Kedudukan Mount Eden ini terletak dalam perjalanan ke pusat bandar Auckland. Jadi sebelum ke CBD kami singgah di sini dulu. Kenderaan hanya boleh di bawa hingga pertengahan jalan saja. Tempat parking pun agak terhad.
Tak ada apa sangat pun kat atas ni. Cuma kita dapat tengok pemandangan kota Auckland dan kawasan sekitarnya. Sesuai untuk tempat rilek selepas jauh memandu.
Menapak untuk ke atas.
Kawasan paling tinggi di sini.
Bekas kawah gunung berapi.
Dari Mount Eden ingat nak meronda di Queen Street hingga ke teminal feri. Lagipun ada banyak kedai cenderamata di sepanjang jalan ini. Jadi tempat yang paling sesuai untuk parking kereta ialah di bangunan Victoria Street Car Park. Cajnya NZ$3 untuk setiap jam bagi hari bekerja dan NZ$2 sejam untuk hujung minggu.
Boleh juga naik feri dari sini untuk ke Mount Victoria di Devonport.
Hotel Hilton Auckland berhampiran dermaga.
Ferry Building.
Untuk malam terakhir di Auckland kami check in di Silver Oaks Inn tak jauh dari Auckland Airport. Tempat untuk pulangkan kereta pun terletak berdekatan. Jadi tak perlu terkejar-kejar sangat nanti. Hotel ini agak popular kepada pelawat. Kami nak tukar bilik dari tingkat atas ke bawah pun tak dapat. Full house katanya. Terjumpa beberapa orang Malaysia yang juga menyewa di sini.
Rindu NZ...North Island tak sampai lagi
ReplyDeleteNext trip bolehlah ke sana en Yahya... hehe
DeleteTak sewa karavan ke ?
ReplyDeleteBerminat juga sebenarnya en Din... tapi macam malaslah pulak nak mengemas dan mengurus macam2 benda...
DeleteHijaunya gunung. Memang banyak kedai cenderamata di sini. Saya suka tengok perhiasan yang dibuat dari cengkerang siput. Mie beli apa?
ReplyDeleteBanyak pilihan kedai cenderamata di sepanjang Queen Street tu... sediakan ongkosnya saja...
DeleteBagi Mie yang telah berjalan ke merata benua, mungkin dah tak kisah sangat pasal cenderamata ni, kan?
DeleteKena cari juga cenderamata, kira benda wajib dicari kalau berjalan kemana-mana...
DeleteMt. Eden memang mungkin gunung termudah untuk didaki ya Pak Mie..hehe.
ReplyDeleteSebab Mount Eden sebenarnya sebuah bukit... kalau oramg muda macam Gunadi... senafas saja sudah boleh sampai di atas..
Delete