan terpaksa melalui kawasan ini sebelum sampai di kawasan lain-lainnya.
Antara haiwan yang ada dalam Taman Safari ini. Sebenarnya ada banyak lagi haiwan lain tapi tak dapat diambil fotonya kerana hujan.
Untk berfoto seperti ini bayarannya ialah Rp15K.
Anak singa.
Orangutan.
Cuma sempat singgah di salah satu tempat animal show iaitu pertunjukan burung pemangsa. Animal show yang lainnya pertunjukan gajah, ikan lumba-lumba dan orangutan.
Jam empat petang kami keluar dari kawasan ini untuk menuju ke Tanggulangin iaitu pusat jualan barangan kulit. Supir pilih untuk ikut lebuhraya kerana perjalanan ke sana akan mengambil masa lebih lebih sejam jika ikut jalan biasa. Lagipun kami nak singgah ke masjid dulu.
Menuju ke Tanggulangin melalui highway. Lega sikit...
Binatang-binatang di sini nampak masih sihat. Tentu mereka seronok main hujan.
ReplyDeleteSaya seronok di sini sebab dapat beri makan kacang pada binatang-bintang tu dari jarak dekat. Bintang pula lepas bebas, tapi yang terkurung kita :D
Pengunjung yang ramai membolehkan kos untuk menampung perbelanjaan mencukupi dan binatang di sini cukup makan minumnya, berbanding binatang di sesetengah zoo...
DeleteKalau dapat berlama-lama sikit di kawasan safari adventure lagi best rasanya sebab itu tarikan utama di sini...
Unta itu tidak kedinginan kah pak Mie? harusnya tinggal di gurun panas, ini tinggal di pegunungan yang dingin. Sudah menyesuaikan barangkali ya. Anak Singa itu sehat-sehat.
ReplyDeleteUnta yang sudah terbiasa dengan keadaan cuaca di sini Gun. Di gurun pun jika musim sejuk, suhunya lebih sejuk berbanding musim panasnya...
DeleteTEMPAT WAJIB JIKA KE SURABAYA.
ReplyDeleteSetuju NR tapi sekali cukuplah...
Deletemenarik ...bukan saja kanak2 yg seronok kita yg dewasa pun riang ria. kami sempat tengok pertunjukan dolphin semasa singgah di sini
ReplyDeleteTak sempat nak pergi kesemuanya NR... rugi juga rasanya...
Deleteberbaloi.....wajib sekiranya ke sana kelak.
ReplyDeleteBolehlah... sebab tak ada di tempat kita...
Deletebaru puas tengok binatang2 mcm ni..takde le letih nak berjalan kaki..
ReplyDeleteooo..wortel tu utk bg makan rusa
Masa tu hujan sikit... banyak juga binatang yang nyorok. Wortel untuk orang pun boleh... hehe
DeleteMacam menarik je... moga ada rezeki untuk ke sana...
ReplyDeleteInsya Allah suatu hari nanti boleh sampai tu...
DeleteMenariknyaaaa! paling suka tengok anak singa tu hehehe.
ReplyDeleteMemang paling popular di sini berbanding binatang lain... ramai tunggu giliran...
DeleteAgak2 dia makan orang tak? hahahaa k what kind of question is that.
DeleteBudak-budak lagi tu Syed... kalau dah besar mesti ngap punya... hehe
DeleteLuas kawasannya ye Mie..mmg semua kena naik kenderaan dalam tu ye
ReplyDeleteCuma kat kawasan binatang bergerak bebas je Nekcik... lepas tu baru boleh suka-suki tengok show dan lain-lain tarikan...
DeleteOOOO..kat sini pun ada jugak rupanyaa.....ingatkan kat Bogor Bandung je ada...memanag best kalau bawa anak2 kat sini Mie :) Belum pernah pergi lagi Surabaya ni,,
ReplyDeleteMemang sesuai untuk bawa anak-anak Wa, tapi kena duduk sini sehari suntuk untuk dapat cover semuanya...
Deletewow perkongsian yg menarik .Tq for sharing ya
ReplyDeleteAde contact no pak supir tak yg nak ke prigen ni.. Tak nak ke bromo
ReplyDeleteCuba hubungi Nizam +6285868639988
Delete