Thursday, August 24, 2017

Turkey Day 7 Pt 2 - Tulip Garden | Grand Bazaar | Taksim Square

Selesai makan tengah hari kami di bawa ke lokasi seterusnya iaitu sebuah taman bunga tulip. Kedudukannya tidak jauh dari jeti. Tiada bayaran masuk dikenakan. Ada bermacam-macam warna dan semuanya sedang cantik berkembang.









Seterusnya kami bergerak ke Grand Bazaar. Punyalah ramai manusia pada hari itu. Berbelanja sikit di sini untuk menghabiskan sisa-sisa Lira yang ada. Grand Bazaar ini adalah merupakan salah satu yang terbesar seumpamanya di dunia. Terdapat lebih 1200 lot kedai di dalamnya. Antara barangan jualan yang terdapat di sini ialah barangan tembikar, rempah ratus, barangan kulit, permaidani, batu permata dan lain-lain.

Terdapat empat pintu masuk utama. Kami masuk melalui pintu yang ini.

Kena cam betul-betul tempatnya kalau tak mahu tersesat.

Sentiasa ramai dengan orang yang keluar masuk.

Bahagian dalamnya.

Perkarangan masjid Beyazid di penghujung belakang Grand Bazaar. Selesaikan kewajipan di sini sebab dijangkakan akan sampai di hotel menjelang malam. Terjumpa ramai jemaah umrah Malaysia di sini yang transit di Istanbul.

Banyak juga kedai-kedai lain di bahagian luarnya.

Lokasi terakhir hari ini ialah Dataran Taksim. Kawasan ini merupakan satu tempat bersantai yang agak popular di Istanbul bahagian Eropah. Jalan utama di sini ialah Istiklal Avenue yang merupakan jalan untuk pejalan kaki sepenuhnya. Banyak kedai barangan berjenama di sepanjang jalan ini. Kedai Hard Rock pun ada di sini. 

Info mengenai kawasan ini.

Istiklal Avenue.

Kawasan di tengah-tengah dataran Taksim.

Tugu bersempena Turkey menjadi negara republik.

Terdapat masjid dan gereja yang terletak berdekatan.

Keluar dari sini menjelang maghrib untuk ke hotel.

16 comments:

  1. Taksim Square banyak jadi tempat utk perhimpunan & demo kann :D

    Pernah sekali ke KFC kat area Istiklal tu... terkedu jugak tengok KFC tak berkemas T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ya... aritu pun sebuk dengan kempen untuk referendum penambahan kuasa Presiden... dan Erdogan berjaya...

      Delete
  2. lawanya tulip...warna terang bercampur2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu memang tengah cantik... kira macam peak time tulip berkembang...

      Delete
  3. Saya suka tulip...masa mula-mula tengok tulip, jakun sangat. Tangkap sana tangkap sini :D...tapi sekarang dah kurang jakunnya he he he...
    Istiklal Avenue sama namanya dengan Masjid Istiqlal di Jakarta, agaknya apa maknanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau first time memang semua orang akan jakun... hehe

      Istiqlal tu maknanya independence... serupa merdekalah juga...

      Delete
  4. cantiknya taman bunga tulip...mcm kt Holland...suka tulip..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Promo pakej trip ini memang untuk menikmati keindahan tulip...

      Delete
  5. Mmg blh sesat di grand bazaar... msa saya ke taksim square, ada demo untuk palestin... 1st time experienced demo 1st hnd... kat negara luar pulak tu.. x tunggu lama, ca alip bot ler lps 5 minit 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luas yakamat kawasannya... sibbaik selamat ke pangkal jalan...

      Delete
  6. Cantik sungguh bunga tulip tu..rasa nak tidur je kat garden tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tersusun macam kat lading lagi cantik rasanya...

      Delete
  7. SEBUAH NEGARA dalam wishlist saya...dah habis jelajah satu turki.

    ReplyDelete
  8. shopping jangan tak shopping hehe.. lemah jiwa tengok bunga2 tu PLM. cantik2 semuanya. rezeki tu sampai tengah berkembang cantik =)

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...