Monday, November 5, 2018

Menjejaki Pontianak Pt 4 - Masjid Raya Mujahidin, Rumah Melayu, Rumah Radakng dan Muzium Kalimantan Barat

Memang agak kurang tempat-tempat menarik di kota Pontianak ini. Mungkin ada tarikan alam semulajadi di luar kota tapi kami tak berkesempatan untuk pergi. Jadi hari ini supir bawa kami ke beberapa bangunan utama yang ada di sekitar kota Pontianak ini.

Masjid Raya Mujahidin.


Masjid Raya Mujahidin telah di rasmikan oleh Presiden Soeharto pada tahun 1978 sempena ulangtahun kota Pontianak yang ke 207. Pembesaran dan pengubahsuaian semula masjid ini telah di buat pada tahun 2011 dan telah dirasmikan oleh Presiden Joko Widodo pada tahun 2015. Bangunan yang ada sekarang masih agak baru juga. Di bina di atas tanah berkeluasan 4 hektar. Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bangunan utama, menara yang terpisah dari bangunan utama dan kawasan plaza terbuka terletak di antaranya. Mempuyai senibina berunsur Islam dari pelbagai peradaban dan ciri-ciri khas senibena masyarakat Pontianak. Ruang solat utamanya berada di tingkat dua.

Masjid terbesar di kota Pontianak yang terletak di Jalan Ahmad Yani.

Dari Masjid Mujahidin kami ke Rumah Adat Melayu pula yang terletak di Jalan Sultan Syahrir. Pada hari tersebut ruang utamanya telah digunakan untuk majlis perkahwinan jadi kami tak dapat masuk untuk melihat keadaan dalamnya. 


Rumah adat Melayu Kalimantan Barat ini terletak di Kompleks Perkampungan Budaya, Jalan Sultan Syahrir kota Pontianak. Pembangunan rumah ini mengambil masa dua tahun iaitu dari tahun 2003 hingga 2005 dan telah dirasmikan oleh wakil Presiden Jusuf Kalla.  Ruang utamanya digunakan sebagai tempat resepsi perkahwinan serta pelbagai kegiatan masyarakat dan sosial. 

Replika tarian Melayu.

Ada surau yang agak besar di sebelahnya.

Dihiasi ukiran kayu di bahagian luarnya.

Ada majlis perkahwinan yang akan diadakan pada tengah harinya.



Seterusnya kami ke rumah Rumah Radakng iaitu rumah adat masyarakat Dayak yang terletak bersebelahan dengan rumah adat Melayu. Rumah ini merupakan rumah panjang versi Dayak Kalimantan. Mungkin agak berbeza sedikit dengan rumah panjang yang ada di Sabah dan Sarawak. Panjangnya 138 meter dan merupakan replika rumah adat yang terbesar di Indonesia.






Corak yang seakan seni orang Iban di Sarawak.

Tempat terakhir kami singgah  tengah hari ini ialah Muzium Kalimantan Barat. Bahan pameran dalam muzium ini banyak menumpukan kepada adat istiadat, budaya dan bahan-bahan peninggalan sejarah tiga etnik terbesar di Kalimantan Barat ini iaitu Melayu. Dayak dan China. Bayaran masuknya 10 ribu rupiah.

Muzium Provinsi Kalmantan Barat.

Info mengenai muzium ini.

Terletak bersebelahan Hotel Ibis.

Mural.

Replika rumah adat.

2 comments:

  1. Menarik rumah adat Melayu..tangga kt rmh panjang tu sama mcm di rmh pjg Sarawak, seriau nk naik, tinggi pulak..

    ReplyDelete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...