Tujuan kami ke Siem Reap bukanlah kerana beriya sangat nak ke Angkor Wat tu. Cuma nak jalan-jalan saja. Kami dah beritahu pada Nasir tentang itu. Katanya tak ada masalah. Kita boleh masuk secara percuma di Kompleks Angkor Wat selepas jam 5.30 petang. Ramai orang yang ambil kesempatan ini. Begitu juga penduduk tempatan. Cuma masanya agak pendek kerana hari cepat menjadi gelap. Bayaran masuk ke Angkor agak mahal sekarang ni iaitu US$37.
Kami hanya sempat berfoto di Angkor Wat dan Angkor Thom tapi tak rasa terkilan langsung. Pilihan di tangan masing-masing. Boleh saja kalau nak pergi ke semua tempat tapi kena mengulang ke sini setiap petang. Kedudukanya pun tak berapa jauh dari bandar Siem Reap.
Selepas jam 5.30 petang boleh masuk secara percuma.
Pintu gerbang untuk masuk ke kawasan kompleks Angkor.
Ramai yang cuma bersantai.
Bangunan yang dulunya merupakan perpustakaan terletak di bahagian hadapan.
Ramai yang mula balik tapi kami baru nak masuk.
Seakan bentuk candi Prambanan di Jogjakarta.
Sempat jugalah kami berfoto sebelum menjelang senja. Cuaca hari itu pun agak baik jadi dapatlah kami bersunset sebelum keluar. Masa yang diberikan untuk waktu percuma ialah sejam. Ada pengawal yang mengarahkan pengunjung keluar menggunakan hailer.
Laluan sementara yang terapung.
Angkor Thom.
Terrace of The Elephants.
Tembok yang dah agak uzur binaannya.
Makan malam kali ini di Wau Restaurant.
Sempat singgah di pasar malam yang terletak di seberang sungai sebelum balik ke hotel.
Saya masih curious mengenai Angkor Wat dan Angkor Thom ini. Pasalnya bentuk dan desainnya lebih mirip candi-candi di Pulau Jawa. Sudah itu nama rajanya pun hampir sama dengan raja-raja masa Kerajaan Kutai Kertanegara di Kalimantan dan Kerajan Majapahit
ReplyDeleteWah minat sejarah nampaknya... ada beberapa tempat lagi yang saya tak pergi di situ sebab kawasannya sangat luas dan perlu ambil masa sehari suntuk untuk pergi ke semua tempat...
Deleteview cantik..disimbahi cahaya senja...
ReplyDeleteKebetulan cuaca pun agak baik...
DeleteCantik nyeee..
ReplyDeleteShoot time senja memang cun! Belum ada kesempatan nak pegi candi2 nih. Ada plan nak pegi tapi belum jadi lagi hahah
ReplyDeleteDatang pun dah petang... kira nasib baiklah juga cuaca cerah...
Deleteorang macam CT la susah sket nak suka tempat2 macam ni.. tapi kalo da sampai tu kena pegi jugaklaa sebab itu iconic places kan.. hihi..
ReplyDeleteSerupalah kita nampaknya... singgah pun buat syarat kita dah sampai ke sana...
DeleteBab candi-candi, wat-wat ni saya tak suka tengok...gelap je rasa dunia ni...saya rasa Mie pun macam tu. Tetapi terpaksa pergi sebab dah termasuk dalam must-visit-place.
ReplyDeleteItu sebabnya saya pergi sekejap je... lagipun masuk percuma... kalau berbayar memang tak kuasa...
DeleteSalam, saya akan ke sana bulan depan insyaallah. Nak tanya kiranya kalau pergi petang lepas 5.30 tu boleh jalan2 sekitar kawasan tu dalam masa sejam la ye. Tak payah beli apa2 tiket ke?
ReplyDeleteWsalam... Lebih kurang sejam saja di Angkor tapi kalau nak ke lokasi lain boleh saja datang lagi pada keesokan harinya...
Delete