Wednesday, January 11, 2017

Kia Ora North Island New Zealand Pt 10 - Hobbiton Movie Set

Hari ini kami nak bergerak balik ke Auckland yang jaraknya lebih kurang 230 km dari Rotorua. Sebelum itu kami nak singgah dulu di Hobbiton Movie Set yang terletak di Matamata.

Pagi yang tenang dan nyaman.

Berhenti sekejap di kawasan Agrodome Leisure Park, sepuluh minit memandu dari Rotorua.




Beginilah pemandangan jalanraya di kawasan luar bandar di NZ. Lengang je...


Hobbiton movie set di Matamata ini merupakan lokasi pengambaran untuk filem Hobbiton dan juga Lord of The Ring. Sampai di sini lebih kurang sejam perjalanan. Cuaca tak berapa cerah semasa kami sampai di sana. Pelawat pun tak berapa ramai.

Kawasan Hobbiton Movie Set.

Tempat jualan tiket dan kedai cenderamata di sebelahnya. Harga untuk tiket masuknya ialah NZ$75.

Sudut untuk berfoto.

Antara barangan cenderamata yang dijual.

Sempat mengepos beberapa keping poskad di sini.

Bas-bas yang digunakan untuk membawa pengunjung masuk ke dalam kawasan movie set.

Cantik pemandangan di sekitar kawasan ini.

Kami tak masuk, cuma melepak dan ronda-ronda kawasan sekitar.



Minta kereta sedan, kereta ini yang kami dapat. Padat macam sardin. Nasib baik tak kuat mencekik minyak.  Sempat singgah di pekan Matamata untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Auckland.

14 comments:

  1. Tahun dis 2017 akan ke sini. Blog ini boleh dijadikan panduan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim panas tu en Din... tapi musim panas kat sana tetap nyaman...

      Delete
  2. bestnya jalanraya mcm ni..lengang je..tk ramai penduduk kot kt countryside..
    dua2 movie ni tk minat sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lengang... penduduk bertumpu kat pekan dan bandar.. macam takde kampung sangat kat sana...
      File tu saya pun tek berapa ikut...

      Delete
  3. Saya suka tengok kambing biri-biri meragut rumput tak henti-henti.

    ReplyDelete
  4. Salam PLM,

    kat NZ, cara isi minyaknya sama seperti di Aussie ke? Maknanya kita isi dulu baru bayar atau macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, sama dengan Aussie Faizal...kita isi dulu pastu bayar...

      Delete
    2. OOO begitu, boleh bayar guna cashkan? Sebab ada juga saya terbaca yang cakap kena bayar guna kad kredit. Betul ke? Sorry la banyak tanya pulak. Hehehe... sebab nak fly dah bulan ni.

      Delete
  5. Saya guna cash... tapi dua-dua mode pembayaran ok je rasanya... selamat bercuti Faizal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PLM, Faizal ni sebenarnya Farel yang dah lama menyepi tu. hehe..

      Delete
    2. Subhanallah... tu lah rasa macam orang dah biasa sbb tu panggil PLM. Kenapa tak memblog lagi... sayang blog lama tu... masih ada linknya di sini. Kalau ada blog baru boleh pass linknya nanti...

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...