Friday, February 3, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 13 - Parnell Village and Rose Garden

Balik dari Piha Beach terus saja ke Parnell Village di pinggir kota Auckland. Jalan utamanya ialah Parnell Street yang merupakan kawasan perniagaan. Di persekitaran Parnell Village ini terdapat banyak kedai dan rumah yang bersenibina Inggeris. 

Antara kedai yang ada di sini.

Jalan kurang sibuk dan senang untuk dapat tempat letak kereta.

Bersih dan cantik kawasannya.

Pondok telefon awam pun masih digunakan.


Terletak di kawasan yang agak berbukit.




Selesai meronda di kawasan Parnell Village kami bergerak ke Rose Garden pula yang terletak berhampiran. Sebenarnya kalau kita rajin  berjalan banyak lagi rumah yang lebih cantik yang boleh kita lihat terutama di kawasan kediamannya. Tapi kami tak larat kerana kawasannya banyak yang turun naik bukit.
Jalan menuju ke Rose Garden dari Parnell Village.

Terapat banyak spesis bunga rose ada di sini dan masa kami ke situ kebanyakannya sedang cantik berkembang. Macam-macam warna dan saiz bunga rose yang menjadikan kawasan ini berbau harum. Sesuai untuk buat terapi diri.  














Lama kami melepak di sini sebelum balik ke hotel bersiap untuk ke airport.

14 comments:

  1. oh lalu hari tu area ni tapi x singgah.. sebab nampak mcm area org kaya2 jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak macam kawasan orang kaya. Rumah kat situ pun besar2 dan klasik binaannya...

      Delete
  2. Replies
    1. Kebetulan semuanya tengah cantik berkembang...

      Delete
  3. Saya pun suka ke taman-taman Rose...kagum dengan warna-warna yang diciptakan Allah pada bunga-bunga itu dan menghidu harumnya bau. Purple rose dalam gambar di atas, nampak sangat unik dan cantik.
    Telefon awam berfungsi dengan baik di negara-negara maju, tapi saya sedih di negara kita telefon awamnya macam hampeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali pertama nampak bunga rose warna ungu... Telefon awam macam dah tak wujud rasanya kat tempat kita... dah tak boleh buat untung...

      Delete
  4. Replies
    1. Kalau itinerary padat... bolehlah singgah sekejap kat sini en Din...

      Delete
  5. Ke NZ la pulak.... jeles weihhhh.... cntik2 bunga kt sini.. sejuk mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... ada rezeki kita pergilah ke sana... Fari bila lagi...

      Delete
  6. cemburu tengok bunga ros ...semua cantik

    ReplyDelete
  7. wahh, cantik rumah2 senibina english..ditambah dgn rose garden..very english town..
    purple rose..very rare..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi rumah yang lebih cantik kalau kita rajin meronda di kawasan perumahannya...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...