ODAIBA
Posting sekali harung untuk hari-hari seterusnya di Tokyo. Malas tahap gaban bulan puasa ni.
Tujuan utama ke sini adalah untuk berjumpa dengan si robot Gundam yang terletak berhampiran kompleks Diver City. Bawa anak-anak remaja macam ni lah. Terpaksalah ikutkan kehendak diaorang. Kedudukanya agak jauh juga dari stesyen subway. Bila dah sampai memang yakin itulah tempatnya. Persekitarannya pun sama sebab dah tengok dulu di internet tapi robot Gundam tu tak ada. Eh ke mana perginya? Khabanya sedang dalam proses menggantikanya dengan robot yang baru.
Odaiba ini adalah merupakan salah sebuah di antara pulau-pulau kecil yang terletak di Tokyo Bay. Ada dua lalauan subway yang melalui kawasan ini. Dah Gundam tak ada jomlah kita teruskan rondaan hingga ke tepi laut. Cantik juga pemandangan di sini.
Posting sekali harung untuk hari-hari seterusnya di Tokyo. Malas tahap gaban bulan puasa ni.
Sebelum ke Odaiba kitaorang bergerak ke Yokohama dulu untuk menghimbau kenangan lama. Kami cuma keluar dari stesyen saja. Tak ke mana-mana sangat pun. Persekitarannya sudah banyak berubah. Ronda lebih kurang kat dalam stesyen dan terus bergerak untuk ke Odaiba.
Macam tak ada orang di laluan ini padahal kat dalam stesyen punyalah ramai.
Tokyo Teleport Station di kawasan Odaiba.
Banyak kena naik turun tangga kat kawasan ini
Tujuan utama ke sini adalah untuk berjumpa dengan si robot Gundam yang terletak berhampiran kompleks Diver City. Bawa anak-anak remaja macam ni lah. Terpaksalah ikutkan kehendak diaorang. Kedudukanya agak jauh juga dari stesyen subway. Bila dah sampai memang yakin itulah tempatnya. Persekitarannya pun sama sebab dah tengok dulu di internet tapi robot Gundam tu tak ada. Eh ke mana perginya? Khabanya sedang dalam proses menggantikanya dengan robot yang baru.
Robot Gundam raksasa (foto cilok kat Google)
Bangunan Fuji TV yang unik berhampiran Diver City.
Odaiba ini adalah merupakan salah sebuah di antara pulau-pulau kecil yang terletak di Tokyo Bay. Ada dua lalauan subway yang melalui kawasan ini. Dah Gundam tak ada jomlah kita teruskan rondaan hingga ke tepi laut. Cantik juga pemandangan di sini.
Rainbow Bridge yang menghubungkan Odaiba dengan Tokyo.
Boleh juga ke sini dengan menaiki feri.
Odaiba seaside park.
Mini Statue of Liberty tak jauh dari jeti.
Tak payah pergi USA... hehe
Tak sedar jalan punya jalan dah hampir jam dua petang. Rasanya memang tak sempat untuk sampai ke bilik sebelum maghrib kerana kami nak ke Akihabara dulu sebelum balik. Bila check kat internet rupanya ada bilik solat yang terletak di Kompleks Deck Tokyo Beach bersebelahan Aqua City Mall.
Lokasinya di bahagian paling atas.
Tempat mengambil wuduk yang comel.
Halal Indian restaurant di lantai yang sama.
Untuk lunch kami makan kebab saja.
Vending machine untuk aiskrim pun ada.
AKIHABARA
Dari Odaiba kami ke Akihabara. Sebenarnya memang dah berjanji nak berjumpa dengan ipar di sini Diaorang bergerak dari Osaka. Memang tak sangka trip kami lebih kurang sama tarikhnya. Setakat berjumpa saja lepas bawa haluan masing-masing.
Sempat jumpa sepupu dia di sini.
Akihabara merupakan satu kawasan tempat membeli-belah untuk peralatan elektrik dan elektronik. Mungkin juga kawasan seumpamanya yang terbesar di dunia. Banyak juga kedai yang menjual gajet dan kedai cenderamata.
Kedai-kedai di sini bukan hanya setingkat dua.
Suasana di Akihabara.
Katanya jam G-Shock di sini lebih berkualiti jadi kita sambarlah sebiji dua.
Kalau ke mana-mana lokasi pecutian mesti nak cari plate macam ini.
Topi buat yang tak dapat join trip ini. Mahal yakamat... 3500 yen.
Sempat singgah di Ameyokocho di Ueno utuk mencari bekalan untuk makan malam sebelum balik.
ASAKUSA
Hari ini hari terakhir kami di Tokyo. Penerbangan baliknya melalui Haneda airport pada waktu malam. Jadi ada banyak masa untuk ke beberapa tempat lagi. Dari Shin-Okubo kami menuju ke Hamamatsucho station untuk tinggalkan beg di locker. Di Hamamatsucho station ada laluan monorail yang menghubungkan terus ke airport. Terpaksa ambil dua locker yang besar untuk beg-beg kami. Bayaran boleh mengunakan kad SUICA atau secara tunai.
