Thursday, June 28, 2018

Siem Reap Pt 4 - Melawat madrasah

Hari ketiga Nasir cadangkan kami melawat madrasah anak-anak orang Cham yang terletak tidak jauh dari Tasik Tonle Sap iaitu tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara. Tanya pada Nasir apa barang yang perlu di bawa untuk ke sana sebab takkan ke sana dengan tangan kosong. Nasir cadangkan bawa alat tulis dan sedikit makanan. Jadi sebelum ke sana Nasir bawa kami singgah di kedai alat tulis. Ada lebih kurang 40 orang pelajar di sana, jadi kami pastikan setiap orang akan dapat dua set alat tulis ie buku tulis, pensil, pemadam, pembaris dan pengasah pensil.

Untuk makanan kami singgah di sebuah kedai borong dalam perjalanan ke sana untuk beli sedikit makanan dan minuman.

Masjid Ar Raafe'ah dan madrasah d sebelahnya.



Sedang membahagikan alat tuls.

Yang berbaju biru antara pengajar di sini.

Makcik ni sedang menyediakan makan tengah hari. Katanya hari ini istimewa sikit.

Bukan selalu diaorang masak daging macam ni.

Pelajar untuk sesi pagi dan petang datang serentak.


Sama-sama edarkan sedikit buah tangan.



Comel budak ni.







Ustaz yang mengajar hari itu ada mempelawa kami untuk makan bersama tapi kami cakap dah ada janji nak makan dengan orang lain. Sebenarnya kami takut makanan tu tak cukup untuk pelajar yang ramai tu. Lagipun kami datang secara mengejut.

Jadi kepada sesiapa yang berhajat datang ke Siem Reap bolehlah singgah di sini. Boleh juga buat pungutan pada kawan-kawan yang mahu menderma sekali. Jika pungutannya banyak dapatlah kita berbelanja lebih untuk diaorang. Alhamdulillah dapatlah juga kami menitipkan sedikit wang kepada ustaz.

Berfoto dengan ustaz Ismail sebelum ke destinasi seterusnya.

14 comments:

  1. En mieeee....hehehe bestnya mcm ni...nakpi jugak!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ dah sampai ke Siem Reap kan... tapi kalau nak mengulang OK jer...

      Delete
    2. Haah dah pi 2011. Tp insyaAllah akan pergi lagi soon dgn aktiviti yg berbeza...tak mau dah angkor2 bagai...hahaha

      Delete
    3. Memang temple2 ni letak kat senarai bawah je...

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah kita buat sekadar yang termampu...

      Delete
  3. Replies
    1. Selamat Hari Raya juga Shin MZB... lama tak singgah rumah Shin... sibuk sikit...

      Delete
  4. waah PLM seronok trip macam ni suka suka. mesti budak2 tu semua seronok dapat alat tulis baru. murah rezeki selalu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke sana jangan lupa masukkan dalam itinerari...

      Delete
  5. encik mie, ad no contact ustaz sana tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak takde pulak en unknown... tapi boleh je hubungi pemandu tuktuk en Nasir melalui wasap... hp +855 9297 7743

      Delete

En/Cik Anonymous... sila tinggalkan nama...