Locker di dalam kawasan stesyen.
Dari Hamamatsucho kami ke Asakusa. Tukar satu laluan subway di Ueno. Tempat yang paling popular di sini ialah Nakamise shopping street. Ada beratus kedai souvenir di sini. Kedai street food pun banyak juga. Agak panjang jalan ini dan di penghujungnya ialah Sensoji temple,
Cuaca agak baik dan sesak dengan orang ramai.
Sensoji temple.
Bergerak setakat di sini saja.
Tokyo skytree dapat dilihat dari sini.
Aksi tak menjadi.
TOKYO SKYTREE
Seterusnya kami ke Tokyo Skytree di laluan subway yang sama. Cuma satu stesyen saja jaraknya tapi kalau nak berjalan memang agak jauh.
Tinggi keseluruhan Tokyo Skytree termasuk antena ialah 634 meter. Tiket masuk hingga ke deck pertama ialah 2060 yen. Kalau nak naik hingga ke deck kedua kena tambah 1030 yen. Tiket kombo untuk kedua-dua deck ialah 3000 yen.
Menara tertinggi di dunia.
Agak ramai oang pada hari ini.
Sungai Sumida yang bersih.
Kaunter tiket untuk naik ke deck kedua ada dijual di deck satu.
Lantai cerminnya tidak begitu menyeramkan.
Udara dalam menara ini agak panas walaupun di luar tersangat sejuk.
OK jom balik.
Dari sini pada mulanya kami bercadang nak pergi ke Tokyo Camii tapi masing-masing dah malas. Jadi kami terus saja ke Hamamatsucho station utuk mengambil beg. Di stesyen ini juga kita boleh membuat refund untuk kad SUICA jika masih berbaki.
Sampai di Haneda airport sebelum maghrib, Jadi dapatlah selesaikan kewajipan di prayer room di tingkat perlepasan. Penerbangan balik mengikut jadual. Tidur lena malam tu. Selamat sampai di Klia2 menjelang pagi.
huurm raya nanti kirim salam kat anak buah PLM tu eheh..
ReplyDeleteCikgu CT kenal dia eh...sekarang dia tengah berkursus bahasa Jepun... persediaan untuk melanjutkan pengajan di sana...
Deleteajar sekejap tapi he is one bright student so obviously cikgu kenal. tengok tu da buat persediaan hehe.. wish him all the best too ^^
Deleteini betul betul express menghabiskan cerita ni.. semua skali harung hehe.. tengok gambar bangunan dari atas PLM amek tu padatnyaaa la hai penduduk Jepun. dats why rumah kecik2 kan tengok macam tak ckup tanah da nak buat pembinaan.
ReplyDeleteMemang padat sangat... bayangkan berbelas juta kat Tokyo saja...
DeleteAkak spent almost 2 jam kat Akihabara mencari souvenir anime/otaku utk anak2. Lama, sebab nak cari yg murah sket dr yg lain... Souvenir pula beli di Ueno sbb sana dpt bargain. Hihihi, teringat stall kebab sbb tu la harapan utk affordable food.
ReplyDeleteSetuju souvenir memang lebih murah di Ueno dan kedai kebab pun banyak...
Deletemmg nampak bersih sungainya...kaler biru..souvenirs kt Asakusa pun ok harganya..
ReplyDeletePenduduk padat pun sungainya bersih... souvenir paling murah ada di Ameyoko, berhampiran stesyen JR Ueno
DeleteJepun dah banyak pilihan kedai untuk makanan halal sekarang. Best.
ReplyDeleteInsya Allah memang tak kelaparan kita kalau ke sana... banyak pilihan sekarang ni...
Deletesinggah sini lagi PLM.. kot2 ade entry baru hihu..
ReplyDeletePLM bulan puasa ni kurang berjalan-jalan...hehe
DeleteMie-san,
ReplyDeleteBanyaknya gambar :) Mesti nak pilih pun pening :D
Tu dia...padatnya penduduk di sini.
Bagusnya ada Prayer Room kat Deck tu. Tempat ambil wuduk pun comel.
Saya suka tengok orang Jepun pakai Kimono bila shopping.
Bangunan Statue of Liberty tu nampak fake he he he...sebab yang real punya saya dah pernah tengok depan mata.
Betul semua apa yang NA sebutkan tu... hehe
DeleteLaa dah pindah eh Gundam tuh. Haritu pegi Odaiba tapi tak sempat nak bergambo situ
ReplyDeleteEntah tak tahu mana lenyapnya... haish...
DeleteWoah patut boleh buat part 4 part 5 lagi tapi semua harung sekali hahaha.. yang perempuan pakai kimono tu agak2 kalau ajak ambik gambar dia nak tak hahaha
ReplyDeleteBulan puasa ni memang teramat malasnya doc... berfoto tu rasanya no hal jika betul cara kita minta izin...
Delete